Langkau ke kandungan utama

JALAN ROHANI ITULAH JALAN RASUL, NABI DAN WALI.



                                            (إهدنا الصراط المستقيم)
Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi maka ia tidak boleh dilihat oleh mata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Oleh kerana Rasul sudah tidak ada di depan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Berapa sulitnya.

Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang hendak diikut pun tidak ada, bagaimana hendak buat?
Kita perlu tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada contoh. Peringkat awal perlu ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jalan Tuhan itu ada 3 yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jalan ini mesti dalam satu pakej yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Mari kita lihat ilmunya. Ilmunya pernah dimiliki oleh para Rasul, nabi dan wali-wali. Setelah mengetahui ilmunya, nanti kita akan melihat sejauh mana ibadah, akhlak, perjuangan dan pengorbanan mereka yang telah dilahirkan.

Yang dikatakan jalan Tuhan, ia bersifat rohani, maknawi dan sedikit bersifat lahir,ertinya perjalanan rohani kita adalah jalan juga. Jalan-jalannya hendaklah sebagaimana perjalanan rohani Rasul-rasul dan nabi-nabi. Sebagaimana para Rasul dan nabi berperasaan, begitulah kita hendak berperasaan. Bagaimana mereka itu berfikiran, begitulah juga kita hendak berfikiran. Bagaimana perjalanan hidup lahir para Rasul, nabi dan wali-wali itu, begitulah juga sepatutnya hidup lahiriah kita. Kalau begitu, kita hendak hurai lagi perasaan mereka yakni bagaimana berperasaan sebagaimana yang Tuhan hendak.

Bagaimanakah perasaan yang Tuhan hendak itu?
Iaitu rasa berTuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasa hamba, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasa timbang rasa, kasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahan manusia, senang dengan kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yang bersifat rohani yang ada pada mereka itu. Ini dikatakan ilmu.

Ilmu yang dimiliki oleh mereka mestilah yang berdasarkan Quran dan Hadis. Samada dari segi ibadah, akhlak, perjuangannya, masyarakatnya, ekonominya, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain. Itu jalan maknawi Tuhan, mestilah bersumberkan wahyu dan sunnah.

Kalau begitu, Quran beritahu ada halal, ada yang haram, ada yang wajib, yang sunat, yang harus. Ilmu ini berjalan dalam semua aspek.

Dalam ibadah , ada yang wajib dan dan ada yang sunat,ada fardhu ain dan fardhu kifayah, ada yang haram, kena tinggalkan. Begitulah juga dalam aspek lain seperti kebudayaan, politik, ekonomi dan lain-lain. Yaag disuruh kena buat dan yang tidak disuruh kena tinggalkan. Itulah yang dikatakan jalan Tuhan yang bersifat maknawi. Bila dilaksanakan, nampaklah kita bertindak. Mata akan nampak bila kita berbuat dalam apa-apa aspek pun.

Inilah satu pakej yang selari, yang datang dari Tuhan yang telah ditempuh oleh para Rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Itu maksudnya perjalanan akal atau fikiran yang semua bersumberkan wahyu, atau Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Hendak tempuh jalan itu, alangkah sulitnya. Sudah belajar ilmunya, perjalanan maknawi sudah tahu tetapi contohnya pula tidak ada. Rasul, Nabi dan wali sudah tiada. Alangkah sulitnya. Sebab itu jalan, jalan, hujungnya neraka. 95% ke neraka. Sedikit yang ke syurga.

Bila kita sudah bahas tentang jalan yang bersifat maknawi, jalan inilah yang Tuhan maksudkan, yang Al Quran beritahu, "Sesungguhnya jalan Aku ini adalah jalan yang lurus maka hendaklah engkau tempuh. Jangan tempuh jalan-jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan."

Apa maksudnya jalan Tuhan yang lurus? Iaitu satu jalan yang bersumberkan Quran dan sunnah Tuhan kepada Rasul, kemudian kepada umatnya. Satu line. Samada bersifat maknawi, rohani atau lahir, ia satu.

