Langkau ke kandungan utama

GENERASI PELAPIS PEMBINA EMPAYER ISLAM.

GENERASI PELAPIS PEMBINA EMPAYER ISLAM.


Tahun 2016 melabuhkan tirainya meninggalkan kita sebagai kenangan dan menjadi lipatan sejarah. Tahun 2017 muncul memberi ruang kepada kita dengan azam baru. Iaitu mempersiapkan generasi pelapis, "PEMBINA EMPAYER ISLAM ". Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah persiapkan generasi baru pembina empayer Islam. Mereka bukan sebarang umat kerana mereka dibekalkan dengan nilai-nilai rohani yang mulia. Dicelah-celah keruntuhan moral yang melanda seluruh dunia telah bangkit satu 'generasi baru' dari sebelah Timur. Generasi baru ini untuk membenarkan janji hadis; Islam akan bangkit kembali. 

"Orang bertaqwa itu tetap dipandang hebat oleh musuhnya (orang jahat) sekalipun dia (musuh itu) membencinya."
(Abuya Imam Ashaari At Tamimi).


Abuya telah persiapkan mereka dengan berbekalkan jiwa yang kental. Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.


Inilah nilai-nilai rohani yang unggul dan unik. Tidak ramai yang memilikinya. Ia menjadi senjata dikala menyerang. Dan menjadi perisai dikala diserang. Dunia Barat tidak memiliki semua ini. Ini 'harta' dari khazanah Islam. Amat berharga untuk umat Islam. Tapi sayang, kita umat Islam sendiri tidak tahu dan tidak mahu memanfaatkannya. Kita menadah tangan mengemis 'harta benda' dari Barat untuk mengisi kekosongan hidup yang terluang. Menyedari perkara ini, kita yang pernah mendapat sentuhan didikan dan pimpinan Abuya Imam Ashaari At-Tamimi, tampil bertanggungjawab bergelanggang ke tengah masyarakat membawa model kebenaran yang telah Abuya perjuangkan. Masyarakat telah Allah siapkan hati-hati mereka untuk di bangunkan. Mereka telah kecewa dengan percaturan politik ala Barat yang telah mengecewakan mereka. Tanamkan semangat baru bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Kita Allah pilih sebagai warga Timur mesti berjuang bermati-matian untuk membenarkannya.


Suatu malam, ketika Saidina Umar Al-Khatab meninjau kehidupan rakyanya, beliau terdengar pertelingkahan antara seorang ibu dan anak perempuannya mengenai susu yang hendak dijual. Si Ibu meminta anaknya menambah air ke dalam susu supaya mendapat keuntungan lebih. Si anak menahan kehendak ibunya kerana itu bermakna mereka menipu pelanggan. Ibunya berkata, "Umar tidak melihat apa yang kita buat."  " Tapi Allah melihat apa yang kita buat," jawab si anak.


Saidina Umar amat tertarik dengan kewarakan anak perempuan tersebut, lalu dipinangnya untuk dijadikan menantu. Hasil dari pertemuan anak perempuan yang solehah bernama Fatimah itu dan anak Abdullah bin Umar, maka dari keturunan mereka lahirnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Seorang pemerintah yang adil, yang dengan berkat keadilannya, kambing dan serigala dapat berkawan di zaman pemerintahannya. Demikian sebuah kisah yang menunjukkan bagaimana taqwanya anak yang lahir di zaman kegemilangan Islam. Di usia muda lagi, jiwa mereka sudah tertanam rasa takut dan cinta kepada Allah Taala.
Tidak hairanlah ditangan mereka runtuhnya empayar-empayar kuffar, dan ditangan mereka jugalah dunia dipayungi dengan keselamatan dan kesejahteraan di bawah empayar Islam yang meliputi tiga suku dunia. 


Anak-anak kecil perlu ditanamkan cita-cita besar untuk menjejaki kehidupan orang-orang yang bertaqwa dengan menceritakan sejarah para Sahabat dan para salafussoleh. Didikan ke arah itu akan lebih dirasai bilamana ibu bapa mereka merupakan pejuang-pejuang Islam yang sentiasa hidup dalam suasana berjuang dan berkorban. Jadual hidup orang berjuang sudah tentu berlainan dengan jadual hidup orang yang tidak berjuang. Orang lain mengumpulkan kesenangan dunia, dapat selalu bersama dengan anak dan isteri tetapi tidak pada pejuang. Kehidupan yang sederhana, tidak bermewah, memadai apa yang ada,jarang dapat bersama, secara tidak langsung mendidik anak-anak mereka belajar bersusah-susah sebelum menempuh kesusahan yang lebih besar lagi. Sering ditinggalkan oleh ibubapa yang berjuang menyebabkan jiwa anak merdeka dan pergantungan hati diletakkan semata-mata kepada Allah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N