Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

IKLIM MEMPENGARUHI ETNIK.

Firman Allah SWT: وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ Maksudnya: dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). (Al Hujurat 49:13). Orang Arab umumnya berwatak berani,terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh-sungguh melayan tetamu dan kuat makan. Mudah bergaduh dan mudah bermaafan dan berbaik-baik. Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi. Orang Melayu wataknya secara umum lembu, beralah, memendam rasa dan mesra. Watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain. (Perkahwinan anak perempuan Sy. Mujahid At Tamimi sempena Maulidur rasul 1440/2018). Timur Tengah iklim dan muka buminya yang ekstrem, keterlaluan yakni panas da
FENOMENA KEBANGKITAN ISLAM ISU BESAR. Fenomena Kebangkitan Islam merupakan suatu isu besar. Ia menjadi perhatian umat Islam dan bukan Islam. Kebangkitan Islam kepada dunia Islam semakin terserlah. Kebangkitan Islam memberi kesan besar kepada masa hadapan Islam. Sebab itu ia hendaklah ditangani dan dipandu arah kepada suatu visi yang pro aktif kepada kehidupan umat Islam. Justeru itu Abuya mendidik kita dengan pendekatan kasih sayang. Pelancarannya bermula di Perancis kemudian di Utara Thailand dan seterusnya ditempat-tempat lain. Realiti ini boleh juga dilihat di Malaysia. Populasi Islam kembali bertambah daripada 60 peratus kepada 65 peratus kini, walaupun pada awalnya mencecah 85 peratus sebelum migran Cina, India dan etnik lain diberikan kerakyatan sebagai syarat kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Di Barat ramai dikalangan masyarakatnya yang masuk agama Islam. Fenomena Kebangkitan Islam dan aliran-aliran yang memperjuangkan Kebangkitan Islam itu di Malaysi
PANDANG TEBUS WALI ALLAH. Allah berfirman maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahwa para kekasih Allah itu tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pula ( mereka ) berdukacita” (Surah Yunus 10:62). Maksud ayat diatas antaranya, Orang mukmin takut hanya dengan Tuhannya, dia berdukacita kalau terbuat dosa, dia takut kalau Tuhan tidak redha, dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,dia bimbang kalau tercabut imannya, dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya.Orang yang bertaqwa sentiasa saja dipimpin Allah. Karena memang mereka adalah kekasih-Nya.  Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat. Hati mereka tetap redha.Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya, untuk dapat pahala syukur. Ya, dia tetap bersyukur. Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya.Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya. Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya. Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya. Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya. Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di

PEMILIK NIKMAT DIHASAD.

ORANG YANG MEMILIKI NIKMAT DIHASAD. (Sempena Maulidur rasul di Sendayan). Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya. Kita dalam berjuang, sentiasa dipandu oleh guru mursyid supaya tidak tersasul. Dengan apa yang dia dilalui menjadi panduan kepada pengikut dan murid-muridnya. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Kita diyakinkan bahawa Malaysia sebagai tapak timur telah di isyaratkan berada dalam Jadual Allah. Kita perlu menjejak jadual tersebut supaya tidak keliru. ( Mee tarik muslim ). Apapun yang terjadi sudah tentu ada hikmah yang tersurat dan yang tersirat. Hal yang tersurat kita boleh dapatkan infor

ISLAM DI MOSCOW.

