Langkau ke kandungan utama

DAULAH ISLAM ATAS DASAR FITRAH DAN KEYAKINAN.




Kemahuan Islam sudah semakin kuat di hati rakyat Malaysia. Inilah suara rakyat sekarang sama ada diluahkan atau hanya disimpan di lubuk hati rakyat. Cuma kehendak itu belum sistematik atau ibarat umur manusia belum matang lagi. Fikiran dan hati mereka masih bersimpang siur dengan pelbagai masalah. Maklumlah, sudah sekian lama mereka dijajah oleh fahaman sekular. Mereka mahukan Islam tapi belum nampak jalan. Hati rakyat umpama tanah subur yang sudah digembur, cuma menanti dicucuk dengan biji benih untuk tumbuhnya pohon Islam yang rendang. 


Mereka sedang mencari satu minda yang jelas dan model Islamic way of life yang praktikal untuk difahami, diyakini dan diamalkan. Bagaimanakah caranya? Siapakah pemimpinnya? Apakah sumber ikutannya? Hati rakyat umpama wadah kosong yang minta diisi. Dan ketika ini jika gerakan-gerakan Islam mampu mengisi, merekalah yang akan dapat mengubat dan sekaligus memenangi hati rakyat yang terluka. Sewaktu parti-parti politik, semakin goyah, sepatutnya gerakan-gerakan Islam menjadi semakin mantap.


Tentu ada di kalangan gerakan-gerakan Islam itu yang paling berwebawa untuk mengisi vacuum yang ditinggalkan oleh parti-parti politik sama ada oleh parti pemerintah atau parti pembangkang. Jemaah Islam itu mesti mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat ketika keupayaan parti-parti politik untuk berbuat demikian semakin kurang. Jemaah Islam itu mesti punyai identiti tersendiri dan dapat menunjukkan keunggulannya untuk diterima oleh rakyat sebagai alternatif. Kemampuan mengisi keperluan rakyat mesti menyeluruh. Baik di bidang ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, dan yang paling penting di sudut kejiwaan atau rohani. 


Malaysia mungkin semakin mantap di sudut ekonomi, tetapi masih ramai rakyat yang miskin jiwa, yang miskin roh atau yang miskin hati. Gerakkan Islam itu juga mesti mempunyai kemampuan memberi khidmat kepada masyarakat tanpa banyak bergantung kepada wang kerajaan. Kita yakin masa depan Islam akan lebih cerah. Sekarang adalah era kebangkitan Islam. Sekarang adalah era Timur akan menerajui empayer atas nama Islam. Kepimpinan Islam yang sebenar akan muncul di celah-celah keruntuhan sistem politik un-Islamic akan terbina sistem politik Islam dalam keadaan aman dan harmoni. Akan tertegak "DAULAH ISLAMIYAH ATAS DASAR FITRAH DAN KEYAKINAN." 


Ia pasti berlaku dengan kehendak Allah, mengikut kaedah-Nya sendiri. God always move in the mysterious way. Kekecohan dan kekusutan yang berlaku di peringkat global dan didalam negara adalah laluan yang Allah lakukan untuk laluan kebangkitan Islam sekali lagi. Sudah menjadi sunnatullah umpama molekul-molekul air yang berlanggar sesama sendiri ketika air mendidih sebelum ianya berubah menjadi wap.


Begitulah angin perubahan yang bertiup ke arah Islam. Walau bagaimana lembut sekalipun pasti ada sedikit getaran untuk memisahkan kebatilan dari kebenaran. Supaya terserlah siapa yang ikhlas mahukan Islam, di hati rakyat dan di sisi Allah! Yang pasti, Islam di Malaysia akan berdaulat tidak melalui jalan demokrasi dan tidak melalui revolusi. Kepimpinan Islam akan diterima oleh rakyat atas dasar fitrah dan keyakinan. Bukan atas lobi atau paksaan. Bumi Malaysia akan diwariskan kepada hamba-hamba Allah yang soleh sesuai dengan firman Allah:

"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiyaa' 21:105).

Kepimpinan kali ini akan ditunjuk oleh hati, bukan jari. Malaysia akan banyak menyaksikan peristiwa-peristiwa luar biasa seperti yang pernah berlaku di zaman kebangkitan Islam pertama dulu.
Bersyukur kepada Allah yang memberi peluang kepada kita menyaksikan kebesaran dan kuasanya apa jua yang berlaku? Islamlah yang akan menang. Islam tidak akan kalah-kalah lagi.
Sama-samalah kita saksikan. Insyaallah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N