Langkau ke kandungan utama

BERMULANYA KEBANGKITAN TIMUR.




Tahun 1970-an angin dakwah mula bertiup di Nusantara ini. Kemudian angin dakwah yang berhembus lembut itu telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama di kalangan muda mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka, yang cerdas akal fikiran mereka dan masih hidup jiwa mereka.


Gerakan dakwah selepas melalui ujian dan cabaran sedikit pun tidak tergugat. Ombak dakwah tadi bertukar menjadi gelombang tidak lagi boleh dibendung atau ditahan-tahan.sesiapa sahaja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang, belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkorprantasi dengan anak dan kaum kerabatnya sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam.


Tahun 2000 mencetuskan berbagai inspirasi dari berbagai golongan. Semua ini akan berterusan. Sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Contoh era terkini setiap canel TV masing-masing melahirkan pendakwah-pendakwah muda yang akan mengisi program rancangan di canel masing-masing. Ada program "Pencetus ada program "Daei Miliniam" oleh TV3 dan lain-lain lagi.


Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi bersama keluarga dan pengikutnya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 49 tahun berjuang (1968-2017). Perjuangan Abuya telah melebarkan sayapnya hampir keseluruh dunia dengan pembangunan rohani dan tamadun materialnya. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Islam tidak akan kalah-kalah lagi.



Satu-satunya agama yang Allah akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia adalah Islam. Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari Allah, sedangkan agama-agama lain adalah rekaan dan ciptaan manusia semata-mata. Adakah sama sesuatu yang datang dari Allah dengan sesuatu yang direka oleh manusia? Jauh, jauh sekali bezanya. Allah adalah pencipta manusia, kerana itulah Allah lah yang paling tahu tentang manusia. Oleh kerananya aturan/agama Allah itulah yang paling lengkap dan paling sesuai dengan kejadian semula jadi (fitrah manusia).


Pada hari ini perlu ada di kalangan umat Islam yang berjaya bengunkan model Islam yang menepati dengan fitrah manusia.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi berjaya bangunkan model kehidupan Islam. (Islam is the way of live). Dalam lapangan yang diperlukan oleh manusia. Di bahagian pendidikan bermula dari taska, tadika hinggalah ke peringkat pengajian orang dewasa. Di bidang ekonomi suatu ketika sebelum di haramkan bagaikan cendawan tumbuh. Berbagai jenis produk halal, seperti mi kuning, bihun, kicap, sos dan lain-lain lagi.
Demikianlah mulia dan hebatnya apa yang diistilahkan sebagai ekonomi fardhu kifayah dalam Islam. Sesuai dengan fitrah semula jadi manusia, tidak kira apa bangsa dan agama. Dan alangkah besarnya pahala ibadah yang didapati oleh orang yang menyediakan keperluan manuasia khasnya umat Islam.
"Sebaik-baik manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain."


Kebangkitan semula Islam, ertinya pembangunan rohani menjadi penting supaya insaniah seseorang terbangun semula. Membaiki diri dengan menajamkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan menjadi fokus didalam hidupnya. Pembinaan rohani sangat dititik beratkan. Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah, dengan Kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat kaum-kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain." (Riwayat Muslim).


Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Arab yang sebelumnya (zaman jahiliah) adalah dalam keadaan hina dina, porak -peranda, kacau bilau, kegawatan sosial, penndasan, penzaliman, berbunuhan dan berperang berkurun-kurun lamanya, dalam tempoh yang singkat menjadi satu bangsa yang mulia, hebat dan domenan. Berlanjutan pula sehingga berkurun lamanya. Perubahan itu berlaku kerana Al Quran yang dihidangkan oleh Rasulullah SAW menjadi pegangan. 


Kini suara-suara kerinduan kepada kejayaan umat kedengaran di mana-mana di seluruh pelusuk dunia. Tambahan pula dalam waktu yang sama seluruh ideologi dunia sudah tenat. Bukan saja tidak berjaya menyelesaikan masalah manusia, malah menjadi pencetus huru hara. Ideologi dunia kini ibarat matahari petang yang sinarnya sudah tidak mampu untuk mengetingkan walaupun sekadar sehelai sapu tangan. Ia hanya menunggu saat untu terbenam.


Di satu pihak lain iaitu Islam, penganutnya masih meraba-raba, tercari-cari kaedah untuk menyemarakkan bara api Islam. Kaedah yang dibawa bukan saja bara api tidak marak, malah kadang-kadang turut sama menyumbang kepada padamnya bara yang baru hendak menyala itu.


Namun yakinlah bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam yang tidak dapat dibendung. Allah SWT akan muliakan umat Islam di akhir zaman ini seperti yang dijanjikan. Dengan syarat umat Islam benar-benar berada di garisan yang betul dan layak mendapat bantuan Allah SWT.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N