EMPAYAR RUSIA BERDEPAN  KEBANGKITAN ISLAM. (Foto solat berjemaah di Moscow). Ketika kelahiran kebangkitan Islam sekali lagi, antara keajaiban yang Tuhan lakukan ialah kesedaran merata berlaku dalam masyarakat.Terutamanya umat Islam. Barat sekian lama menjadi rujukan dunia kini berdepan dengan masalah dalaman sesama mereka. Amerika Syarikat sendiri sudah menutup pintu sempadannya kepada pendatang terutamanya Amerika Latin yang bersempadan dengan negara kuasa besar itu. Kesatuan Eropah sendiri pun tidak seperti dahulu, British sendiri nak keluar daripada kesatuan yang pernah dia menerajuinya. Kebakaran yang berlaku di Amerika syarikat masih belum dapat dipadamkan. Diiringi pula dengan masalah pendatang yang datang ke negaranya. (Foto di ibu negara Rusia). Penduduk dunia sedang menyaksikan dua kuasa besar sedang menurun pengaruhnya.Kalau Soviat Unian yang diterajui  oleh Rusia dihujung tahun sembilan belas telah hilang dalam peta dunia. Kemudian kini pula di ikuti oleh pengaruh

PEMBELA BERTARAF DUNIA.

PENYELAMAT AKHIR ZAMAN. Imam Mahdi datang ke dunia untuk mendaulatkan Islam. Kebenaran yang dibawa Imam Mahdi tidak akan datang melainkan kedatangannya untuk menang. Imam Mahdi akan menguasai seluruh dunia. Zaman ini adalah giliran Islam di Timur. Kebangkitan Islam kali kedua menyalin kebangkitan pertama dan tidak akan kalah kalah lagi. Zaman Imam Mahdi manusia dikembalikan fitrahnya semula. Orang dewasa penyayang, yang kecil menghormati orang yang lebih tua. Karomah Imam Mahdi hingga serigala berbaik dengan kambing. Kehidupan makmur dan diberkati. Firman Allah SWT: وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ. Maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (Ali Imran 3:140). Ilmu Firasat dalam Islam اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله “Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH.

TANDUK SYAITAN.

EMPAYAR WAHABI DI PENGHUJUNG. Pemikiran Wahabi yang keras dan kaku ini didokong oleh faham keagamaan yang memfokas bunyi harfiyah teks al-Qur-an maupun al-Hadits. Ini yang menjadikan Wahabi menjadi sangat anti tradisi, menolak tahlil, maulid Nabi SAW., barzanji, manaqib, dan sebagainya. Aliran ajaran Wahabi pada akhirnya memandang orang-orang di luar Wahabi sebagai orang kafir dan keluar dari Islam. Justeru, orang Wahabi, merasa dirinya sebagai orang yang paling benar, paling muslim, paling soleh, paling mukmin dan juga paling selamat. Foto Daerah Najed. Selanjutnya Muhamad Abdul Wahab berpakat dengan Ibnu Sa’ud yang saat itu menjadi penguasa Najd. Ibnu Saud sendiri adalah seorang ahli politik yang hanya memanfaatkan dukungan Wahabi, demi untuk meraih kepentingan politiknya belaka. Polisi pun dibangun secara permanent untuk meneguhkan keduanya. Jika sebelum bergabung dengan kekuasaan, Ibnu Abdul Wahab telah melakukan kekerasan dengan membid’ahkan dan mengkafirkan or

RAHSIA INDAHNYA HIDUP ISLAM.

APAKAH RAHSIA KITA RASA INDAH HIDUP CARA ISLAM? Rahsianya ialah kerana masyarakat dididik untuk menjalankan cara hidup Islam atas dasar patuh dan taat pada Allah. Itulah iman. Dengan iman, manusia akan mampu melakukan segala kebaikkan dan meninggalkan segala kejahatan.Sebab iman itu ialah rasa hati yang sangat cinta dan takutkan pada Tuhan. Bila hati sudah cinta, manusia akan rela buat apa saja untuk yang dicintai.Dan bila hati sudah takut, manusia tidak berani lagi  menderhakai yang ditakutinya itu. Di igatkan disini, bukan pula kita katakan undang-undang itu tidak perlu. Cuma ia bukanlah sebab utama untuk manusia jadi patuh dan taat. Ia cuma satu jalan akhir dengan mengajak manusia melaksanakan undang-undang Allah SWT. Manakala jalan utamanya ialah mendidik manusia untuk kenal, patuh dan taat pada Allah. Kalau tidak patuh juga baru dikenakan hukuman. Selama ini kita memperjuangkan hukum Allah lebih bersifat politik. Yakni mengajak orang menegakkan Islam bukan atas dasar patu

MALAYSIA JADI PERHATIAN.

