Langkau ke kandungan utama

MENGEJAR MAQAM KHUSYUK.




Kalau kita bersembahyang atau solat, roh solat itu diantaranya ialah khusyuk, faham apa yang kita baca, hati berasa hina dan kecil dihadapan Allah SWT, serta merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Bila ada roh yang begitu rupa dalam solat, baru boleh dikatakan sembahyang atau solat.
Barulah amal solat itu Allah terima. Kalau tidak ada maka sujud kita tiada erti apa-apa, berdiri kita tiada erti apa-apa, kefasihan lidah kita membaca ayat-ayat tiada erti apa-apa. Duduk berdiri kita dalam solat sudah tiada erti apa-apa kalau roh solat atau nyawa solat kita sudah tidak ada. Sembahyang atau solat yang sudah tidak ada roh ialah "sembahyang bangkai."

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari ujian sama ada ujian nikmat mahupun ujian kesusahan. Islam mengajar kita bahawa dalam menerima nikmat, kita harus bersyukur dan dalam menghadapi kesusahan, kita harus bersabar. Diantara ujian nikmat dan ujian kesusahan ini, penerimaan manusia berbeza-beza. Umum
nya manusia tidak suka dengan ujian kesusahan kerana mereka tidak suka kepada penderitaan.Tetapi bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau orang-orang "muqarrabin,"mereka takut dengan ujian nikmat dan kesenangan kerana ia melalaikan. Ia boleh menggelapkan hati. Mereka lebih senang dengan ujian kesusahan kerana dengan demikian mereka lebih mudah menginsafi diri, memperbaiki diri dan menghampirkan diri dengan Tuhan. Bila dalam kesusahan, hati mereka lebih sensitif dan mereka lebih banyak dapat mengingati Tuhan.

Ujian kesusahan juga dapat mendidik mereka menjadi sabar,
tawakal dan bergantung harap dengan Tuhan. Ujian kesusahan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka dan dapat meningkatkan darjat mereka di Akhirat. Itu sebabnya para Sahabat sangat berdukacita kalau dalam sehari itu, mereka tidak diuji dengan kesusahan.

Perasaan yang patut timbul ketika sembahyang diantaranya ialah seperti berikut:
. Rasa takut
. Rasa malu
. Rasa hina diri
. Rasa dhaif
. Rasa mengharap
. Rasa merindui
. Rasa bermanja-manja
. Merasa dilihat-Nya
. Merasa dikuasai-Nya
. Rasa bimbang
. Rasa gementar
. Rasa lemah
. Rasa meminta
. Rasa mensucikan-Nya
. Rasa membesarkan-Nya
. Merasa didengar-Nya
. Merasa diperhati-Nya.

Namun ada seperkara lagi yang patut kita usahakan didalam kita menerima ujian sama ada ujian nikmat atau ujian kesusahan iaitu khusyuk. Khusyuk ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha Lemah lembut, Maha Lemah lembut, Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhoif dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Apabila kita menerima nikmat Allah SWT, contohnya kita dijamu makan minum yang banyak dan lazat, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Dengan amalan kita yang sedikit dan dosa kita yang begitu banyak, Allah bagi juga kita merasa makanan yang banyak dan lazat yang kita tidak layak menerimanya. Akan timbul rasa malu dengan Allah dihati kita dalam menerima Nikmat-Nya itu. Maka rasa malu inilah khusyuk dan ia adalah makanan bagi roh dan jiwa kita yang jauh lebih baik dan lebih lazat dari makanan lahir yang terhidang dihadapan kita itu.

Kalau kita diuji dengan kesusahan pula, contohnya kereta yang kita pandu remuk dan rosak terlanggar pokok, maka hendaklah kita berfikir dan bertafakur. Ini kecil. Bukan setakat kereta rosak dan remuk tapi Allah boleh buat lebih dari itu keatas diri kita dan tidak ada siapa pun yang mampu menolak-Nya. Allah boleh matikan kita kalau Dia mahu. Maka akan timbul rasa takut, gerun, cemas dan bimbang dalam hati kita.

Maka rasa-rasa itulah khusuk iaitu makanan bagi roh dan jiwa kita yang jauh lebih bernilai dari kerugian kereta kita yang rosak itu. Inilah perkara tambahan yang kita usahakan di dalam kita menerima nikmat dan kesusahan dari Tuhan iaitu melahirkan rasa-rasa khusuk dengan Tuhan melalui berfikir dan bertafakur.

Khusuk perlu di mana-mana... bukan hanya ketika solat. Khusyuk ialah rasa-rasa di hati terhadap Allah SWT termasuk rasa Allah itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Penyantun, Maha lemah lembut,Maha Pemurah, Maha Pemaaf dan sebagainya. Khusyuk juga termasuk merasa malu, hina, berdosa, lemah, dhaif dan bergantung harap kepada Allah SWT.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N