Langkau ke kandungan utama

RAHSIA INDAHNYA HIDUP ISLAM.


APAKAH RAHSIA KITA RASA INDAH HIDUP CARA ISLAM?

Rahsianya ialah kerana masyarakat dididik untuk menjalankan cara hidup Islam atas dasar patuh dan taat pada Allah. Itulah iman. Dengan iman, manusia akan mampu melakukan segala kebaikkan dan meninggalkan segala kejahatan.Sebab iman itu ialah rasa hati yang sangat cinta dan takutkan pada Tuhan.

Bila hati sudah cinta, manusia akan rela buat apa saja untuk yang dicintai.Dan bila hati sudah takut, manusia tidak berani lagi  menderhakai yang ditakutinya itu. Di igatkan disini, bukan pula kita katakan undang-undang itu tidak perlu. Cuma ia bukanlah sebab utama untuk manusia jadi patuh dan taat. Ia cuma satu jalan akhir dengan mengajak manusia melaksanakan undang-undang Allah SWT. Manakala jalan utamanya ialah mendidik manusia untuk kenal, patuh dan taat pada Allah. Kalau tidak patuh juga baru dikenakan hukuman.

Selama ini kita memperjuangkan
hukum Allah lebih bersifat politik. Yakni mengajak orang menegakkan Islam bukan atas dasar patuh dan taat, tapi kerana kuasa atau kerana hendak baiki masyarakat dan lain-lain lagi. Bukan atas dasar sam'an wa taatan. (سمعا وطاعة).
Bila kita memperjuangkan Islam
atas dasar sam'an wa taatan. (سمعا وطاعة), akan tercetuslah segala kebaikan dalam masyarakat tanpa dikawal oleh akta atau polis atau penjara.

Masyarakat taat dan takut pada Allah. Allah SWT pengawasnya setiap detik, dimana dan bila-bila, yang azab-Nya pula bukan saja di dunia tapi sampai ke Akhirat. Jadilah masyarakatnya,
masyarakat yang baik. Kebaikan yang lahir dari hati yang rela, bukan dipaksa. Maksiat hampir-hampir tiada.

Hal ini tidak berlaku sekiranya iman tidak diperjuangkan mendahului Islam. Yakni ditanam betul-betul dalam jiwa umat kita. Iaitu iman yang boleh menjadikan hati orang betul-betul cinta pada Allah, sangat takut pada-Nya, yakin, tawakal, sabar,taat, redha, syukur, patuh dan lain-lain lagi. Puncanya ialah apabila manusia kenal Tuhan. Tuhan yang sangat baik dan berjasa sehingga layak diberi seagung-agung cinta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...