Langkau ke kandungan utama

HOSPITAL ROHANI.


( Masjid adalah hospital rohani).

Hospital ialah tempat pesakit menerima rawatan daripada
doktorpembantu perubatan,
 jururawatbidan atau petugas kesihatan yang lain. Saiz pusat pesihatan ini lebih besar daripada poliklinikklinikpusat kesihatan atau klinik desa.
Semenjak zaman Rasulullah SAW pasukan perubatan telah mengiringi tentera Islam yang tercedera. Pasukan perubatan ini dianggap sebagai 'hospital' terawal dalam sejarah Islam.
Dengan berkembangnya ilmu dan kepakaran Islam dalam bidang perubatan, lebih banyak hospital didirikan. Hospital-hospital ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada orang umum tanpa mengira penyakit atau darjat. Pesakit hanya diasingkan mengikut jantina. Jururawat wanita merawat pesakit wanita, jururawat lelaki merawat pesakit lelaki.
(Ruang menunggu pesakit).

Iman adalah asas penting, yang menjadi landasan tempat berdirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sebatang pohon, maka iman adalah akar tunjang untuk pohon itu. Kalau manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman adalah tapak berdirinya rumah itu. Masjid adalah hospital rohani. Didalamnya pesakit rohani menerima rawatan rohani dan  ubatnya adalah iman.
( Masjid Paris).

Demikianlah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna dan diredhai ALLAH SWT. Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pohon yang tidak berakar tunjang atau rumah yang tidak memiliki foundation. Maknanya, seseorang yang tidak memiliki iman tidak akan memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan hidup. Dia pasti gagal.Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi apapun ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tidak memiliki iman berhadapan dengan persoalan-persoalan hidup. 

Semakin banyak ibadah, semakin cepat gagalnya, seperti halnya semakin besar pohon yang tidak berakar tunjang, maka semakin cepat tumbangnya atau makin besar rumah yang didirikan di atas lumpur, makin cepat robohnya.
Datang ujian kecil pun, orang yang tidak memiliki iman sudah goyang. Apalagi ketika berhadapan dengan ujian-ujian yang besar, hanyut dan tenggelamlah ia. Sejarah telah membuktikan hal itu dalam berbagai bentuk. Seorang wali ALLAH dengan 'karamah-karamah' yang luar biasa, pengikut berpuluh ribu dan ibadah pun seperti ibadah nabi-nabi, tetapi di akhir hayatnya telah kafir karena telah berhasil ditipu oleh syaitan hanya dengan seteguk arak dan seorang wanita. Lihatlah kisah Barsyisya dan Bal'am bin Bahura. Mereka hebat, bertaraf wali, tetapi akibat tercabut iman mereka, mati mereka dalam keadaan kufur.

Islam dapat tegak dan mekar dalam peribadi atau masyarakat manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik.

Islam adalah amalan lahir, Iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Hal ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. ALLAH menjanjikan keuntungan tertentu hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal.


Firman ALLAH SWT:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh" [Al 'Asr: 1-3]
ALLAH menyebutkan iman terlebih dahulu, sebagai syarat bahwa amalan yang diawali atau didorong dengan iman sajalah yang akan dinilai. Rasulullah turut mengingatkan itu dengan sabda baginda :"ALLAH tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi DIA melihat hati kamu dan amalan kamu" [Riwayat Muslim]

Sebanyak mana pun amalan lahir seperti solat, puasa, menutup aurat, zikir, doa, sedekah, berjuang dan berjihad tidak ada erti apa-apa di sisi Allah jika tidak beriman.
Saya tegaskan sekali lagi bahwa, orang-orang yang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang beramal belum tentu benar-benar beriman. Dan orang lain yang tidak beramal sama sekali, tentu lebih lemah imannya atau tidak memiliki iman sama sekali. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahwa amalan yang akan diterima-Nya hanyalah amalan dari orang-orang yang beriman. Di antara firman-firman Allah yang menunjukkan demikian adalah :
"Maka siapa yang mengerjakan amal soleh, sedang ia beriman, maka usahanya itu tidak diabaikan dan sesungguhnya kami menuliskan amalan itu untuknya" [Al Anbiya : 94]
"Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya"
[Al Baqarah : 82]

