Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA JADI PERHATIAN.


MALAYSIA JADI KAJIAN DUNIA.

Pelbagai ekspo di anjurkan di Malaysia bertaraf dunia. Kini ekspo MAHA sedang berjalan di Serdang Selangor.Taman Ekspo Pertanian Malaysia ialah sebuah kawasan yang ditubuhkan sebagai pusat acara dan aktiviti berdasarkan pertanian. Ia juga menjadi tapak bagi pengendalian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia setiap dua tahun sekali. Terdapat sebuah dewan besar ditapak ekspo di jadikan tempat solat jumaat. Umat Islam terlalu ramai yang berkunjung hingga dewan yang disediakan telah melimpah ruah umat Islam solat Jumaat. Beberapa puluh tahun sebelum ini tidak berlaku susana umat Islam solat.

Adalah menjadi pengetahuan semua sebelum berlakunya kebangkitan dakwah bahawa orang Melayu berbangga dengan tamadun Barat. Amerika Syarikat dan Soviet Union mempunyai tamadun yang tinggi. Dua buah empayar yang besar ini merupakan bapa penjajah yang sentiasa menguasai negara dan bangsa yang lemah. Dua kuasa besar dunia yang memiliki teknologi yang canggih.

Ketika itu bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling mundur. Tiba-tiba bangsa Melayu yang menerajui Malaysia membuat kejutan terutamanya dikalangan negara-negara Islam. Malaysia dikenali paling lantang di Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ( PBB ). Membuat pembelaan kepada negara yang lemah terutamanya isu rakyat Palestin.

Malaysia yang menjadi pusat kebangkitan Islam di timur, pendekatan dakwahnya yang lunak menarik perhatian umat Islam seluruh dunia.Apa yang ada di Amerika Syarikat terdapat di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika syarikat iaitu kebangkitan dakwah Islam.

(Mee tarik halal mendapat sambutan).

 Para pendakwah Malaysia ditonjolkan di kaca TV Malaysia. Pemilihan dibuat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.Mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipilih. Melalui program daei dan Imam muda.

Pendakwah memberi manusia Tuhan. Kerana ia adalah keperluan fitrah manusia. Memberi manusia Tuhan ertinya menanamkan keyakinan beriman dengan Allah yang Maha Esa tiada sekutu baginya.

Saya tegaskan bahawa, orang-orang yang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang beramal belum tentu benar-benar beriman. Dan orang lain yang langsung tidak beramal, lagi lemahlah imannya atau langsung tiada iman. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang akan diterima-Nya hanyalah amalan dari orang-orang yang beriman.

Di antara firman-firman Allah yang menunjukkan demikian ialah:

 Terjemahan: Maka siapa yang mengerjakan amal soleh, sedang dia beriman, maka usahanya itu tidak diabaikan dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya. (Al Anbia: 94)

Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman dan beramal soieh, mereka itu penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al Bagarah: 82)

 Terjemahan: Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan tidak dianiaya sedikit pun. (Maryam: 60)

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ber- iman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi Syurga yang penuh kenikmatan. (Luqman: 8)

Berpandukan ayat-ayat itu, faham dan sedarlah hendak- nya kita tentang pentingnya iman itu mendahului amalan amalan yang baik. Orang yang mengaku beriman tetapi tidak mahu beramal adalah penipu. Orang yang beramal tetapi tidak beriman adalah tertipu. Sebab itu Rasulullah SAW memberi amaran keras pada orang yang tidak beriman di samping menyanjung tinggi orang yang beriman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N