Langkau ke kandungan utama

PEMBELA BERTARAF DUNIA.



PENYELAMAT AKHIR ZAMAN.

Imam Mahdi datang ke dunia untuk mendaulatkan Islam. Kebenaran yang dibawa Imam Mahdi tidak akan datang melainkan kedatangannya untuk menang. Imam Mahdi akan menguasai seluruh dunia. Zaman ini adalah giliran Islam di Timur. Kebangkitan Islam kali kedua menyalin kebangkitan pertama dan tidak akan kalah kalah lagi.
Zaman Imam Mahdi manusia dikembalikan fitrahnya semula.
Orang dewasa penyayang, yang kecil menghormati orang yang lebih tua. Karomah Imam Mahdi hingga serigala berbaik dengan kambing. Kehidupan makmur dan diberkati.

Firman Allah SWT:
وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia,
(Ali Imran 3:140).
Ilmu Firasat dalam Islam
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله

“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmizi Al Sunan, Kitab :  Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Pengertian Firasat
Firasat, kalau kita kaji dengan teliti, ternyata terdapat di dalam ajaran Islam. Dalilnya, selain hadis di atas, adalah beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman ALLAH:
إن في ذلك لآيات للمتوسمين

“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).
Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, iaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.
Sebagaimana firman ALLAH:
ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم

“Sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad

Orang yang tidak bertaqwa kepada ALLAH , tidak mengetahuinya kecuali setelah peristiwa tersebut terjadi.
Bukan bermaksud orang alim tersebut mengetahui hal- hal yang ghaib dengan begitu saja, akan tetapi dia mengetahuinya dengan tanda- tanda (firasat) yang telah diberikan ALLAH kepadanya, atau tanda-tanda tersebut telah disebutkan ALLAH di dalam kitab-Nya dan hadis nabi-Nya.

Beberapa Contoh Firasat yang benar, antara contoh yang kita boleh bawa untuk renungan, bahawa seseorang yang alim akan mengetahui runtuhnya suatu bangsa, atau terjadinya malapetaka mengerikan yang akan menimpa pada suatu tempat, dengan melihat tanda- tandanya, seperti menyebarnya perzinaan dengan cara yang terang-terangan, merebaknya perbuatan liwat atau homosexual, semaraknya riba di bank- bank dan di pasar- pasar, serta perbuatan –perbuatan sejenis, salahguna kuasa dan penindasan, harta berlegar dalam kalangan puak tertentu, dan sebagainya yang kesemuanya itu akan mendatangkan murka ALLAH dan mengakibatkan turun azab dari langit.

Orang beriman dan tinggi ketaqwaannya akan nampak kesan dan akibat sesuatu isu yang berlaku hari ini melalui firasat yang ALLAH kurniakan kepada mereka. Manakala orang-orang yang tidak bertaqwa, tidak nampak, malah tidak melihat pun kepada kesan isu yang berlaku. Sebagai contoh, isu rasuah dalam masyarakat berleluasa. Orang yang bertaqwa sudah nampak bahawa sistem Barat akan berkubur tidak lama lagi. Sudah banyak kali diulangi kenyataan ini, namun kita masih tidak mengendahkannya.Mereka tidak menyedari bahawa firasat orang-orang beriman itu sesuatu yang perlu dipandang serius.

Para ulama hari ini berhempas-pulas berusaha untuk memartabatkan Islam dalam pemerintahan negara. Akhlak dan sahsiah rakyat terutamanya muda-mudi terus rosak dan tidak dirawat. Ekonomi yang penuh dengan riba dan penindasan sangat membuatkan rakyat menderita. Sebab itu para ulama terus berjuang untuk menyelamatkan negara, kerana firasat mereka menyatakan negara kita tidak akan selamat dengan sistem yang ada hari ini. Lihatlah sahaja pada jenayah yang berlaku, semakin bertambah statistiknya. Walhal pelbagai bentuk enakmen,akta, kanun keseksaan dan sebagainya telah digubal dan diperketat, jenayah terus jua bertambah. 