Itu yang dikatakan lurus. Jalan lurus inilah yang hendak ditempuh. Kemudian Tuhan beri amaran, "jangan tempuh jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan." Apakah jalan yang banyak itu? Jalan yang banyak itu juga ada yang bersifat rohani, maknawi dan lahir.

Ayat ini ditujukan kepada setiap generasi sebab generasi 1400 tahun dahulu, tidak sama dengan generasi 1300 tahun lalu dan tidak sama dengan 1200 tahun lalu. Ertinya kurun pertama dan kedua tidak sama .

Apa maksud tidak sama?
Bila manusia berkembang, makin ramai manusia, kemajuan makin berkembang, kebudayaan makin banyak, ajaran bertambah. Kalau yang dibuat Rasulullah kepada generasinya, waktu itu jalan yang sesat ini tidak banyak. Masa itu jalan sosialis, demokrasi dan komunisme belum ada. Yang kita dengar adanya feudalisme dan kapitalisme. Seolah-olah di zaman itu dikatakan janganlah ikut feudalisme dan kapitalisme sebab isme-isme lain belum ada. Itu yang bersifat politik.Yang bersifat agama, waktu itu Yahudi, kristian, Hindu dan Budha. Itulah jalan-jalan yang tidak boleh ditempuh waktu itu. Nanti akan berpecah belah dari jalan Tuhan dan lari dari jalan Tuhan. Tetapi hari ini, entah berapa banyak jalan. Agama banyak, fahaman politik pun banyak.Sedangkan ia juga bersifat makanwi, rohani dan lahiriah. Jadi kalau zaman Rasulullah ada 6, 7 jalan, sekarang ada 30 jalan yang menganggu jalan Tuhan. Sebab itu di akhir zaman ini lebih banyak sesat dari di zaman dahulu.

Jalan-jalan yang wujud, selain jalan Tuhan di zaman itu, yang mana makin ke hujung zaman, makin banyak maka makin susahlah untuk umat Islam selamat.Sedangkan jalan yang lurus itu hanya satu. Jalan yang sesat itu banyak dan bercampur aduk. Betapalah susahnya. Katalah jalan di dunia ini ada 40 jalan. Kerajaan suruh pilih 1 dan jangan pilih yang 39 lagi. Kita akan takut tersalah jalan maka tentulah kita akan belajar bersungguh-sungguh.

Kita hendak baca satu ayat lagi iaitu, "Dan mereka yang bermujahadah di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan."

Jadi hendak ikut jalan Tuhan ini, setelah faham ilmunya samada yang bersifat makanwi, setelah roh bersedia, hendak dihalakan kepada apa yang Allah hendak dan hendak faham apa yang Tuhan tidak hendak, ia ada hubungan dengan mujahadah.

Bagi jalan-jalan di dunia ini, selalu berlanggar kerana driver tidak sanggup mujahadah. Patutnya mujahadah itu jalan perlahan-perlahan dan sabar. Tetapi kerana tidak sanggup mujahadah, lambat sangat maka kita rempuh.

Jadi hendakkan jalan Tuhan itu ada hubungan dengan mujahadah. Kalau tidak mujahadah, tidak akan berjaya. Tidak akan jadi orang baik. Tuhan hanya bersama orang yang berbuat baik. Orang yang bermujahadah menempuh jalan Tuhan, maka itu dikatakan orang yang berbuat baik. Tuhan bersama orang yang berbuat baik. Tuhan tidak kata, "Aku tolong orang yang buat baik," tetapi Tuhan kata, "Aku bersama orang yang buat baik." Bersama ini maksudnya sangat rapat. Kalau Tuhan kata, "Aku tolong orang yang buat baik," itu jauh.