MALAYSIA JADI KAJIAN DUNIA. Pelbagai ekspo di anjurkan di Malaysia bertaraf dunia. Kini ekspo MAHA sedang berjalan di Serdang Selangor.Taman Ekspo Pertanian Malaysia ialah sebuah kawasan yang ditubuhkan sebagai pusat acara dan aktiviti berdasarkan pertanian. Ia juga menjadi tapak bagi pengendalian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia setiap dua tahun sekali. Terdapat sebuah dewan besar ditapak ekspo di jadikan tempat solat jumaat. Umat Islam terlalu ramai yang berkunjung hingga dewan yang disediakan telah melimpah ruah umat Islam solat Jumaat. Beberapa puluh tahun sebelum ini tidak berlaku susana umat Islam solat. Adalah menjadi pengetahuan semua sebelum berlakunya kebangkitan dakwah bahawa orang Melayu berbangga dengan tamadun Barat. Amerika Syarikat dan Soviet Union mempunyai tamadun yang tinggi. Dua buah empayar yang besar ini merupakan bapa penjajah yang sentiasa menguasai negara dan bangsa yang lemah. Dua kuasa besar dunia yang memiliki teknologi

SYIAR ISLAM TERSERLAH.

KEBANGKITAN SYIAR ISLAM. (Cucu Abuya,Mukrimah bt Mujahid). Syiar Allah itu kalau dibesar-besarkan akan memperlihatkan indah dan gagahnya Islam itu. Allah SWT memerintahkan ditegakkan syiar-Nya dengan firman Allah: "Barangsiapa membesarkan syiar Allah sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa. ( Al Haj :32). (Majlis Maulidurrasul di AFT Sendayan). Syiar Islam terserlah di era kebangkitan Islam ini. Kita sedang menyaksikan suatu perubahan dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam. Sekalipun bilangan yang terlibat belumlah memuaskan, namun pertambahannya sedang dipergiatkan dan angka itu tidak pernah menurun; bahkan bertambah meningkatkan. Guru mursyid kita pernah memberikan kuliahnya bertajuk kebangkitan Islam di Timur.Kebangkitan Islam di Indonesia bermula dari golongan atasan. Kebangkitan Islam di Malaysia bermula dari bawah. Semua perkembangan tersebut kita telah menyaksikan. Dan golongan terakhir menerima gelombang kebangkitan Islam di M

NEGARA SELEPAS PRU14.

UMAT ISLAM SELEPAS PRU14. Mari kita mengimbau kembali berita daripada perkongsian para ulama tentang suasana akhir zaman. Khususnya tentang jadual Allah. Kini kita berada di era kebangkitan Islam. Siapapun kena menyesuaikan diri dengan era kebangkitan tersebut. Sekarang bukan era kominis atau era Barat. Bila Allah SWT redha kita akan selamat di dunia lagi dan di Akhirat terlepas dari azab Neraka. Berkaitan dengan perkembangan negara kita selepas PRU14 sekarang, kita rasa cemas. Memang Tuhan letakkan umat Islam dalam situasi yang mencemaskan. Begitulah Tuhan sedang memproses untuk mematang roh umat Islam. Matlamat atau tujuan pembangunan insan untuk melahirkan peribadi yang memiliki watak sebagai hamba dan khadam ummah atau dengan kata-lata lain ialah sebagai khalifah. Siapa sebenarnya kita? Apa tanggungjawab yang Allah telah pikulkan kepada kita, yang mesti kita fahami, yakini dan laksanakan dengan sebaik-baiknya. Manusia yang Allah cipta di atas muka bumi ini ada d

DAULAH ISLAMIAH.

