Langkau ke kandungan utama

ERA KEBANGKITAN ISLAM.


PERJUANGAN AKHIR ZAMAN.

Abuya mulakan perjuangannya dengan mempromosikan Islam adalah Cara Hidup atau "Islam is the way of life". Masa itu carta-carta, kuliah, expo, konsert dan lain-lain pendekatan dakwah Abuya membawa tajuk dan topik ini. Dalam era ini semua manusia diajak kembali kepada fitrahnya, iaitu kembali kepada Tuhan. Tak kira apa agama dan bangsa. Semua fitrah manusia Tuhan ciptakan sama, iaitu ada rasa bertuhan. Syariat pula didatangkan untuk pastikan kehidupan manusia mudah dan selesa. Kerana Tuhan tidak ada kepentingan apa-apa.

Ini adalah era kesedaran. Ramai umat Islam khasnya di Malaysia berbondong-bondong mendapat kesedaran untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Mereka yang selama ini bergaya hidup barat, seperti dedah aurat, bergaul bebas, dan lain-lain, mula berhijrah. Golongan yang mula-mula berubah ialah golongan yang berfikir. Tak peliklah masa itu ramai siswa-siswi berhijrah, golongan intelek  berhijrah.
Pada tahun 70-an gelombang penghijrahan itu bergerak ke semua peringkat dan menyebar ke pelbagai tempat, hingga seluruh Asia Tenggara terkena pengaruhnya. Gelombang menutup aurat di Malaysia bergerak ke Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dll. Hingga pada tahun 90-an Indonesia pun dah mula ada gerakan lautan jilbab. Istilahnya mungkin berbeda tapi isinya sama, dan pencetusnya adalah Abuya.
Begitu juga sistem-sistem hidup Islam yang lain. Dari mula penyediaan makanan dan minuman halal, sistem pendidikan, ekonomi, kewangan, kesihatan, kebudayaan, dan lain-lain. semuanya telah dibuat modelnya dalam jemaah Al-Arqam kemudian ditiru dan dibesarkan di rantau Asia Tenggara ini. Samada diakui atau tidak, namun kronologi sejarah telah membuktikan bahwa kebangkitan Islam itu dirintis oleh Abuya.

Gerakan dakwah Abuya semakin diterima oleh masyarakat, malah oleh orang bukan Islam. Media dakwah Abuya samada yang berbentuk media cetak, audio, video, produk makanan halal dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa. Hingga pada tahun 80-an dan 90-an majalah keluaran Al Arqam mencapai jualan 1/2 juta keping sebulan. Abuya mula melancarkan dakwahnya secara direct ke luar negara. Dengan pendekatan penuh kasih sayang pendakwah-pendakwah dihantar dan membuka cawangan-cawangan di seluruh dunia.

Pada tahun 1993 Buku Love And Care Key of Universal Unity dilancarkan di London.Makin ramai masyarakat yang bergabung dengan Al Arqam hingga jumlah pelajarnya sahaja mencecah 10 ribu orang. Kepada orang-orang yang telah komited dengan perjuangan itu Abuya tanamkan semangat untuk menjadikan Islam sebagai hidup mati. Menjadikan seluruh hidup mati kita sebagai ibadah untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini dengan kaedah penuh kasih sayang yang boleh diterima oleh semua bangsa dan agama. Semua manusia mendapat faedahnya. Yang belum Islam boleh mengambil Islam sebagai cara hidup. Yang sudah Islam ditingkatkan ke-Islaman-nya hingga menjadi orang-orang soleh di akhir zaman ini. Yang terus istiqamah berjuang dan membaiki diri, mudah-mudahan dapat mencapai syarat Ikhwan, iaitu satu golongan umat Islam akhir zaman yang sangat dirindui oleh Rasulullah SAW. Mereka sangat mencintai dan merindui Rasulullah sekalipun tidak pernah bertemu dengan baginda Rasulullah SAW.

