Langkau ke kandungan utama

XPDC MENGAKTIFKAN AKAL, JIWA (ROH) DAN FIZIKAL.

XPDC MENGAKTIFKAN AKAL, JIWA (ROH) DAN FIZIKAL.



XPDC menyelusuri kampung tradisional Melayu di Negeri Selangor. Masjid Kariah Bangi ialah sebuah kampung tradisional Melayu yang masih kita boleh melihat budayanya di sana. Masjid Kariah Bangi berada di bawah majlis perbandaran Kajang. Melalui XPDC kita boleh menggali hikmah yang tersirat daripada perkara-perkara yang tersurat. Dengan meneliti dan menyingkap rahsia-rahsia yang tersirat di sebalik fakta dan persitiwa di muka bumi ini adalah bertepatan dengan perintah Tuhan di dalam Al Quran sebagaimana firman Allah:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu". 
(An-Naml 27:69).


Dalam masyarakat Melayu di Timur umumnya jika dibandingkan dengan masyarakat Barat di sudut kemajuan jauh orang Melayu ketinggalan. Orang Melayu di kampung-kampung umumnya mundur jika dibandingkan dengan kehidupan orang Barat. Mereka mundur dalam penguasaan ilmu teknologi dan umumnya ilmu yang berbentuk duniawi. Ilmu yang mereka kuasai terhad kepada membaca Quran, fardhu ain dan sedikit-sedikit ilmu agama lain yang diajarkan tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung. Kerana adanya pimpinan dan asas-asas agama ini dan kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan hal-hal dunia dan tidak terlalu mengejar dunia, maka fahaman dan roh Islam mereka tebal. Cara hidup mereka banyak melambangkan ukhwah melalui aktiviti gotong royong. Wujud kasih sayang, kesatuan, perpaduan, kerjasama dan rasa bersama di kalangan mereka. Mereka hidup saling bantu membantu dan bergotong royong menyelesaikan keperluan jiran tetangga. 


Tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung mengajar agama secara percuma. Tidak ada orang mengambil upah atau mengenakan yuran kepada murid-murid mereka. Boleh ada dalam satu kampung semua golongan, iaitu golongan kaya, golongan pertengahan dan golongan miskin. Ini tidak berlaku terutamanya kehidupan di bandar-bandar besar yang jauh lebih maju daripada kampung. Taman-taman perumahan sekarang dibina berasingan. Ada taman perumahan untuk golongan kaya, ada taman untuk golongan sederhana dan ada taman untuk golongan miskin. Orang-orang alim dan para guru sangat di hormati dan disegani. Sekarang hendak ziarah ibu bapa pun terlalu berkira. Begitulah kehidupan apabila sudah membesarkan makan minum sahaja dan tidak membesarkan kehidupan Akhirat yang kekal Abadi. 


Masyarakat Barat kerana terlalu mengagungkan pencapaian akal akhirnya hidup nafsi-nafsi bahkan lebih dahsyat dari kehidupan haiwan. Pergaulan sudah tidak ada batas lagi antara lelaki dan perempuan. Bahkan budaya hidup LGBT menjadi kebiasaan di Barat. Budaya tersebut pada haiwan pun tidak berlaku. Benarlah apa yang Tuhan gambarkan di dalam Al Quran tentang kehidupan manusia yang tidak bertuhan dan tidak membesarkan kehidupan Akhirat lebih buruk dan rosak dari kehidupan haiwan. Dalam Islam akal diberi peluang tetapi dikawal oleh wahyu. 


Akal perlu dikawal oleh hati. Akal mesti duduk di bawah hati dan tunduk kepada hati arahan hati. Akal mesti menjadi alat kepada hati. Hati atau jiwa yang hidup, yang peka, yang celik, dan yang berperanan akan dapat menjangkau ke alam ghaib. Hati boleh merasakan akan kewujudan dan kehadiran Tuhan. Bahkan hati boleh merasakan Kehebatan, Kebesaran, Keagungan, Kegagahan dan Kuasanya Tuhan. Hatilah yang yakin akan adanya Tuhan, malaikat, alam akhirat, Syurga dan Neraka. Apabila akal mengikut arahan hati, maka ia akan dapat berfungsi mengikut cara yang Tuhan mahu dan tidak akan terjebak dengan lambaian, godaan, penipuan dan perangkap dunia. Barulah akal boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Barulah akal tidak akan merosakkan.


Tambahan pada itu, hati yang bersih, roh yang kuat dan jiwa yang hidup akan membuatkan akal menjadi lebih tajam dan lebih bijak. Ini telah dibuktikan oleh para Sahabat yang dididik oleh Rasulullah SAW. Asalnya mereka itu hanya pengembala kambing. Ilmu yang ada pada mereka hanyalah ilmu tentang mengembala kambing. Tetapi dengan kemajuan dan tamadun jiwa dan rohani mereka hasil dari didikan Rasulullah SAW, mereka mampu menjadi ahli (pakar) dalam berbagai bidang ilmu termasuk matematik, falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, sains, dan berbagai-bagai lagi sehingga mereka menjadi tok-tok guru kepada bangsa dan tamadun lain.


Gandingan akal dan jiwa yang hidup menjadikan akal semakin tajam dan bijak. Apabila di kahwinkan akal yang tajam dan jiwa atau roh yang hidup menjadikan kita bijaksana dalam bertindak. Ertinya seseorang itu tidak mudah panik dalam apa situasi pun. Apabila diuji tidak mudah buntu, sempat bertenang dan akhirnya menemukan jalan keluar kepada masalah yang dihadapi. Sekarang bila orang Melayu sudah maju sedikit, tidaklah mengatasi orang Barat lagi. Di dalam kita merebut dunia, kita telah mengabaikan roh Islam kita. Kita telah meninggalkan cara hidup Islam yang kita perjuangkan selama ini. Kita terpaksa korbankan kasih sayang, persaudaraan, kesatuan, perpaduan dan rasa bersama kita. Kita terpaksa menghadapi krisis, pergeseran,curiga mencurigai dan permusuhan. Cara hidup sudah nafsi-nafsi. Tidak ada lagi ukhwah sesama kita. Kita sudah hilang kebahagian dan ketenangan seperti mana kita rasakan dahulu yang lebih mahal harganya dari kemajuan kebendaan yang sedikit ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N