Langkau ke kandungan utama

PERSOALAN TENTANG TAQWA .



Semoga selamat kita semuanya berserta hamba-hamba-Nya yang baik. Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi didalam bukunya ada membincangkan perkara-perkara di sekitar per- soalan taqwa.Di zaman para Tabiin di mana golongan taqwa masih ramai di tahap pemimpin hingga ke rakyat biasa, maka Allah buka pintu ilmu pengetahuan dalam bidang kehidupan. Ketika Barat masih dalam era kegelapan, Islam pula sedang pesat berkembang dengan berbagai penemuan baru dalam ilmu pengetahuan.

Tetapi itu semua telah berlalu dan sudah menjadi fakta sejarah. Telah berlaku satu zaman di mana umat Islam asyik dengan Allah dan merindui Akhirat. Berlaku juga satu zaman yang telah Allah curahkan segala-galanya kerana kebanyakan umatnya bertaqwa.

 Kini, umat Islam sudah tidak bertaqwa lagi. Bila tidak bertaqwa, hati jadi lemah dan mudah menyerah kepada keadaan lantas kita melupai Allah SWT. Hati tidak ber- gantung kepada Allah lantas Allah melupai kita.

Sepertimana tidak ada kuasa yang dapat menahan apabila Allah kehendaki umat Islam berjaya, begitu jugalah tidak ada sebarang kuasa yang berdaya untuk menebus kekalahan dan kehinaan umat Islam apabila Allah kehendaki ia berlaku begitu. Taqwa memang penting bagi umat Islam. Sebab itu ia menjadi rukun khutbah. Ertinya kalau tertinggal maka khutbah tidak sah. Bila khutbah tidak sah, tidak sahlah sembahyang Jumaat dan tidak sahlah sembahyang sunat hari raya.

Ini menunjukkan besarnya sifat taqwa hingga ia menjadi rukun khutbah. Namun taqwa itu bukan sahaja tidak dihayati malah kurang difahami oleh umat Islam. Taqwa ini telah disalahertikan.

Ia telah diremehkan, diambil ringan dan tidak dititikberatkan. Fahaman tentang taqwa ini telah dipermudahkan. Taqwa hanya ditakrifkan sebagai buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Pengertian seperti ini tidak mempunyai roh atau tidak membabitkan pengertian yang mendalam. Maka jadilah ia sesuatu yang hambar dan tidak memberi manfaat. Akibatnya, umat Islam seolah-olah terasing dan terpisah dari persoalan taqwa.

Taqwa tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan umat Islam. Ia hanya tinggal sebutan yang ramai umat Islam tidak faham apa sebenar maksud, hakikat dan tuntutannya. Oleh kerana taqwa ini adalah syarat dan landasan untuk umat Islam mendapatkan dunia dan Akhirat, maka tanpa taqwa, umat Islam terumbang-ambing dalam kehidupan. Akhirat terlepas, dunia berciciran. Umat Islam terpaksa meniti di atas landasan orang kafir. Sebab itu umat Islam terhina di mana- mana, ditindas dan diperkotak-katikkan, miskin, mundur dan berpecah belah. Umat Islam tidak ada wibawa, tidak ada maruah dan tidak ada kekuatan.

Ramai ulama dan ustaz-ustaz yang memahami bahawa sifat taqwa itu adalah bekalan untuk negeri Akhirat semata-mata. Tidak dapat dinafikan itulah yang paling penting. Itulah yang paling asas. Namun, kalau orang mukmin hendak senang juga di dunia, mestilah berbekalkan sifat taqwa. Kerana sifat taqwa itu merupakan jalan atau landasan untuk mendapatkan dunianya. Hendak mendapatkan keuntungan dalam ekonomi mesti dengan sifat taqwa. Hendak mendapat kemenangan dalam perjuangan mesti ada taqwa. Hendak mendapat bantuan dan pertolongan Tuhan juga adalah kerana taqwa. Hendak terlepas dari bala bencana atau azab penderitaan di dunia juga mesti berdasarkan sifat taqwa.

Kalau orang Islam itu tidak ada sifat taqwa, Tuhan bantu juga. Tuhan bagi makan juga. Tuhan bagi ilmu juga selama mana mereka hidup. Tapi cara ini bahaya. Tuhan bagi secara kutukan. Tuhan bagi secara murka. Tuhan bagi secara tidak redha. Ini samalah caranya Tuhan bantu orang kafir iaitu atas dasar istidraj yakni dengan kemurkaan. Itu sebenarnya adalah tipuan dari Tuhan.

Akhirnya dengan bantuan seperti itu, dia terjun ke Neraka. Dengan bantuan seperti itulah dia akan membuat kezaliman dan kejahatan di atas muka bumi. Kerana mendapat
Sesuatu dari Tuhan secara tidak sihat, maka hasilnya tidak sihat dan natijahnya juga tidak sihat. Ia rosak dan merosakkan.

Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berzikir. Bukan juga bersuluk dan beruzlah, menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau dan di masjid. Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan, di mana sahaja, baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, kesihatan dan sebagainya. Yang penting, setiap amalan itu ada rohnya, dihayati dan dijiwai. Barulah setiap amalan itu menjadi amalan taqwa. Kita mesti bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin. Sejauh yang termungkin di sini bermaksud turun naik nafas, mendengar, melihat, makan minum, berjalan dan berhibur, kesemuanya mesti dijadikan amalan taqwa. Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa. Jangan ada satu pendengaran atau penglihatan yang tidak jadi taqwa. Sebenarnya erti taqwa itu terlalu besar. Ia aset untuk orang Islam dunia dan Akhirat. Kalau ini difahami dan dihayati, barulah kita akan selamat dunia Akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…