Begitulah serba ringkas kronologi perjuangan Abuya. Satu fakta yang tak dapat dinafikan. Perjuangan itu sekarang telah berbuah lebat. Kebangkitan Islam sudah mengalir bagai air bah yang tiada siapa boleh membendungnya. Semua golongan telah berhijrah kepada Islam, hingga golongan yang Abuya sebut sebagai golongan terakhir pun telah berhijrah kepada kehidupan Islam. Itulah golongan artis.
Bagaimana ia berlaku sedangkan Abuya sebagai teraju kebangkitan Islam itu secara fizikalnya telah tiada. Jemaahnya pun sudah tidak wujud lagi.Sebenarnya Abuya selalu menyebut, perjuangan ini bukan saya pemimpinnya, jemaah ini bukan saya punya. Ini adalah jemaah Imam Mahdi, perjuangan Imam Mahdi. Saya ditugaskan untuk merintis sahaja. Pemimpin sebenar ialah Imam Mahdi, bukan saya.Dan kerana memperjuangkan Imam Mahdi itulah Abuya difitnah dan ditohmah hingga dipenjarakan, jemaahnya diharamkan. Namun sedikitpun tidak mengganggu semangat juang Abuya. Kerana apa yang Abuya perjuangkan itu adalah kebenaran yang tak dapat disekat.

Dan sekarang kita berada di era itu. Era dimana Imam Mahdi sendiri menerajui kebangkitan Islam di peringkat dunia.
Abuya pernah berpesan: bila Abuya dah tak ada nanti,  kepimpinan jemaah ini Abuya  serah sepenuhnya kepada Imam Mahdi. Kamu bersiaplah untuk perjuangan yang lebih mencabar sesuai dengan saiz kepimpinan Imam Mahdi. Kamu kena siapkan anak cucu untuk mengikut arus kebangkitan Islam era Imam Mahdi. Ujian lebih berat, kerana kamu akan berdepan langsung dengan musuh-musuh Imam Mahdi. Semasa Abuya dan jemaah ada, kamu seperti ikan-ikan kecil dalam empangan. Sekali bila pintu air laut dibuka, ikan-ikan jerung akan masuk. Kalau kamu tak bersedia, kamu akan musnah.
Peranan kita sekarang semakin mencabar:

1.  Jemaah perjuangan Imam Mahdi itu sebenarnya semakin besar. Jemaah itu bukan pada nama atau kumpulan tertentu. Ia adalah jiwa-jiwa yang bersedia menyerahkan hidup mati untuk Islam walau dimana sekalipun. Bersedia menerima kepimpinan Imam Mahdi yang telah dimulakan oleh Abuya. Segala panduan dan pimpinan telah diberi, tertulis sebagai minda Abuya, dan diberi modelnya. Tinggal kita mahu atau tidak untuk meneruskan dan memperjuangkannya. Bermula dari model paling asas yakni solat berjemaah bersama keluarga hinggalah membina sistem-sistem hidup Islam di luar rumah.

2. Kita kena persiapkan anak-anak dan generasi berikutnya untuk menyesuaikan diri bahkan menjadi pejuang Imam Mahdi. Kerana di era ini hanya ada dua golongan sahaja yang ada, samada golongan Imam Mahdi atau golongan Dajjal.

3. Kita kena lebih bersyukur daripada orang lain, kerana kita sempat kenal dan berada dalam kepimpinan Abuya. Kita sempat melihat depan mata bagaimana Abuya berjuang. Sebagai rasa syukur kita kena kongsikan Abuya itu kepada seramai-ramai orang. Jangan simpan Abuya dalam poket kita sendiri. Abuya itu asset agama, bangsa dan dunia. Setelah Abuya tiada sepatutnya kita makin gigih berkongsi segala kebaikan yang Abuya dah beri kepada kita.
Semua budaya hidup yang Abuya ajar patut kita perjuangkan sekurang-kurangnya kepada keluarga dan anak cucu kita. Jangan pula nanti orang yang hanya membaca minda Abuya lebih beramal sedangkan mereka tak pernah kenal Abuya macam kita.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N