Berdasarkan ayat-ayat itu, kita hendaknya faham atau sedar tentang pentingnya iman itu melebihi amalan-amalan yang lain. Orang yang mengaku beriman tetapi tidak mau beramal adalah penipu. Orang yang beramal tapi tidak beriman adalah tertipu. Oleh sebab itu sebaiknya bersiap-siap untuk memeriksa hati kita sendiri, apakah beriman atau tidak. Cara pemeriksaan itu hendaknya sistematik dan ilmiah, bukan mengira-ngira tanpa panduan.
Saya sering menasihati student saya .... antara ungkapan-ungkapan nasihat ku :
Iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman .. JANGANLAH kita gadaikan iman dan islam kita hanya semata-mata nak kaya....

Kita beruntung menjadi orang Islam yang beriman, sebab bila kita menerima nikmat kita akan bersyukur. Bersyukur itu menghampirkan diri kita kepada Allah. Sebagai orang Islam yang beriman kita juga beruntung kerana apabila kita ditimpa musibah, kita sabar dan redha. Sabar dan redha itu juga menghampirkan diri kepada Allah.
Biarlah yg cacat itu anggota tubuh badan. Asalkan yang cacat itu bukan keimanan. Kalau cacat anggota tubuh badan, anda hanya tak dapat bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Begitulah antara pesanan-pesanan yang pernah Abuya sampaikan kepada anak-anak muridnya. Begitulah nilai iman .... Ianya harta yang amat berharga Kerana IMAN ... si miskin boleh sabar dan redha dengan kemiskinannya
Kerana IMAN ... si kaya menjadi dermawan
Kerana IMAN ... hati menjadi aman, bahagia dan tenang bila ditimpa musibah
Tanpa IMAN ... si kaya jadi tidak bahagia ... lebih malang kalau dirinya papa ... dua kali malang ... malang didunia kerana kepapaan, malang di akhirat kerana diazab
Tanpa IMAN ... orang yang hidup senang, tapi hatinya tidak tenang .... takut kesenangan yang datang dirampas orang
Tanpa IMAN ... celebrity ramai yang jadi susah hati ....SEBAB APA ? ... sebab inginkan perhatian manusia BUKAN perhatian dari Allah ... maka Allah berlepas tangan darinya
IMAN ... perkataan yang ringkas ... TETAPI ... memberi kesan yang besar pada kehidupan manusia.
Soalan : Mengapa orang yang sudah beristeri/bersuami sanggup berzina ? ................ Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa orang yang kaya, diberi nikmat dunia berlagak sombong dan angkuh ? ........ Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa orang sanggup memburuk-burukkan saudara se-Islamnya ? ......... Jawapannya : Kerana tak ada iman
Soalan : Mengapa orang sanggup menjual maruah dan harga diri dengan nilai yang murah ? ............. Jawapannya : Kerana tak ada iman
Soalan : Mengapa si papa kedana, malas berusaha sebaliknya berjudi sambil berangan menjadi kaya ? ....... Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa si kaya masih rakus nak kaut harta dunia sampai melakukan rasuah ? ....... Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Dan ajukanlah 1001 soalan tentang masalah dan kerosakan yang timbul di dunia ini .... jika diikut salur galur SUMBER MASALAH ... akhirnya jawapannya tetap sama ... KERANA TAK ADA IMAN.
APAKAH IMAN ITU ?
Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata :
Iman itu adalah dibenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan diamalkan dengan perbuatan.
Hati kita meyakini dan membenarkan.
Lidah kita melafazkan apa yang kita yakin.
Amal perbuatan dan tindakan kita menzahirkan apa yang kita yakin di hati dan dilafazkan oleh lidah.
Kita yakin Allah itu ujud ... WALAU .... Allah tu tak kelihatan ... Lantas kita melafazkan syahadah ..  mensaksikan bahawa Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan tiada tuhan selain Allah .... dan amal perbuatan kita hendaklah selaras dengan hukum syariat, kita laksanakan apa yang Allah perintahkan dan kita hindari dan tinggalkan apa yang Allah larang...... Inilah contoh termudah dari kata-kata Saidina Ali berkenaan iman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N