Langkau ke kandungan utama

MEMBAIKI HATI.


BAGAIMANA MENDIDIK HATI.

Membimbing dan mendidik hati kita dengan Al Quran dan Sunnah, ia boleh menyuluh akal kita supaya tidak tersasar. Menerima ilmu wahyu dan diwaktu yang sama menggunakan akal kita bagi mencari jalan atau formula dan kaedah untuk bertindak supaya ilmu wahyu itu dapat diamalkan, ditegakkan dan diperjuangkan.Kita memerah akal kita supaya wahyu yang berbentuk ilmu dan petunjuk itu boleh difahami, dijadikan amalan dan cara hidup kita dan boleh ditegakkan ditengah masyarakat.

Berbuat dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya, dari perkara lahir hingga perkara batin, dari ibadah ain kepada ibadah kifayahnya mengikut kemampuan yang ada pada kita. Kalau kita tidak boleh buat semua, kita tidak tinggalkan semua tetapi kita berbuat apa  yang termampu dahulu. Kita banyak merintih dan
bergantung harap dengan Tuhan. Kita merasa terlalu lemah dan dhaif dan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali
lah dengan bantuan Tuhan.

Barulah dikatakan  hati kita dibawa ke jalan yang lurus dan benar. Al Quran itu benar-benar dapat menjadi petunjuk kepada diri kita. Sesungguhnya Al Quran itu akan menjadi petunjuk hanya kepada orang-orang yang bertaqwa.

Untuk selamat menjalani kehidupan di dunia dan di Akhirat, tidak cukup kalau kita hanya dipimpin akal dan fitrah kita saja, tapi mesti ada pimpinan ilmu wahyu. Namun tidak ramai yang memahami petunjuk dan kehendak-kehendak yang tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat.

Oleh itu perlu adanya seorang pemimpin atau guru yang mursyid yang mampu menghurai dan memahamkan ilmu wahyu serta mampu mendidik kita untuk mengikut petunjuk ilmu wahyu.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N