Langkau ke kandungan utama


KEBENARAN DI JANJIKAN.

Kita sudah maklum bahawa kebenaran itu terbahagi kepada dua. Iaitu kebenaran yang dijanjikan dan kebenaran yang tidak dijanjikan. Kebenaran yang dijanjikan bukan sahaja wajib diamalkan dan diperjuangkan bahkan dijanjikan di dunia lagi mendapat kemenangan.
(Sy. Hj. Hashim Jaafar dan Dr. Abdul Aziz).

Manakala kebenaran yang tidak dijanjikan tetapi wajib juga diamalkan dan diperjuangkan, cuma tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia. Walaupun dapat membangunkan tamadun kebendaan di peringkat kelompok kecil hinggalah peringkat dunia. Tetapi kesyumulan hak tidak berlaku.
(Pertemuan dengan Sy. Tajuddin dan kawan-kawan di Lahad Datu Sabah).

Bagi kebenaran yang dijanjikan, bukan sahaja kemenangannya dijanjikan bahkan pemimpinnya juga dijanjikan. Tempatnya juga dijanjikan. Kepada kebenaran yang dijanjikan barakah dan bantuan ghaib juga dijanjikan.
Umat yang bergabung dengan kebenaran tersebut tersusun dan terpandu.

Janji-janji seperti itu  juga telah berlaku kepada umat sebelum ini. Sejarah kebenaran yang dijanjikan pasti berulang lagi. Ia akan berlaku di bumi Timur. Tuhan sedang memprosesnya, kita boleh saksikannya bersama cuma masih belum matang. Ia dalam proses kesempurnaan.

Jadi bila kebenaran itu dijanjikan, kita tidak bimbang semua yang dijanjikan akan berlaku. Cuma ditangan siapa, itu sahaja. Sebab itulah perlu ada usaha dan ikhtiar. Untuk ditentukan ditangan siapa. Siapa yang berjuang dan berjihad dan dapat mengikut syarat-syaratnya. Bersedia dan sanggup berhadapan dengan ujian-ujian yang bermacam-macam bentuk. Maka ditangan orang-orang itulah janji itu akan berlaku. Allah SWT pasti tunaikan janjiNya.

MELAHIRKAN PEJUANG ISLAM.

(Keluarga Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dikalangan anak-anak,cucu-cucu dan cicit).

Sesebuah perjuangan jika mempunyai masa depan ia mempunyai pelapis perjuangannya. Ia tidak terhenti kepada satu generasi malah berterusan hingga kepada titik atau noktah yang Allah kehendaki. Begitulah yang berlaku pada setiap perjuangan, samada ia perjuangan kebenaran ataupun kebatilan.

Dalam menguatkan sesebuah perjuangan, dari generasi ke generasi mestilah berlaku kesinambungan. Kalau ianya tidak berlaku, masakan ia boleh berterusan. Cita-cita perjuangan, ilmu-ilmu, malah roh perjuangan itu juga dialirkan kepada generasi berikutnya. Sesuailah dalam menunggu saat tibanya masa yang Allah janjikan, juga menunggu pemimpin yang Allah simpan. Kebenaran ini milik Allah, ia bukan milik siapa-siapa. Siapa yang menepati syarat dan mengikuti syariat-Nya, mereka akan dipandu hingga mendapat ganjaran yang Allah berikan.

Pengalaman yang berguna dari generasi sebelumnya sangat membantu dalam menyiapkan dan menguatkan generasi berikut. Kerjasama antara generasi ini sangatlah diperlukan. Sebuah perjuangan takkan mungkin melahirkan generasi yang baik jika mereka tidak belajar antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika ia perjuangan Islam. Hati-hati antara satu sama lain mestilah diikat dengan cita-cita yang sama.

