Langkau ke kandungan utama

IBARAT BINTANG-BINTANG DI LANGIT.


ORANG BERTAQWA IBARAT BINTANG DI LANGIT.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم ).
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: "Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang dilangit yang mana satu yang kamu ikut nescaya kamu akan mendapat petunjuk."
هذا الحديث رواه ابن عبد البر في "جامع بيان العلم وفضله" (895) وابن حزم في "الإحكام" (6/244)

Allah SWT menyatakan
janjinya ini dalam firman-Nya:"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga."
( At Thalaq 65:2-3).  

"Allah menjadi pembela bagi orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah 45:19).

Orang yang bertaqwa akan berjaya dalam usahanya. Dapat jaminan pembelaan daripada Tuhan.Tanpa taqwa, Allah akan biarkan dia dengan seribu satu macam masalah yang maha rumit. Bila kita melupakan dan membelakangkan Allah, maka Allah akan melupakan dan membelakangkan kita. 

Kita mengambil contoh seorang Sahabat Rasulullah SAW.Muawiyah bin Abu Sufyan ( 602-680M) ialah seorang sahabat Rasulullah SAW (602-680 M) dilantik menjadi gabenor di Mesir dan Syria. Di dalam Al-Qur’an sendiri nama Mesir disebut sebanyak lima kali, seperti yang disebut dalam Surat Yusuf ayat 99 yang artinya berbunyi: “Masuklah kalian semua ke negeri Mesir, In sya’allah dalam keadaan aman.”Dan ternyata berkat kegigihan dan pengorbanan  Muawiyah, maka segera mendapat kepercayaan Nabi, Abu Bakar, Umar dan lebih-lebih lagi Usman. 

Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah
bin Abu Sufyan. Di tangan Muawiyah Islam berkembang ke benua Eropah. Córdoba memiliki perpustakaan terbesar di dunia pada saat itu. MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN (661-680) Seorang tokoh sahabat yang terbilang serta tokoh politik dan pentadbir yang cekap lagi pintar, Muawiyah secara rasminya mengisytihar kan dirinya sebagai khalifah pada tahun 861 M. 

Bagaimanapun penilaian terhadapnya ada yang pro dan kontra ini tetaplah tidak mengurangi darjatnya sebagai tokoh sahabat yang terbilang. Kebesarannya terbukti jelas apabila Rasulullah sendiri mempercayai beliau sebagai salah seorang penulis wahyu. Dan beliau terus dipercayai oleh Abu Bakar, Umar dan lebih-lebih lagi Usman. Demikian gemilang derma bakti ditaburkannya, hingga jika ditimbang kesalahan-kesalahan politiknya dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukannya, nescaya kebaikan-kebaikannya masih tetap berat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...