Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

MENU MAKANAN ROHANI UNTUK HATI MANUSIA.

Membaca sambil tadabbur al-Quran, zikir dan selawat adalah vitamin hati manusia. Dapatkan dalam dos yang diperlukan oleh kehidupan supaya yang hidup bukan sekadar tubuh tetapi juga hati dan roh. Sedangkan Barat hanya menghidangkan apa yang menjadi keinginan nafsu sahaja. Dalam Islam nafsu adalah musuh kepada manusia. Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. 

Sumbangan yang diberikan pejuang Islam Timur kepada kebangkitan kali kedua adalah sangat berharga. Iaitu menghidangkan makanan rohani kepada hati manusia. Kemajuan rohaniah yang dicapai oleh masyarakat pada hari ini adalah sumbangan daripada pejuang rohani dari Timur. Dengan adanya hidangan rohani manusia mudah untuk dihidupkan perasaannya kembali untuk rasa Cinta Agung, iaitu cintakan Allah. Orang Barat banyak yang sakit jiwa kerana sudah tidak mendapat hidangan rohani iaitu cintakan Tuhan. Akibatnya mereka tinggi tamadun materialnya tetapi jiwa mereka sakit. Pembangunan material tinggi mencakar langit. Budi pekerti atau …

ORANG ROH DAPAT MENGIKAT HATI MANUSIA.

.

Orang roh (sufi) mengikat manusia dengan agama. Iaitu mengikat hati manusia merasa takut dan mencintai Tuhan. Untuk mengekang nafsu buas dan rakus dan menolak segala ideologi sama ada berbentuk isma-isma atau ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan dan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan, dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi atau roh yang hidup. Umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:
1. Rasa kehambaan. Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui, sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagung…

TAQWA FAKTOR UTAMA MEMPEROLEHI BANTUAN ALLAH.

(Jasa Abuya Imam Ashaari At Tamimi terlalu besar).
Taqwa berasal dari perkataan Waqa yang bermaksud pelihara. Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat memelihara hati atau roh dengan rasa kehambaan yang sangat mendalam dan rasa berTuhan yang sangat tinggi. Gabungan rasa kehambaan dan rasa berTuhan itu sekaligus mendorong ia agar sangat memelihara syariat, berakhlak, dan beradab dalam segala urusan. Sehingga perkara yang seni-seni dalam kehidupan pun sangat dipelihara. "Membaiki Diri ertinya menjadikan taqwa itu sebagai aset utama".

Apabila terlalu sangat memelihara rasa kehambaan dan rasa berTuhan, sekaligus memelihara pula urusan kehidupan dengan bersyariat, berakhlak dan beradab sopan, maka menjadikan dia sebagai "orang Allah SWT". Maka Allah SWT pula memelihara, membela, dan menjaganya dalam segala urusan. Kerana berada dalam pemeliharaan Allah SWT yang Maha Sempurna itulah maka kehidupan orang bertaqwa kelihatan luar dari kebiasaan orang lain.

Asas kepada sifat…

KERAJAAN ROH BERKAIT RAPAT DENGAN IMAN.

Apabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat. Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah dalam tempoh yang singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang terpisah dari soal kerohanian dan alam ghaib sama seperti jasad tiada roh.

Umat Islam tanpa alam kerohanian ini, hanya tinggal salut luar sahaja tetapi isinya sudah tiada. Kalau pun masih berisi, kadang-kadang isinya pula sudah bertukar dengan berbagai isma atau ideologi yang semuanya berasal dari ajaran thoghut. Jumlah umat Islam yang ramai itu ibarat harimau kertas.  Sekalipun kelihatan bertaring panjang, namun sudah kosong dan hanya menggelembong sendat dengan kapas dan perca kain. Bilangan umat Islam ramai tapi ibarat buih dilaut.
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi hidanga…

ROH LAKSANA BURUNG TERKURUNG DALAM SANGKAR.

Roh laksana burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung di dalam sangkar yang sempit dan menyiksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan dapat memecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam. Demikianlah kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Ketika itu bukan jasad lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara-perkara gaib.

Itulah yang terjadi pada roh para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah. Roh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan di bawah kehendaknya. Sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah dikuasai oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa.

Lain halnya den…

ISLAM YANG INDAH DAN BERSIFAT GLOBAL.

(Pertemuan dengan kawan lama Us. Zulkefli akaun di rumah Bangi 25/12017). Beberapa hari sebelumnya pertemuan dengan Kamal Wong, Us Ulfah, Us Azmi dan Us Hud.


Manusia yang hidup di muka bumi ini memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan hidup. Keperluan ini adalah untuk menyempurnakan khidupan mereka dalam dua negara iaitu negara terdekat, dunia namanya dan negara yang jauh atau Akhirat namanya kekal abadi. 

Manusia itu diciptakan ada jasad lahir dan ada jasad batin. Jasad lahir atau jawarih ialah anggota lahir atau fizikal yang dapat dilihat dan disentuh. Jasad batin pula ialah anggota yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, iaitu terasa adanya, tetapi tidak dapat dilihat dan disentuh. 

Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu dibekalkan keperluan hidupnya. Kalau tidak kedua-duanya akan rosak. Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan di Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatian dan diberi keperluan hidupnya, maka ia tidak seimbang. Kalau jasad l…

ALLAH SWT MEMENANGKAN PEJUANG KEBENARAN.