NEGARA ISLAM. Daulah atau negara Islam yang Allah hendak wariskan adalah kepada orang-orang yang bertaqwa. Kalau tidak bertaqwa, maka kita tidak layak untuk diwariskan sebuah daulah Islam. Jadi usaha awal mesti dari kita. Kita yang dulukan. Kita yang patut berusaha menjadi orang yang bertaqwa. Menjadi rakyat yang bertaqwa. Menjadi pemimpin yang bertaqwa. Kalau majoriti rakyat dan pemimpin sudah bertaqwa, maka Tuhan akan datangkan bantuan, pembelaan dan perlindungan. Tuhan akan turun tangan. Tuhan akan anugerahkan dan hadiahkan kemenangan. Allah SWT berfirman: أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّٰلِحُونَ. Firmannya: Akan aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa." (Al Ambia 21:105). Kuasa ke atas dunia ini adalah warisan orang-orang yang bertaqwa. Kalau orang-orang yang bertaqwa tidak ada, Tuhan akan biarkan dunia ini dikuasai oleh orang-orang kafir hingga wujud orang-orang yang bertaqwa. Ketika itu kuasa akan berpindah dan beralih tangan. Tuhan tid

KELUARGA BAHAGIA.

(Foto kenangan Syeikh Mohd Nizamuddin bersama isteri-isterinya) "Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan ruhani. Apabila manusia tidak mendapatkannya,  maka jiwa derita, hilanglah kebahagiaan. Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian." (Foto bersama sebahagian anak dan cucu Sy. Fakhrur Razi - November 2018) Sebenarnya Islam menetapkan bahawa rumah tangga merupakan dasar dan asas untuk mendirikan masyarakat Islam dan negara Islam dan selanjutnya empayar Islam. Ertinya perjuangan untuk mendapatkan empayar Islam atau sekurang-kurangnya negara Islam mesti diawali dari rumahtangga Islam. Jika berhasil ditegakkan rumah tangga Islam maka ada harapan untuk lahirnya masyarakat Islam. Tapi jika tidak rumah tangga Islam jangan berharap akan wujud masyarakat,

IBARAT BINTANG-BINTANG DI LANGIT.

ORANG BERTAQWA IBARAT BINTANG DI LANGIT. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم ). Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: "Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang dilangit yang mana satu yang kamu ikut nescaya kamu akan mendapat petunjuk." هذا الحديث رواه ابن عبد البر في "جامع بيان العلم وفضله" (895) وابن حزم في "الإحكام" (6/244 ) Allah SWT menyatakan janjinya ini dalam firman-Nya:"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga." ( At Thalaq 65:2-3).   "Allah menjadi pembela bagi orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah 45:19). Orang yang bertaqwa akan berjaya dalam usahanya. Dapat jaminan pembelaan daripada Tuhan.Tanpa taqwa, Allah akan biarkan dia dengan seribu satu macam masalah yang maha rumit. Bila kita melupakan dan membelakangkan Allah, maka Allah akan melupakan dan membelakangkan kita. 

PERJUANGAN PASIR SALAK PERAK.

(Foto kompleks Sejarah Pasir Salak). Kompleks Sejarah Pasir Salak ialah sebuah kompleks sejarah di Pasir Salak, Perak Tengah, Perak, Malaysia. Ianya dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 . Terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari Ipoh dan kira-kira 25km dari Teluk Intan, Perak, Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah destinasi yang perlu dikunjungi terutama pencinta sejarah. (Foto Muzium Pasir Salak Perak). Pada hari kedua hari raya puasa, 2 November 1897 , berlaku suatu peristiwa bersejarah di Pasir Salak, Perak. Pada hari itu, orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Maharaja dan Dato' Sagor telah melaksanakan keputusan mesyuarat yang berlangsung di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk membunuh J. W. W. Birch. Keputusan ini ditetapkan oleh Sultan Abdullah, pembesar dan wakil pembesar Perak yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Tentangan dan pembun

KEKUATAN DALAMAN.

