Kepimpinan perjuangan yang Abuya lagang dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan rohaniah. Perjuangannya telah menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang berjiwa sufi membangunkan teknologi. Perjuangan sufi yang wadah dan gelanggangnya dalam dunia koperat. Orang sufi peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Perjuangannya memperkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Pengajaran sufinya melahirkan kepimpinan yang berjaya. Juga boleh lahirkan ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Ini terbukti dengan beliau sebagai pencetus produk halal khususnya di Malaysia.
Kita meriahkan kebangkitan Islam yang kita harungi ini dengan mengisi sebaik-sebaiknya. Lebih-lebih lagi sempena bulan ramadhan. Berjuanglah, beramallah untuk mencari dan menambahkan iman. Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk diperalatkan dalam wadah perjuangan merebut iman. Di hari kita di panggil mengadap Tuhan, di hari itu tiada apa yang melindungi kita melainkan iman. Maksud firman Tuhan "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Ash-Shu'ara,88).
Bulan Ramadhan ini besar, agung dan di bulan agung ini, kita banyakkan ibadah. Tambahkan amalan dibulan ramadhan disiang hari berpuasa dan dimalam hari dengan tadarus Al Quran, sembahyang tarawaih, berzikir dan sebagainya. Moga kita diberikan hati yang suci berkat bulan ramadhan.
Hati yang selamat sejahtera ialah hati orang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. Hati yang senantiasa merasa sehat dalam kesakitan, kaya dalam kemiskinan, ramai dalam bersendirian, lapang dalam kesempitan dan terhibur dalam kesusahan. Ia bersikap redha dengan pemberian Tuhan-Nya. Allah hadiahkan puasa dibulan Ramadhan sebagai bulan rahmat. Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan padanya Al Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran itu. Dan untuk membuktikan bahawa Al Quran adalah pemisah antara yang hak dengan yang batil. (Al-Baqarah, 2:185).
Ulasan
Catat Ulasan