Di mana silapnya? Orang-orang yang jahil tidak akan nampak akibatnya, melainkan negara kita kelak betul-betul rosak binasa nilai kemanusiaan, nilai ketimuran, nilai keagamaan serta akidah pegangan kita.Tercorotnya bangsa- bangsa yang ada adalah akibat jauhnya mereka dari ajaran Islam , termasuk di negara kita Malaysia, yang terus – menerus bergelumang dalam kemaksiatan, mengaut harta- harta hasil rasuah dan menularnya riba serta berkonfrontasi dan memerangi Islam secara terang- terangan.
Tanda- tanda ( firasat ) yang digunakan oleh seorang yang alim dan bertaqwa untuk mengetahui sebuah peristiwa, bukan hanya berupa “ fahisyah “ ( kemaksiatan seperti zina dan sejenisnya ) saja, akan tetapi tanda-tanda itu boleh juga berupa penyelewengan dari manhaj Al Quran secara umum dan penyelewengan dari disiplin ilmu yang benar, walaupun kadang, penyelewengan tersebut dilakukan dengan tidak sengaja, seperti : tidak adanya amar ma’ruf dan nahi mungkar didalam suatu masyarakat, atau bahkan ada perbuatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, tetapi tidak dilandasi dengan ilmu syarak yang benar.

Bahkan kesalahanan seorang pemimpin dalam berijtihad pun boleh menjadi tanda bagi orang yang mempunyai firasat bahawa ijtihad atau keputusan yang dibuat pemimpin itu akan menyebabkan malapetaka. Inilah salah satu bentuk firasat yang dimiliki oleh Ibnu Umar ra, ketika melepaskan Husein bin Ali ra – walaupun dengan sangat berat hati – berangkat ke Iraq untuk memenuhi ajakan penduduk Iraq yang ingin membai’atnya jadi khalifah , beliau berkata kepada Husein bin Ali ra:
“ Saya menyerahkannya kepada ALLAH , wahai orang yang akan terbunuh “.
Firasat Ibnu Umar mengatakan bahawa Husein akan terbunuh dalam perjalanan menuju Iraq tersebut, ternyata menjadi kenyataan . Terjadilah peristiwa yang ditulis sejarah dengan lumuran darah iaitu pembunuhan terhadap Saiyidina Husein, cucu Rasulullah dan rombongannya di Karbala, yang akhirnya menimbulkan luka mendalam pada seluruh umat Islam bahkan menimbulkan fitnah yang berkepanjangan hingga hari ini.

Para sahabat lainnya juga mempunyai firasat yang benar, seperti yang dimiliki oleh Abu Musa Al Asy’ari, ketika melihat perselisihan antara Muawiyah dan Ali di dalam menentukan sikap terhadap para pembunuh khalifah Usman bin Affan. Beliau melihat perselisihan tersebut sebagai bibit fitnah yang harus dijauhi, sehingga beliau dengan beberapa sahabat besar yang lainnya, seperti Sa’ad bin Abi Waqas, Ibnu Umar, Usamah bin Zaid, Salamah bin Akwah, Abu Hurairah, Zaid bin Tsabit dan lainnya, menolak untuk turut serta dalam peperangan antara kedua kelompok umat Islam tersebut. Dan sikap inilah yang lebih dibenarkan oleh beberapa ulama “ muhaqiqin “ dari dua pihak lainnya, iaitu pihak Ali bin Abi Tholib ra dan pihak Muawiyah ra. Walaupun majoriti Ulama lebih membenarkan kubu Ali bin Abu Thalib ra, tetapi pendapat tersebut kurang kuat, kerana ada riwayat yang menyatakan penyesalan Ali bin Thalib terhadap sikap yang beliau ambil di dalam menghadapi fitnah ini, iaitu setelah perang Siffin yang mengorbankan ribuan pelapis-pelapis terbaik umat Islam itu selesai.
Begitu juga firasat yang dirasakan oleh khalifah Usman bin Affan ra, ketika seseorang datang menemuinya , beliau mengatakan :
“ Salah satu dari kalian menemuiku , sedang perbuatan zina nampak pada matanya “
Mendengar perkataan tersebut, spontan saja, yang hadir di situ mengatakan : “ apakah pernyataan tuan tersebut, merupakan wahyu dari ALLAH ? “ . Khalifah Usman menjawab : “ Bukan, akan tetapi itu adalah firasat yang benar “ .
Juga, sebelum beliau meninggal dunia kerana terbunuh, beliau merasakan bahawa ajalnya telah dekat dan dia akan mati terbunuh, maka beliau mengambil sikap untuk tidak mengadakan pertarungan ketika segerombalan orang masuk ke rumahnya, serta menolak bantuan yang di tawarkan oleh beberapa pengawal dan sahabatnya. Beliau ingin menghindari pertumpahan darah antara kaum muslimin, kerana mengetahui pada akhirnya beliau jugalah yang akan menjadi korban.
Menentukan Hukum dengan Firasat
Bukan sampai di situ saja, firasat pun kadang-kadang digunakan dalam memutuskan suatu masalah. Maksud firasat di sini adalah firasat yang benar, yang merupakan tanda- tanda atau bukti- bukti yang hanya diketahui oleh orang – orang tertentu dan dapat diterima oleh akal yang waras.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N