Langkau ke kandungan utama

BERBUAT UNTUK TUHAN.


HIDUP BERPASANGAN DALAM ISLAM.
(Suasana keluarga Abuya dikalangan adik beradik Abuya, anak-anak, dan cucu cicit. Foto majlis di dalam dewan 3/11/2018).

Tuhan perintahkan dapat bawa diri dan amalan kita kepada Tuhan. Diri kita yang terdiri dari tiga unsur itu semuanya dibawa kepada Tuhan. Contoh fizikal yang dibawa kepada Tuhan menggerakkannya melaui pergerakan fizikal solat. Akal fikiran dibawa memikirkan kebesaran Tuhan. Hati dibawa berzikir untuk mengingati Tuhan.

( Pasangan pengantin Aufa Rafiq Fakhrur Razi).

Manusia perlukan keramaian, makan minum dan hidup bermasyarakat adalah fitrah.Contoh kenduri kendara ... dapat berkumpul ramai ramai. dapat update perkongsian maklumat.Kemuncak kenduri kendara dapat makan minum. Disamping berpeluang bersilaturahim dengan keluarga penganjur kenduri. Dalam Islam bukan sahaja dapat makan berjemaah ramai ramai… Keramaian rohani seperti solat berjemaah adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa.

Himpunan mingguan iaitu pada hari jumaat, bukan perhimpunan lahiriah atau pesta syariat, bila gagal jadikan solat jumaat pesta hati ertinya hanya berlaku perhimpunan mingguan fizikal.
Kalaulah kenduri kendara tidak dijadikan wadah silaturahim atau silaturrahim yang tidak ada rohnya hanya jadi kenduri ala Melayu sahaja. Hanya jadi adat dan budaya sahaja.
(Foto: susana berjemaah di Sendayan Negeri Sembilan).

Ikrar kita amat jelas, "Sesungguhnya solatku, cara hidup matiku hanya untuk Allah SWT." Ertinya bukan hanya ibadah solat atau sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, zikir dituntut jadi ibadah. Seluruh amal ibadah kita, kenduri kendara, usaha kita jihad kita dan lain-lain lagi; mesti mempunyai roh. Kalau tidak, semua amal kita itu hanya rangka-rangka atau jasad lahir semata-mata. Ia seperti bangkai sahaja. Amal tanpa roh adalah sia-sia.

Allah SWT nilai amalan pada rohnya; walaupun kita wajib beramal. Oleh itu roh setiap amal kita kena jaga agar ia ada nilai di sisi Allah SWT. Kalau ibadah, perjuangan, jihad, kenduri kendara dan segala amal kita tidak ada roh, kesemuanya menjadi sia-sia sahaja disebabkan tidak ada roh.Bila tidak ada roh, ertinya kita beramal dalam lalai. Kita berdakwah tidak ada rohnya ertinya kita dalam keadaan lalai.
Kalau kita berekonomi walaupun berjaya dan dapat menegakkan
yang halal tapi rohnya sudah tidak ada maka kita berekonomi dalam keadaan lalai.

Begitu juga kita berjuang dan berjemaah tiada roh, ertinya berjuang dan berjemaah dalam keadaan lalai.
Sifat lalai ini dimurkai Allah. Sedangkan dalam Al Quran ada menyatakan: 
ولاتكن من الغافلين.
Ertinya: Jangan kamu menjadi orang yang lalai.(Al A'raf :205).
Oleh sebab itu, setiap usaha dan ikhtiar kita mesti disertakan rohnya. Sebab rohnya itulah tempat nilaian Allah SWT. Ertinya dalam masa kita berjihad, berkenduri kendara kita mesti ada rasa takut kepada Allah SWT. Begitu juga dalam masa kita bersembahyang, beramal ibadah, bermusafir, bergaul, bertemu dan berjemaah; mesti ada rasa takut kepada Allah SWT. Jadi adanya rasa takut dalam apa saja tindakan kita yang kita buat itulah sifat-sifat taqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N