Menolong seseorang itu, kita boleh sampai-sampaikan (dikirim) sahaja. Bila dikata kita bersama, begitu rapatnya persahabatan. Orang bertaqwa seolah beriring-iringan. Kalau hidup rohnya, di mana pun tidak terasa takut sebab ada Tuhan. Tetapi kita tidak rasa. Kalau tolong, itu jauh sebab dari jauh pun boleh tolong. Jadi bila dikatakan bersama dengan orang yang berbuat baik, bererti dekatnya dengan Tuhan. Jangan pula digambarkan dekat secara fizikal. Seolah-olah Tuhan pun berfizikal macam kita. Maha suci Tuhan daripada berdekatan secara fizikal dengan kita. Sebab Tuhan bukan fizikal. Itu menunjukkan terlalu karibnya tetapi tidak secara fizikal.

Jadi kejayaan menempuh jalan Tuhan ditentukan oleh mujahadah. Boleh mujahadah, selamat. Kalau tidak mujahadah, tidak selamat. Cuba lihat kalau orang yang peka dengan ayat tadi, "Mereka yang bermujahadah di jalan Kami, Kami Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan Kami." Seolah-olah ada double standard. Tadi ayat siratolmustaqim, seolah-olah jalan Tuhan itu hanya satu. Tapi dalam ayat ini, jalan Tuhan itu macam banyak. Kalau orang tidak faham, tidak perasan pun. Tetapi bagi orang yang tahu bahasa Arab, bahayalah. Tadi Tuhan kata jalan Tuhan itu satu. Yang ini banyak pula. Kan betapa sulit hendak tafsirkan Quran, ayat demi ayat. `Jalan` yang satu itu, walaupun satu, ia merupakan satu pakej yang sumbernya dari Tuhan dan Rasul. Maksudnya, sumbernya satu. Manakala `Jalan-jalan` itu pula, lain maksudnya. Jalan-jalan itu ertinya aspek-aspek di mana kita hendak laksanakan syariat Tuhan itu banyak. Aspek dalam hidup yang kita hendak tempuh itu banyak seperti ekonomi, kebajikan, politik, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Apa yang hendak dibuat, yang banyak itu akan dibantu oleh Tuhan bila ada mujahadah. Selepas didahului dengan faham jalan rohani, maknawinya dan faham kehendak nafsu yang berdasarkan kehendak Tuhan, barulah boleh mujahadah. Maka barulah aspek yang banyak itu Tuhan tunjukkan jalan juga. Maksud jalan-jalan ini tidak sama dengan jalan yang pertama tadi. Sebab itu Tuhan cakap, "jalan-jalan Kami" yang bermaksud ibadah satu jalan, ekonomi satu jalan, politik satu jalan. Itu yang dimaksudkan dengan "jalan-jalan Kami". Ertinya semua aspek kehidupan secara Islam akan diperolehi. Maka akan jadilah mereka orang yang baik-baik. Bila mereka jadi orang baik-baik, maka Tuhan bersama mereka dan bersahabat dengan mereka.

Ulasan:
Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen? Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah.

Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi dan paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan, kemudian diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidup kenabian. Rupanya "siratol mustaqim" itu adalah kunci bagi seluruh Al Quran. Jadi ini yang kita perlu beri perhatian. Supaya fokus atau hala tuju manusia itu bukuk lagi belajar tinggi-tinggi untuk dapat sijil agar dapat jawatan semata-mata.Belajar tinggi itu tidak salah tetapi bukan untuk dijadikan matlamat. Itu salah.

Manusia mesti menetapkan dasar atau matlamat hidupnya adalah untuk "siratolmustaqim" yakni untuk sampai kepada Tuhan. Jadi fokus kita dalam sembahyang, yang dimaksudkan jalan itu ialah untuk kita jadi sabar, redha, takut dengan Tuhan dan lain-lain lagi. Itu jalan yang hendak kita cari. Supaya dengan itu melalui seluruh kegiatan hidup ini kita benar-benar dapat Tuhan.
AFT
Sekian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N