Langkau ke kandungan utama

PANDANG TEBUS WALI ALLAH.
Allah berfirman maksudnya:
“Ketahuilah olehmu bahwa para kekasih Allah itu tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pula ( mereka ) berdukacita”
(Surah Yunus 10:62).

Maksud ayat diatas antaranya,
Orang mukmin takut hanya dengan Tuhannya, dia berdukacita kalau terbuat dosa, dia takut kalau Tuhan tidak redha, dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,dia bimbang kalau tercabut imannya, dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya.Orang yang bertaqwa sentiasa saja dipimpin Allah. Karena memang mereka adalah kekasih-Nya. 

Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat. Hati mereka tetap redha.Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya, untuk dapat pahala syukur. Ya, dia tetap bersyukur. Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya.Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya. Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya. Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya. Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya. Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya.

Dia juga tidak lepas dari pujian dan cacian. Memang Allah lakukan demikian rupa. Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian. Rasa tidak layak menerimanya. Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya. Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian. Hamba patut menerima kejian. Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan. Dia berusaha membaiki dirinya. Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya. Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya, dosa-dosa kita pun diampun. Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya. Kalaupun ada rasa hendak marah, dia boleh membendungnya.

Begitulah orang yang bertaqwa. Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya
[ Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ]

Rasulullah SAW bersabda:
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
Maksudnya,
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi).

Orang yang bertaqwa sentiasa saja dipimpin Allah. Umat Islam yang hidup dizaman Rasulullah pernah mendengar bahawa Rom dan Parsi akan  jatuh ke tangan Islam. Ada yang menduga apa yang Allah swt lakukan kepada kebangkitan Islam dizaman Rasulullah berlaku ketika jasadnya masih bersama
Para Sahabat. Ternyata apa yang diperkatakan Nabi berlaku di zaman khalifah Umar Al Kattab. 
Zaman khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq terpaksa menenangkan keadaan umat Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW.

Biasanya kita berfikir mengikut akal sahaja. Sepatutnya kita kena merujuk kepimpinan yang lebih tepat membaca situasi sebenar. Bagi umat Islam yang merujuk Khulafa'ur Rasyidin mereka terpandu dan terpimpin.Disini umat Islam perlukan pimpinan (Khasyaf/firasat) yang dapat 
membaca kehendak Rasulullah SAW.  Lebih-lebih lagi untuk memahami hal-hal yang tersirat, samada bentuk positif atau negatif perlulah pimpinan.

Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya.
Kehidupan insan dapat selamatkan, anak kuncinya rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul SAW. Ia merupakan anak kunci jati diri insaniah manusia.
Dari hati, yang rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul s.a.w.akan merubah diri kita. Para sahabat mendapatkan perasaan ini daripada Rasulullah.

Tuhan datangkan Rasul sebagai saluran dan panduan untuk mendapatkan perasaan yang betul terhadap-Nya. Pandai menyelesaikan masalah dengan akal saja tidak cukup, perasaan perlu dihidupkan. Manusia yang setabil yang dapat manfaatkan semua unsur yang Tuhan ciptakan dalam dirinya.
Sebuah kenderaan tidak boleh berjalan tanpa injin. Sekalipun kenderaan itu cantik fizikalnya dan baru catnya tetap tidak boleh bergerak jika tiada injin.
Begitulah iman bagi seseorang itu, dia tidak akan mampu berbuat dan mengubah dirinya.

Dari sinilah iman mampu mengubah seseorang dari jahat kepada baik. Daripada berbuat maksiat kepada beramal soleh kerana taat dan patuh kepada Allah SWT. Beriman dengan Allah tidak sempurna kalau tidak beriman dengan Rasul. Untuk mengesahkan Islam kita perlu mengucap dua kalimah syahadah. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah pesuruh Allah atau utusan Allah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N