KEKUATAN DALAMAN DI TENTUKAN OLEH HATI. Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah  SAW tiba-tiba beliau bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang laki-laki penghuni Syurga.’ Kemudian tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah pun berkata, "Silakan." Itulah orangnya yang Rasulullah sebut bahawa dia ahli syurga. Rupanya, ada sahabat yang ambil perhatian.  Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, "Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara? Orang tadi berkata,"Ahlan wasahlan, silakan." Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli syurga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai

MAULIDUR NABI 2018.

BUKAN ISLAM JUGA MENDAPAT BERKAT NABI. Rasulullah SAW sayangkan kita umatnya, ketika saat hendak wafat Baginda menyebut  umatku sebanyak tiga kali. Begitulah hubungan kasih sayang nabi dengan umatnya. Kedatangan Rasulullah SAW ke dunia ini membawa rahmat. Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah bukan sahaja manusia mendapatnya makhluk yang lain menikmatinya juga. (Maulidur rasul dan cukur jambul anak Tholot 20/11/2018). Ertinya orang Islam dan bukan Islam semuanya mendapat rahmat dari Rasulullah SAW. Oleh kerana itu marilah kita semua berselawat keatas nabi Muhammad. Maksud Firman Allah SWT:   “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) ( Cukur jambul Mohammad Daud Akhyar bin Tholot 20/11/2018). Orang yang bukan Islam yang menjadi warga negara didalam negara Islam tidak perlu takut dan bimbang. Cara hidup Islam, undang-undang Islam dan hukum hakamnya

BERKAT MAULIDUR RASUL.

(Foto:Sempena Maulidur rasul di rumah Sy. Hashim Jaafar).  “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) Berkat senpena maulid Rasul, marilah kita menanam satu azam untuk menjadi umat Islam yang berubah, moga dengan itu  Tuhan ambil perhatian kepada kita. Walaupun kita belum menjadi orang yang bertaqwa tetapi kita mulakan azam untuk menjadi orang yang bertaqwa. Memperjuangkan taqwa adalah suatu perjuangan keyakinan untuk mendapatkan bantuan Allah. Apabila kita tidak berusaha menjadi orang yang bertaqwa, macam-macam Tuhan tunjukkan perkara-perkara yang mengancam negara yang kita cintai ini. Bukan saja Tuhan tidak akan wariskan dunia kepada kita, apa yang ada pada kita pun Tuhan akan ambil. Selama mana umat Islam tidak berubah, selagi itulah Tuhan tidak wariskan dunia kepada umat Islam. Kalau umat Islam tidak mahu berubah meningkat menjadi orang-oran

KEAJAIBAN DI MALAYSIA.

Peralihan kuasa berlaku secara aman berlaku di Malaysia. Ia detik yang mungkin tidak pernah terjangkau oleh imaginasi kita yang selama ini percaya perubahan hanya boleh berlaku melalui revolusi ala Iran atau Arab Spring. Inilah ‘aqidah’ pengamatan kita selama ini – hanya melalui anarkisme, kerajaan boleh diruntuhkan. Kepercayaan itu akhirnya terbukti karut. Tuhan yang Maha berkuasa telah memproses hati manusia, inilah yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang bukan jenis balas dendam. Sikap cool rakyat Malaysia menanggapi politik terlihat jelas selepas pengalaman berharga pascademonstrasi Reformasi 1998 . Demonstran kita nampaknya lebih senang lepak bercendol atau mengeteh selepas tamat ‘waktu rasmi’ himpunan. Dengan kata lain, rakyat Malaysia tidak disambar kesan domino Arab Spring yang tercetus pada 2010 . Maka kita telah mula sedar dan insaf bagaimana Tuhan memilih Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam sekali lagi. Iaitu dilakukan satu kejadian maka umat Islam tersint