Langkau ke kandungan utama

ALLAH SWT MEMPUNYAI KUASA MUTLAK.





Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46).


Di dalam diri manusia ada dua mata, iaitu pertama mata lahir,dan kedua mata batin. Mata lahir ia adalah mata kepala atau mata fizikal.

"Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al Baqarah 2:20).

"Engkaulah (Allah) yang memberi kekuasaan (kerajaan) daripada siapa yang Engkau kehendaki dan menarik balik kekuasaan (kerajaan) daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau juga yang memuliakan sesiapa saja yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu-lah kebaikan itu. (Ali Imran 3:26).


Allah SWT yang memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan., mengkayakan dan memiskinkan, memuliakan, dan menghinakan, menyihatkan, menyakitkan serta menyembuhkan , memberi kejayaan dan menggagalkan, menguatkan dan melemahkan menjadikan, pandai dan bodoh, memberikan kemenangan dan mengalahkan. Selain dari Allah SWT, semua makhluk tiada kuasa. Kalau pun ada yang dinamakan kekuasaan milik makhluk itu sekadar yang diizinkan Allah SWT. Hakikatnya, makhluk yang ada kuasa itu sebenatnya tidak memiliki sebarang kekuasaan.


Allah SWT sudah menetapkan tiap-tiap sesuatu itu hanya terhasil dengan sebab atau peraturan. Sebab atau ketetapan atau peraturan terhasilnya sesuatu itu pula sudah ditentukan. Inilah yang dinamakan sunnatullah.

Firman Allah SWT:

فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَحْوِيلًا  ﴿٤٣﴾
"Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu."
(Al Faatir 35:43).

Ada kejadian yang terhasil tanpa sebab seperti Nabi Isa AS dilahirkan tanpa bapa. Ada pula sebab yang tidak terhasil seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim AS. Kejadian itu menunjukkan bahawa Allah SWT mempunyai kuasa mutlak yang tidak terpaksa atau terikat dengan ketentuan atau sunnah-Nya. Ini supaya manusia dapat melihat betapa Allah SWT benar-benar berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.


Dengan demikian juga agar hati manusia benar-benar murni dari sebarang sangkaan bahawa usaha ikhtiar itulah yang membawa kejayaan atau hasil. Ini supaya manusia nampak bahawa biarpun terhasil sesuatu dari usaha ikhtiar namun Allah SWT berkuasa mengubah atau menarik balik kembali kejayaan  tersebut pada bila-bila masa yang Allah SWT kehendaki.


Untuk memburu kejayaan atau terhasilnya sesuatu maka dituntut agar berusaha dan berikhtiar. Usaha ikhtiar itu merupakan satu perintah Allah SWT sebagai melahirkan sebab.
Malah Allah SWT perintahkanlah usaha ikhtiar itu mesti dibuat
bersungguh-sungguh dengan seluruh tenaga dan keupayaan yang termampu. Manusia sememangnya diberi peluang seluas-luas ruang untuk memilih dan berusaha.


Usaha yang bersungguh-sungguh itu bukan sekadar dari sudut memerah tenaga semata-mata. Ia mestilah juga berserta dengan segala syarat atau memenuhi keperluan yang bersangkutan dengan hasil yang hendak dicapai. Atau menepati dengan peraturan sessuatu perkara itu. Sehingga dengan itu selari, sesuai dan bertepatan dengan ketentuan Allah SWT. Misalnya, kalau hendak memancing ikan mestilah ikut peraturan yang disunnahkan oleh Allah SWT. Umpan mestilah disesuaikan dengan jenis ikan. Saiz mata pancing dan kekuatan tali juga mesti sesuai dengan saiz ikan. Seni-seni, teknik dan taktik yang sewajarnya perlulah juga diambil kira. Setelah segala peraturan bersangkutan dipenuhi sebaik, selengkap dan sempurna mungkin, barulah terhasil sesuatu usaha ikhtiar yang hakikatnya adalah Allah SWT saja yang mengurniakan kejayaan.


Contoh yang lain ada kerja yang perlukan tenaga manusia dan jentera. Ada pula kerja hanya perlukan akal sahaja. Dan ada pula yang perlukan gabungan kedua-duanya dan lain-lain lagi. Maka perlulah disediakan segala keperluan sebagai sebab bertepatan dengan hasil yang hendak dicapai.


Kini mari kita menyuluh pula dari aspek perjuangan menegakkan agama Allah SWT:
Pertama: Kita mesti dengan penuh kesedaran, faham dan kental keyakinan bahawa kemenangan dan kejayaan adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. 
Kedua: Kemenangan dan kejayaan yang Allah SWT kurniakan itu adalah setelah segala syarat-syarat dan keperluan yang bersangkutan telah dipenuhi oleh umat Islam khususnya para pejuang. 
Ketiga: Apakah usaha ikhtiar perjuangan itu sudah maksima? Golongan pejuang itu pula sudahkah sampai ketahap layak bergelar mujahid disisi Allah SWT? Sudah terbuktikah keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan mereka?


Perlu diingat, agama Islam ini adalah hak milik Allah SWT. Maka Allah SWT jua yang berhak menentukan siapa dikalangan hambaNya yang benar-benar layak memikul amanah besar ini.
Allah SWT memelihara kemurnian dan kemuliaan Islam daripada dicemari oleh orang-orang yang tidak layak. Kelak akan rosak maruah dan kemuliaan ajaran Islam di tangan orang-orang yang tidak layak ini. 


Sesungguhnya melalui orang-orang pilihan Allah SWT yang melaksanakan Islam dengan tepat dan benar akan terserlah keagungan dan ketinggian ajaran Islam. Manusia bukan saja terpesona dengan ajaran Islam itu sendiri malah manusia akan tembus hatinya dapar melihat keagungan dan kehebatan Allah SWT. Oleh itu, sudah tentulah syarat-syarat mencapai kemenangan itu bukan mudah. Pejuang sejati dijanjikan dengan syurga. Besar pengorbanan yang diperlukan untuk membeli syurga Allah SWT itu. 


Manusia tidak campur tangan dalam menghasilkan sesuatu. Manusia hanya disyaratkan mesti menghadirkan sebab sahaja. Manusia tidak campur tangan membuat bayi dalam kandungan, menumbuh, membesarkan pokok hingga mengeluarkan buah, menyembuhkan penyakit, mengenyangkan perut, menghilangkan dahaga, membakar dan lain-lain lagi. Demikian jugalah umat tidak tidak campur tangan dalam mencapai kejayaan dan kemenangan perjuangan Islam. Kekuasaan Allah SWT itu hanya apabila disebut "jadi", maka, jadilah perkara itu. Apabila Allah kehendaki kejayaan dan kemenangan diberi kepada umat Islam, tiada suatu kuasa pun yang dapat menghalang dan menahan dari berlaku.


Realiti yang berlaku ialah tidak ada di kalangan umat Islam yang benar-benar layak sebagai pejuang yang sangat dibantu Allah SWT. Tidak ada pejuang yang dirinya sangat dinaungi, dibela dan dipandang oleh Allah SWT. Tidak ada peribadi yang mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Allah SWT. Manakala yang kelihatan gigih berjuang, bercakap dan berbuat sesuatu selaku pejuang, sayangnya tidak pula menempuh syarat atau sebab musabab yang mewajarkan memperoleh bantuan dari Allah SWT. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N