Langkau ke kandungan utama

DUNIA PERLU DISELAMATKAN.


Dunia perlukan di selamatkan oleh seorang pemimpin yang mampu mendidik. Selain dari ada idea, minda dan ilmu kepimpinan yang tepat. Seorang pemimpin mesti mampu mendidik umat. Dia mesti mampu menyampaikan ilmu kepada rakyat sama ada ilmu Al Quran dan Hadis atau mindanya.

Pemimpin yang pandai tetapi tidak mendidik rakyat tidak akan dapat menjayakan kepimpinan nya. Macam-macam arahan dan dasarnya nanti tidak akan terlaksana. Ini kerana apabila pembangunan insan tidak berjaya, pembangunan material tidak akan dapat berjalan. Akan banyak berlaku penipuan dan penyelewengan.Untuk mendidik rakyat, pemimpin mestilah memperbaiki diri. Dia mesti lebih banyak sifat mahmudah daripada sifat mazmumah. 

Para pemimpin perlu ingat bahawa gagalnya pemimpin yang ada di dunia hari ini umumnya adalah kerana adanya sifat jahat pada diri mereka yang diperturunkan.Terutama sifat ego, pemarah, bakhil, mementingkan diri, tidak ada belas kasihan, riyak dan sebagainya.Sifat-sifat ini kalau dikekalkan, orang cepat lari dari kita. Mungkin didepan kita mereka tunduk dan patuh kerana takut kepada kita tetapi didalam hatidan dibelakang, mereka mengata, mengutuk dan mengumpat kita. Di waktu itu tidak ada bernilai lagi. Kita akan tinggal sendirian dan akan dilupakan orang.

Sebab itu Allah melarang sifat-sifat mazmumah ini diperturutkan. Ia akan membinasakan diri kita sendiri.
Sifat riyak misalnya akan memusnahkan kebaikan pemimpin kerana dia buat bukan kerana Allah tetapi kerana harapkan pujian manusia agar orang kenang jasanya. Supaya orang beri hati dan undi kepada nya.Dia juga mendorong untuk menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit jasanya. Orang begini sudahlah orang benci, Allah pun sangat murka kepadanya.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ.
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak),
(Al Baqarah 2:264).

Jadi, pemimpin mesti belajar dan mendidik diri untuk jadi orang ikhlas. Hal ini bukan mudah. Apa lagi kalau tidak ada ilmu agama khususnya ilmu ehsan, akhlak, atau tasawuf, sufi dan tareqat. Dengan ilmu apalagi mereka dapat bersihkan hati dan melawan hawa nafsu mereka. Takkan dengan ilmu sivik, sains, kesusteraan, kejuruteraan, kedoktoran dan seumpamanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...