Langkau ke kandungan utama

NIKMAT BERNEGARA.




Nikmat Allah ada yang lahir dan batin.Di antara nikmat yang Allah anugerahkan pada kita, ada satu nikmat yang lahir antaranya ialah negara tempat  kita dilahirkan dan dibesarkan.
Mencintai tanah air sebahagian daripada iman. Dengan adanya nikmat tanah air kita dapat, menjaga nikmat diri, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Kita juga berpeluang lebih besar menjaga dan memelihara agama
kita.

Peluang menjaga nikmat agama
sangat penting. Maknanya semua nikmat- nikmat lain seperti kesihatan, kepandaian, kecantikan, kemasyhuran, harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak-pinak dan lain-lain yang sedang kita nikmati, tidaklah semahal dan sepenting agama. Tapi dalam kekecohan krisis nilai hari ini, ramai orang telah menganggap bahawa iman atau agama tidak penting. Ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap hidup mereka. 

Semua program harian hanya bertujuan mencari keuntungan duniawi, dengan melupakan kepentingan iman. Bentuk kehidupan orang beriman bukan sahaja dianggap kolot dan ketinggalan zaman tetapi ditentang habis-habisan.
Alhamdulillah dalam peruntukan perlembagaan agama Islam menjadi agama rasmi dan di terajui oleh yang di-Pertuan Agung. Kita perlu melahirkan rasa syukur dengan memberikan ketaatan dan kepatuhan kepada Ulil Amri. 

Keperihatinan kita kita kepada perlembagaan tersebut satu bukti kita bersyukur. Orang yang pandai bersyukur lalu Tuhan akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Jika sebaliknya Tuhan akan tarik balik nikmat yang diberikan kepada kita.Kita ambillah iktibar yang berlaku kepada umat Islam yang dicabul tanah air mereka sehingga terpaksa menjadi pelarian dinegara lain. Seperti etnik Islam Rohingya, umat Islam Palestin dan sebagainya.


Berbezanya Islam dengan agama-agama yang lain. Islam bukan hanya penyembahan atau peribadatan. Islam ada undang-undang, peraturan dan sistem hidup. Ia mengatur kehidupan manusia. Islam adalah cara hidup atau way of live. Sebab itu cinta tanah air sebahagian iman kerana ada kaitan dengan agama. Kita mesti berikan ketaatan pada kehendak agama.
Tuntutan diatas ada kaitannya dengan perintah Tuhan disudut hablumminannaas. Perkara ini ditegaskan didalam Al Quran,  firman Allah SWT :
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوٓا۟ إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali adanya sebab hubungan dengan Allah dan adanya sebab hubungan sesama manusia.
(Ali Imran 3:112).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N