Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA HIGHWAY KEPADA KHAWARIKUL 'ADAH.




Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli politik, pemerhati dan cerdik pandai secara khusus, serta secara umum rakyat ASEAN dan juga CIA sedang menumpukan perhatian kepada kebangkitan Islam di Malaysia. Lebih dari itu mereka tak sabar menunggu apa akan jadi pada parti-parti politik sama ada di kalangan pemerintah atau pembangkang. Anwar Ibrahim yang di dokong oleh kuasa Barat cuba melawan arus kebangkitan Islam di Malaysia dan berusaha keras merubah suasana politik Malaysia. Dunia menyaksikan dia terkandas dan semakin jauh menyimpang dari perjuangan Islam. Suatu ketika dulu beliau tertonjol atas nama tokoh Pejuang Islam, pernah dia perkenalkan atas nama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 


Suasana politik di Malaysia sebenarnya umpama bisul yang sedang membengkak macam api dalam sekam. Kesan yang Allah lakukan kejadian demi kejadian yang di luar jangkauan akal manusia. Ianya sudah memberikan kesan pada wajah politik di Malaysia serta corak kepimpinan dalam negara yang akan berubah dan bertukar corak. Namun bagi pejuang-pejuang yang telah Abuya Imam Ashaari At Tamimi didik, mereka memandang lebih jauh dari itu, iaitu mereka melihat peristiwa ini akan merentang satu highway kepada kepimpinan Islam yang akan mengambil alih pentadbiran Malaysia.


Kalaupun highway itu kelihatan begitu kusut mulanya tapi rasanya akan ada pemimpin sejati tertonjol di jalan yang kusut itu dengan penuh aman damai dan harmoni. Ia akan berlaku secara ajaib atau khawariqul Adah. (خوارق العادة). Ia akan berlaku dengan satu kaedah yang belum dapat di jelaskan di sini, tetapi rasanya akan ada pemimpin sejati tertonjol di jalan yang kusut itu dengan penuh aman damai dan harmoni. Ia pasti tidak mengikut jalan demokrasi apalagi revolusi.


Disinilah nanti bila terjadi, akan menggeparkan semua pihak. Terutamanya ahli politik,pemerhati dan cerdik pandai secara khusus, serta secara umum rakyat ASEAN dan juga CIA sedang menumpukan perhatian kepada kebangkitan Islam di Malaysia.
Perkara tersebut telah Abuya tanamkan keyakinan kepada kita secara kuliah-kuliah ilmu atau pun bersahaja melalui nasyid yang kita sering kumandangkan. Nasyid bertajuk " TIDAK TIMUR DAN TIDAK BARAT IA ADALAH ....."


Setiap kali Allah nak bagi highway kepada kebangkitan Islam, berlaku perkara khawarikul 'adah (luar biasa). Ia benar-benar berlaku, untuk menunjukkan kekuasaan Allah menghukum segolongan manusia yang begitu yakin dengan usaha dan kuasanya. Dalam masa yang sama Allah datangkan orang rohani seperti Abuya Imam Ashaari At Tamimi membawa minda yang bersandarkan aqidah yang tepat. Kepimpinan dan bimbingan yang kita terima daripada Abuya sangat menjadi benteng aqidah yang kukuh dalam diri masing-masing. 


Melalui ilmu dan bimbingan kita dapat membetulkan aqidah yang salah yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam selama ini. Tanpa kekuatan aqidah umat Islam sudah pasti akan terjebak dengan aqidah yang sesat sama ada di sedari atau tidak. Kuasa Allah adalah mutlak. Tiada yang mustahil jika Allah kehendaki. Jika Dia hendak melakukan sesuatu, cukup hanya dengan berkata, "Kun faya kun... Jadi maka jadilah.


Mengikut kebiasaannya, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.
Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.


Begitulah juga bagi mereka yang akidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat. Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh merosakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakkan adalah gambaran hatinya itu. 


Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan Allah. Kerana Aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang bertaqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N