Langkau ke kandungan utama

ALLAH SWT MEMENANGKAN PEJUANG KEBENARAN.




Maksud firman Tuhan:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." (Ar-Ra'd 13:11).


Pada diri manusia pula ada dua juzuk yang sifatnya benar-benar berubah dan membawa kepada perubahan iaitu hati (roh) dan akal (mental). Allah SWT menjanjikan perubahan kepada mana-mana kaum yang terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu iaitu hati (roh). Allah SWT menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan yang terpokok, utama dan yang terpenting ialah membaikki diri hati. Membaiki diri atau hati itu agar bertambah hampir atau dekat dengan Allah SWT dan sekaligus menjauhi  atau memusnahkan segala kekejian (mazmumah) diri hingga benar-benar terbakar hangus dan musnah hingga tiada lagi saki bakinya yang tertinggal pada diri seseorang.


Untuk membakar hangus segala mazmumah itulah maka perlu memiliki rasa kehambaan yang sangat kuat dan mendalam. Di- antaranya rasa takut, malu, cemas, bimbang, hina diri, lemah, dhaif, serba kekurangan, tiada upaya, gementar, gerun, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cuai dan lalai, banyak cacat celanya dan sebagainya.


Kesan dari rasa kehambaan inilah hati (roh) akan terhindar dari rasa ketuanan seperti sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, bakhil, ego, dendam, dan lain-lain. Oleh itu tajam dan suburnya rasa kehambaan itu perlu dimiliki setiap masa dan dimana jua.


Serentak dengan itu mesti pula memiliki rasa berTuhan yang benar-benar dihayati dan disebati, terbenam di hati nurani. Rasa itu perlu melekat dan mencengkam di hati. Rasa-rasa itu seperti merasai Allah SWT Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahu, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya. Manifestasi dari rasa bertuhan ini maka subur segala sifat terpuji atau mahmudah seperti sabar, tawakal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak. Hati terlalu sensitif dengan Tuhan. 


Rasa berTuhan ini menjadi benteng kukuh darpada dosa, maksiat dan mungkar. Dosa dibencinya, terbuat dosa resah jiwanya dan segera memohon ampun. Biar bagaimana keadaan mereka, tidak lalai atau hanyut oleh harta benda, pangkat, nama dan lain-lain. Mereka tiada sebarang kepentingan diri. Seluruh hidupnya dan apa yang dimiliki hanya untuk Allah SWT.
Bagi orang roh merasakan kehidupan dunia ini umpama najis dan bangkai saja, dijadikan baja untuk membaja pokok Akhirat. Kehidupan dunia seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita sekitar 60 atau 70 tahun di dunia kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.


Rasa kehambaan dan berTuhan inilah anak kunci kepada datangnya perubahan yang Allah SWT janjikan itu. Inilah anak kunci yang mengundang kepada pertolongan dan bantuan dari Allah SWT. Di sinilah terletaknya keunikannya dan keistemewaan perjuangan Islam yang hak, di sepanjang sejarah. Bilangannya sedikit, kelengkapannya kurang namun memperolihi kemenangan. Kemenangan pula bukan berlaku setelah pihak musuh punah ranah, bukan setelah runtuh musnah segala bangunan, bukan setelah ramainya orang mati termasuk orang yang tidak berdosa. Kemenangan diperolihi setelah bersungguh-sungguh baikki diri hingga Allah SWT redha kepada mereka dan Allah SWT redha segala urusan mereka. 


Siang hari para pejuang Islam yang hak bekerja bak singa, malamnya merintih sayu umpama rahib. Peribadinya menjadi contoh ikutan, rumahtangganya menjadi pusat motivasi yang menyuburkan jiwa dan akal. Harta bendanya hanya singgah di tangan dan tidak sempat masuk ke hati.


Sepanjang zaman, siapa pun dan di mana sahaja di bumi Allah SWT ini kekuatn asas bagi pejuang Islam tidak pernah dan tidak akan berubah. Membaiki diri, keimanan, ketaqwaan, perpaduan, dan kepimpinan adalah paling utama, terpokok dan terpenting untuk memperolehi kemenangan dan mencapai keagungan umat. Maka perkara-perkara tersebut wajib dimiliki tanpa berdolak dalik.


Manakala kekuatan tambhan pula boleh berubah mengikut keadaan, tempat, zaman dan keperluan. Sifat kekuatan tambahan itu hanya akan menjadi punca kekuatan serelah memiliki kekuatan asas. Tanpa kekuatan asas, pelengkap atau alat ini tidak berfungsi sebagai menambah kekuatan. Malah selain tidak berfungsi kadang-kadang membawa kesan negatif yang menyusahkan.Lihat sahaja rialiti umat Islam merata dunia.
Saban masa sibuk dengan urusan ekonomi, politik, kekayaan, harta benda, kemajuan, pembangunan, ilmu pengetahuan atau penguasaan teknologi. Bukan sahaja tidak menjadi alat untuk membawa Islam kepada keagungan, sebaliknya menjadi punca derhaka kepada Allah SWT, lalai dari agama serta lupa akhirat.
Ditambah pula dengan tercetusnya berbagai krisis, penzaliman, penindasan, jatuh menjatuh,bermusuhan mala peperangan.


Kita tidak menolak kemajuan dan tamadun, tetapi ingin memberi penekanan agar umat Islam dapat melihat dan memahami betapa terlalu amat penting memiliki kekuatan asas. Lebih-lebih lagi amat dikesalkan dan menyedihkan apabila selama ini aspek kekuatan asas sangat terpinggir, terabai dan tidak dipedulikan. Malah ada sampai ke tahap memperlecehkan justeru itu lantas menolaknya.


Islam adalah agama Allah SWT, milik Allah SWT. Orang yang benar-benar tepat landasan perjuangannya maka berhak pula dibela, dibantu dan di menangkan oleh Allah SWT. Allah SWT berperanan bagi pihak pejuang kebenaran dalam menumpaskan musuh. Kerana memusuhi kebenaran bererti memusuhi Allah SWT. Bersungguh -sungguhlah memilki kekuatan asas serta yakin akan janji Allah SWT, nescaya akan dapat melihat bagaimana Allah SWT memenangkan pejuang kebenaran.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N