Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN MENGHIDUPKAN ROH/JIWA




Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari) 


Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Al-Baqarah 2:238).

I. Solat yang agong. 

Dalam Islam untuk melahirkan peribadi yang agong melalui solat yang agong. Solat perkara yang paling berkesan untuk membina insan. Lagi baik dan istiqamah solat maka ia akan semakin berkesan. Kalau solat tidak diutamakan dan tidak dibuat secara serius dan istiqamah janganlah harap insan akan terbina. Maksiat pula merosakkan keinsanan. Meninggalkan solat, bergaul bebas lelaki dan perempuan dan segala bentuk maksiat perlu dijauhkan kalau mahu membangunkan insan. Pihak yang memimpin pembinaan insan pula mestilah dari golongan orang yang telah terbina dan terbangun insannya sendiri atau orang bertaqwa. Pemimpin yang fasik akan hanya melahirkan orang-orang yang fasik juga. Ulama yang tidak beramal, lebih-lebih lagilah ulama suk atau ulama jahat, tidak layak untuk membangunkan insan manusia kerana keinsanan mereka pun diragui.


II. Berbakti kepada ibu bapa. 

Berkhidmat kepada Ibu bapa juga adalah ibadah. Khidmat yang besar sesama manusia iaitu khidmat kepada ibubapa. Jasa Ibu bapa besar, kerana mereka kita hidup di dunia ini sekalipun haqiqatnya kehendak Allah SWT. Oleh karena itulah dalam Islam diberi panduan tentang perkara tersebut.
Iaitu berkhidmat kepada ibubapa. Seterusnya di bawah ini dijelaskan ayat Al Quran dan Hadist tentang berbakti kepada ibu bapa. Ia juga ada kaitan dengan kehidupan yang berkat. Berbakti kepada ibu bapa adalah perkara utama hubungan manusia sesama manusia. 


Dalam Islam Allah memberikan penghargaan yang luar biasa kepada ibu bapa. Mereka yang telah berjasa melahirkan dan mengurus anaknya dengan memerintahkan kepada anaknya untuk menghormat dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya . Allah berfirman didalam al-Quran:


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14).


Setelah kita memahami ayat-ayat Allah di atas maka ternyata kita harus berbuat baik kepada mereka berdua dengan setiap tindakan atau perilaku kita. 


رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحب الى الله ُ قَالَ الصَّلَاة ُ على وَقْتِهَا قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ * بخاري مسلم

Hadits dari Abdullah ibnu mas’ud semoga Allah meridloinya ia berkata: aku bertanya kepada Rasulullah SAW. Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah  SWT. Ia bersabda : Solat pada waktunya . aku bertanya lagi lalu apalagi? Rasul bersabda : berbuat baik kepada orang tua . lalu aku bertanya lagi , kemudian apa ya Rasulallah SAW. Rasul bersabda : Jihad dijalan Allah.


Didalam Hadits imam Tirmidzi, imam Hakim juga imam Muslim; kemurkaan Allah ditentukan oleh kemurkaan ibu- bapa  bahkan akibatnya bukan hanya Neraka akan tetapi di Duniapun Allah akan memperlihatkannya pada anak yang durhaka. sebagaimana termaktub dalam hadits berikut :

رضى الله في رضى الوالدين وسخط الله في سخط الوالدين. الترمذي

Rasul bersabda: Ridlo Allah ada didalam ridlo Ibu –bapak dan murka Allah ada didalam murka ibu bapak. Riwayat at-Tirmidzi

كل الذنوب يؤخر الله منها ما شاء الى يوم القيامة الا عقوق الوالدين فان الله يعجله لصاحبه قبل الممات. الحاكم 

Rasul bersabda : setiap dosa-dosa akan diahirkan akibatnya oleh Allah sampai hari Qiyamat kecuali durhaka kepada ibu bapa maka sesungguhnya Allah akan akan memperlihatkannya di dunia sebelum dia mati. Riwayat al-hakim.


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh berbicara dengan Allah SWT setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan berbicara dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah keistimewaan Nabi Musa yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di Syurga nanti yang akan bersama denganku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapatkan jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mencari tempat itu. 


Setelah beberapa hari perjalanan, akhirnya Nabi Musa sampai ke tempat yang dimaksud. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk, beliau berhasil bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam kamar dan melakukan sesuatu di dalam. Beberapa saat kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu dirawatnya dengan baik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa yang terjadi?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk dan dicium kemudian diantar kembali ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudian diantar kembali ke dalam kamar. Selesai itu barulah dia melayani Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agamamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu yaitu agama Islam. “Terus, mengapa kamu memelihara babi? Kita tidak boleh berbuat itu.” 

Kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah kedua orang tuaku. Karena mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah mengubah wajah mereka menjadi babi yang buruk rupa. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku seperti yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun wajah mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni. Aku memohon supaya Allah mengembalikan wajah mereka menjadi manusia yang sebenarnya, tetapi Allah masih belum mengabulkannya.”, tambah pemuda itu lagi. Maka seketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan bersama  di SYURGA nanti, karena dia sangat berbakti kepada kedua orang tuanya. Meskipun orang tuanya sudah berwajah buruk menjadi babi, dia tetap berbakti. Oleh karena itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah berfirman lagi yang artinya : “Karena dia berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua orang tuanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”


Itu berkat anak yang soleh. Doa anak yang saleh dapat menebus dosa orang tuanya yang awal mulanya akan dimasukkan ke dalam neraka akhirnya dipindahkan ke surga. Ini adalah syarat berbakti kepada orang tuanya. Walaupun wajah ibu dan ayahnya seperti babi. Mudah-mudahan orang tua kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Seburuk apa pun kedua orang tua kita itu bukan urusan kita, urusan kita adalah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Sebanyak apa pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita adalah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua orang tua kita diampuni Allah SWT.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tua untuk mendapatkan tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam kubur.
Arti sayang seorang anak kepada ibu dan ayahnya bukan melalui wang, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu ayah adalah dengan doa supaya kedua ibu ayah mendapatkan tempat yang terbaik disisi Tuhan.


Kebahagian yang Allah berikan kepada orang bertaqwa atas dasar berkat. Keberkatan yang Allah berikan hanyalah kepada orang yang bertaqwa. Orang kafir Allah berikan atas dasar istidraj. Penjelasan Al Quran dan hadis diatas tentang berbakti kepada ibu bapa bukan sahaja ibadah tetapi sangat ada hubungkait dengan berkat. Lebih-lebih anak-anak lelaki tanggungjawabnya tidak putus sekalipun ibubapa telah meninggal. Anak soleh akan mendoakan ibubapanya. 


وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.


Ia juga ada kaitan dengan kehidupan yang berkat. Berbakti kepada ibu bapa adalah perkara utama hubungan manusia sesama manusia. (حبل من الناس). Ia adalah ibadah kita juga. Seterusnya perkara-perkara lain yang mana bila dilakukan atas dasar untuk bangunkan dan mendaulatkan hukum hakam Allah. Maka dia dikatakan jihad atau berjuang di jalan Allah. Adalah Jihad fi sabilillah.

III. Berjuang di jalan Allah.

Seterusnya perkara-perkara lain yang mana bila dilakukan atas dasar untuk mendaulatkan hukum hakam Allah. Maka dia dikatakan jihad atau berjuang di jalan Allah.(جهاد في سبيل الله). Juga adalah Ibadah kita. Abuya telah persiapkan mereka dengan berbekalkan jiwa yang kental. Abuya telah mendidik mereka dengan akhlak mulia. Abuya telah berjaya memindahkan cita-cita Islam dan semangat juang kedalam diri mereka. Semangat membela Islam telah tertanam kedalam jiwa mereka dan subur sepanjang masa. Mereka tidak dididik untuk berundur. Mereka tidak di momok-momokkan dengan risiko atau sebarang masalah hidup yang menghimpit. Jiwa mereka dididik merdeka dan hanya bergantung dengan Tuhan. Dengan kemerdekaan itu mereka berani berbuat apa saja demi memburu keredaan Allah.


Inilah nilai-nilai rohani yang unggul dan unik. Tidak ramai yang memilikinya. Ia menjadi senjata dikala menyerang. Dan menjadi perisai dikala diserang. Dunia Barat tidak memiliki semua ini. Ini 'harta' dari khazanah Islam. Amat berharga untuk umat Islam. Tapi sayang, kita umat Islam sendiri tidak tahu dan tidak mahu memanfaatkannya. Kita menadah tangan mengemis 'harta benda' dari Barat untuk mengisi kekosongan hidup yang terluang. Menyedari perkara ini, kita yang pernah mendapat sentuhan didikan dan pimpinan Abuya Imam Ashaari At-Tamimi, tampil bertanggungjawab bergelanggang ke tengah masyarakat membawa model kebenaran yang telah Abuya perjuangkan. Masyarakat telah Allah siapkan hati-hati mereka untuk di bangunkan. Mereka telah kecewa dengan percaturan politik ala Barat yang telah mengecewakan mereka. Tanamkan semangat baru bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Kita Allah pilih sebagai warga Timur mesti berjuang bermati-matian untuk membenarkannya.


Inilah hakikat pembinaan insan yang sebenarnya. Janganlah kita orang Islam tertipu dan terpedaya dengan kaedah-kaedah atau metodologi yang didatangkan oleh pihak lain dan dinamakan dengan berbagai-bagai nama dan berbagai-bagai istilah dan berbagai tujuan. Tujuan pembinaan dan pembangunan insan di dalam Islam hanya satu iaitu untuk memudahkan manusia berperanan sebagai hamba kepada Allah dan sekaligus sebagai khalifah Allah di muka bumi, semoga dengan itu manusia akan berbahagia di dunia dan berbahagia di Akhirat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…