Langkau ke kandungan utama

MEWARNAI DUNIA DENGAN IMAN.




"Menerima kunjungan silaturrahim kawan-kawan seperjuangan. Buah dari pejuangan iman adalah ukhwah. Dimana pun siapa pun dalam bidang apa pun kalau kita sama -sama bejuang atas dasar iman automatik akan lahir kesefahaman keselarasan dan kasih sayang."



Pada era kebangkitan semula Islam, umat Islam gagal melahirkan model Islam yang indah dan cantik. Kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha Penghibur. Sedangkan sifat Rahman dan Rahim Tuhan di perintahkan kepada kita perkenalkan sekurang-kurangnya lima kali dalam sembahyang lima waktu. Iaitu membaca Fatehah ketika solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 


Lebih-lebih lagi di luar solat iaitu dalam kehidupan masyarakat kita gagal perkenalkan Tuhan itu Maha penghibur kepada makhlukNya. Akibatnya manusia buntu, kecewa dan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini. Umat Islam terus di himpit dengan macam-macam musibah yang menimpa. Gejala negatif yang menimpa golongan remaja seperti penyalah gunaan dan penagihan dadah ini nampak seperti tidak ada penghujung dan tidak ada penyelesaiannya.


Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Dunia sekarang telah diwarnai dengan kekufuran. Maka besarlah ganjaran yang Tuhan tawarkan kepada pejuang-pejuang yang dapat merubah dunia kekufuran dan diganti dengan dunia dengan iman.


Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan sunnah yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).


Satu-satunya agama yang Allah akui kebenarannya, kesempurnaannya dan terbaik untuk manusia adalah Islam. Sebab Islam itu ialah agama yang datang dari Allah, sedangkan agama-agama lain adalah rekaan dan ciptaan manusia semata-mata. Adakah sama sesuatu yang datang dari Allah dengan sesuatu yang direka oleh manusia? Jauh, jauh sekali bezanya. Allah adalah pencipta manusia, kerana itulah Allah lah yang paling tahu tentang manusia. Oleh kerananya aturan/agama Allah itulah yang paling lengkap dan paling sesuai dengan kejadian semula jadi (fitrah manusia).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...