Maksud firman Tuhan:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." (Ar-Ra'd 13:11).

Pada diri manusia pula ada dua juzuk yang sifatnya benar-benar berubah dan membawa kepada perubahan iaitu hati (roh) dan akal (mental). Allah SWT menjanjikan perubahan kepada mana-mana kaum yang terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu iaitu hati (roh). Allah SWT menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan yang terpokok, utama dan yang terpenting ialah membaikki diri hati. Membaiki diri atau hati itu agar bertambah hampir atau dekat dengan Allah SWT dan s…

BERMULANYA KEBANGKITAN TIMUR.

Tahun 1970-an angin dakwah mula bertiup di Nusantara ini. Kemudian angin dakwah yang berhembus lembut itu telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama di kalangan muda mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka, yang cerdas akal fikiran mereka dan masih hidup jiwa mereka.

Gerakan dakwah selepas melalui ujian dan cabaran sedikit pun tidak tergugat. Ombak dakwah tadi bertukar menjadi gelombang tidak lagi boleh dibendung atau ditahan-tahan.sesiapa sahaja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang, belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkorprantasi dengan anak dan kaum kerabatnya sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam.

Tahun 2000 mencetuskan berbagai inspirasi dari b…

ALLAH SWT MEMPUNYAI KUASA MUTLAK.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46).

Di dalam diri manusia ada dua mata, iaitu pertama mata lahir,dan kedua mata batin. Mata lahir ia adalah mata kepala atau mata fizikal.
"Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al Baqarah 2:20).
"Engkaulah (Allah) yang memberi kekuasaan (kerajaan) daripada siapa yang Engkau kehendaki dan menarik balik kekuasaan (kerajaan) daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau juga yang memuliakan sesiapa saja yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu-lah kebaikan itu. (Ali I…

PEJUANG SELAMANYA TERTIPU OLEH YAHUDI DAN NASRANI.

(Petikan dari buku “Politik Islam Membawa Kasih Sayang” oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi.

Perkataan ‘Politik’ asalnya dari bahasa Latin atau Greek tua. Namun ia diterima sebagai bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakan negara di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakan negara di dunia memahami dan melaksanakan politik dengan maksud yang begitu sempit dan silap sekali. Politik pada umum manusia diertikan sebagai perbuatan merebut jawatan untuk memerintah negara. Bentuk dan sistem pemerintahan negara yang akan dilaksanakan selepas mendapat jawatan itu tidak diberi perhatian serius. Bahkan tidak diheboh-hebohkan sebagaimana diheboh-hebohkan kerja-kerja untuk mendapatkan jawatan.

Berpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihan raya yang b…

MEWARNAI DUNIA DENGAN IMAN.

"Menerima kunjungan silaturrahim kawan-kawan seperjuangan. Buah dari pejuangan iman adalah ukhwah. Dimana pun siapa pun dalam bidang apa pun kalau kita sama -sama bejuang atas dasar iman automatik akan lahir kesefahaman keselarasan dan kasih sayang."


Pada era kebangkitan semula Islam, umat Islam gagal melahirkan model Islam yang indah dan cantik. Kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha Penghibur. Sedangkan sifat Rahman dan Rahim Tuhan di perintahkan kepada kita perkenalkan sekurang-kurangnya lima kali dalam sembahyang lima waktu. Iaitu membaca Fatehah ketika solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 

Lebih-lebih lagi di luar solat iaitu dalam kehidupan masyarakat kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha penghibur kepada makhlukNya. Akibatnya manusia buntu, kecewa dan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini. Umat Islam terus di himpit dengan macam-macam musibah yang menimpa. Gejala negatif yang menimpa golongan remaja seperti penyalah gunaan dan penagihan dadah ini nampak seper…

STAIL DIDIKAN TUHAN SUNGGUH SISTEMATIK, CANTIK DAN MENARIK...

Bila kita perhatikan 5 ayat pertama Al Fatehah, kita dapat melihat bagaimana didikan dan tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam surah Al Fatehah. Kalau para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham, boleh hayati dan boleh applykan kepada pengikut, anak buah, murd-murid dan anak-anaknya, insyaAllah, berkat dari Tuhan akan sangat memberi kesan. Tetapi mungkin orang tidak perasan.
Mari kita mencungkil dari susunan ayat-ayat Al Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia. Kalau ilmu ini dapat kita miliki, dapatlah kita applykan dalam kita mendidik. Sebenarnya didikan dalam Al Fatehah sangat cantik dan sistematik.
Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara tadarruj yakni beransur-ansur. Dari yang ringan-ringan kepada yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sampailah matlamat yang Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat `Bismillah` hingga "Iyyakana`budu...", banyak ilmu pendidikan yang kita dapat. Tuhan mendidik manusia tidak secara menge…

JALAN ROHANI ITULAH JALAN RASUL, NABI DAN WALI.

(إهدنا الصراط المستقيم) Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi maka ia tidak boleh dilihat oleh mata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Oleh kerana Rasul sudah tidak ada di depan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Berapa sulitnya.
Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang hendak diikut pun tidak ada, bagaimana hendak buat? Kita perlu tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada contoh. Peringkat awal perlu ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jalan Tuhan itu ada 3 yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jalan ini mest…