Langkau ke kandungan utama

PARA RASUL MENGEMBALIKAN FITRAH ASAL MANUSIA.

PARA RASUL MENGEMBALIKAN FITRAH ASAL MANUSIA.


Nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan. Nafsu senantiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupakan Tuhan yang menciptanya. Lantaran itulah Tuhan utus para Rasul. Yang tujuan utamanya adalah kembalikan semula tujuan asal penciptaan manusia yaitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para Rasul.


Menurut Islam, pada dasarnya manusia itu dilahirkan dalam keadaan suci. Kesucian manusia itu dikenal dengan istilah fitrah. Di dalam al-Quran dan al-Sunnah Rasul, terdapat perspektif tentang fitrah manusia. Tidak ada seorangpun yang menggunakan istilah fitrah selain disebutkan di dalam al-Quran. 


Kata fitrah disebut dalam al-Quran: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus ; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya". (Ar-Rum, 30 : 30). "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. (Al-Quran. S. Al-Anaam 6 : 79)


Rasulullah bersabda maksudnya:

“Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya.” (HR. MUSLIM).

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah”—dalam riwayat lain disebutkan: “Dalam keadaan memeluk agama ini—Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana seekor binatang dilahirkan dalam keadaan utuh (sempurna), apakah kalian mendapatinya dalam keadaan terpotong (cacat)” (HR. Bukhari dan Muslim).


Manusia itu dipimpin oleh fitrahnya. Apabila manusia dilahirkan ke dunia ini, dia dibekalkan dengan fitrah. Fitrah ini ialah keinginan semula jadi mahu bertuhan dan mahu menyembah Tuhan. Fitrah ialah keinginan semula jadi ingin mahu menjadi hamba kepada Tuhan. Di samping itu, fitrah manusia yang suci murni ini sangat suka kepada kedamaian, keharmonian, ketenagan, perpaduan dan kasih sayang.


Fitrah semula jadi manusia juga suka kepada sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji. Ia sangat bencikan sifat -sifat mazmumah atau sifat-sifat terkeji. Fitrah manusia yang sudah rosak ini ikatannya dengan Tuhan sangat lemah. Tuhan, Akhirat, Syurga dan Neraka tidak merangsang dan tidak menakutkannya lagi. Nafsunya sudah mengambil alih tempat fitrahnya. Dia hanya terangsang dengan hal-hal dunia, dengan mata benda dunia, dengan apa saja yang boleh memuaskan hawa nafsunya. Dunia jadi buruannya. Nafsunya menjadi raja dalam dirinya. Dia mengangkat nafsunya menjadi Tuhannya.


Apabila nafsu berebut-rebut, menekan-nekan dan menindas-nindas untuk mendapat dunia, maka tumbuhlah berbagai-bagai penyakit di dalam hati seperti tamak haloba,bakhil, boros, pemarah angkoh, sombong dan sebagainya. Sifat-sifat keji inilah menjadikan punca manusia bergaduh dan berbalah, berpecah belah kezaliman dan sebagainya.


Akhirnya manusia hilang ketenangan, hilang kedamaian dan hilang keharmonian. Manusia hidup dalam huru hara, kebimbangan, penuh cemas dan ketakutan. Manusia hilang bahagia, menderita dan sengsara. Hidup seperti didalam Neraka. Apabila manusia melupakan Tuhan dan sibuk memuaskan kehendak nafsu semata-mata dengan berbuat berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran. Dia telah menentang dan melawan dirinya sendiri. Hakikatnya dia menentang dan melawan dirinya sendiri. Dia akan sentiasa diburu keresahan dan kegelisahan. Ini seperti macam dalam Neraka juga. 


Untuk selamat menghadapi kehidupan di dunia mahu pun di Akhirat, manusia itu tidak cukup kalau dipimpin oleh akal dan fitrahnya saja tapi mesti ada pimpinan wahyu. Namun tidak ramai yang mampu memahami petunjuk dan kehendak-kehendak wahyu samaada yang tersurat atau tersirat. Oleh itu perlunya ada seorang pemimpin atau guru yang mampu menghuraikan dan memahamkan wahyu serta mampu mendidik manusia untuk mengikut petunjuk wahyu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...