Boleh diibaratkan, sebuah perjuangan yang dulunya hutan belantara diteroka generasi lama. Mereka berdepan dengan cabaran haiwan liar yang mengganas tatkala meneroka hutan yang tebal itu. Setelah diteroka, dibina penempatan untuk kemudahan peneroka awal. Kemudian datanglah generasi berikutnya, yang meluaskan lagi kawasan teroka menjadi sebuah kampung pula. Begitulah seterusnya. Datang mereka yang kemudian pula menyerikan dan mengindahkan lagi kawasan tersebut. Maka jadilah satu kesinambungan yang sangat cantik dan lahirlah hasil yang indah dari mereka. Bayangkan jika tidak berlaku kerjasama antara mereka, malah berlaku khianat sesama mereka maka tiadalah berlaku kesinambungan dan tidak akan melahirkan sesuatu yang indah lagi wibawa.


Begitulah gambaran dan kiasan generasi demi generasi yang akan meneruskan sesuatu perjuangan.


Antara kiasan lain pula, generasi yang dipersiapkan ibarat anak pokok yang disemai dalam tapak semaian. Ia tidak akan lama di dalam semaian itu. Ia perlukan ruang dan kawasan yang luas bagi tumbesarannya. Dalam menjaga anak pokok yang disemai ini, setiap jenis pokok perlu dikenal pasti keperluannya. Setiap benih keperluan tidak sama. Malah tempoh dalam semaian pun berbeza. Setelah tiba masanya, anak pokok perlu dipindahkan.


Maka bermulalah cabaran baru. Apakah anak pokok itu mampu membesar dengan baik ataupun tidak, bergantung semasa dalam semaiannya. Malah kawasan yang akan ditempatkan anak pokok itu juga perlu dikenal pasti. Contohnya, nak memindahkan anak pokok dari semaian tidak boleh terus ke hutan belantara. Ia memerlukan kawasan yang lapang dan bebas. Di sana, ia akan mendapat keperluan yang sama rata. Jika diletak terus ke dalam belantara, sudah pasti ia akan jadi mangsa haiwan atau pokok besar di sana. Cabaran terlalu besar.


Sebelum menjadi hutan belantara, semua pokok dan tumbuhan bermula dari kecil. Berlakulah persaingan antara mereka dalam meneruskan kehidupan di hutan sana. Semua tumbuhan berlumba mendapatkan air dan cahaya matahari. Akhirnya, siapa yang kuat itulah yang mampu kekal dan menghasilkan hutan tebal. Di dalam hutan itu tersimpan pelbagai khazanah alam yang Tuhan sertakan bersamanya.


Persoalannya kini apakah generasi yang ada sudah bersedia meneruskan perjuangan generasi sebelumnya? Apakah mereka bersedia untuk berdikari, malah menjadi pembela? Kepada generasi lama, adakah sudah bersedia untuk menyerahkan perjuangan kepada generasi berikutnya? Adakah sudah selesai tugas mempersiapkan generasi berikutnya? Kegagalan generasi berikut adalah kesinambungan generasi terdahulu.


Generasi terdahulu tidak boleh mengambil sikap seolah-olah perjuangan ini akan terhenti setakat ini. Ibarat menanam durian, bukan kita yang akan memakan hasilnya. Malah teknologi moden sekalipun belum ada yang mampu membuatkan benih durian menghasilkan buah dalam sebulan dua. Itulah sunnatullah yang berlaku.


Kota Kostantinopel terbuka 700 tahun setelah sabda Nabi Muhammad S.A.W. Pembukaan Mesir berlaku di zaman sahabat. Jatuhnya empayar rom di tangan sahabat. Namun itu semua bermula dari perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Abu Ayub Al-Ansari pun boleh terima pembukaan Turki bukan di tangannya. Malah kerana kedatangannya jugalah menjadi obor buat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Marilah kita menyiapkan diri kita dengan iman dan taqwa. Marilah kita menyelamatkan iman diri dan keluarga kita. Segala panduan telah diberikan. Pesanan mursyid dijadikan amalan dan diteruskan. Hubungkan hati dengan mursyid melalui wirid dan ilmu peninggalannya. Berpegang dengan syariat Allah dan memburu tawaran yang Allah janjikan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N