Langkau ke kandungan utama

ISLAM DI MOSCOW.

EMPAYAR RUSIA BERDEPAN  KEBANGKITAN ISLAM.
(Foto solat berjemaah di Moscow).

Ketika kelahiran kebangkitan Islam sekali lagi, antara keajaiban yang Tuhan lakukan ialah kesedaran merata berlaku dalam masyarakat.Terutamanya umat Islam. Barat sekian lama menjadi rujukan dunia kini berdepan dengan masalah dalaman sesama mereka. Amerika Syarikat sendiri sudah menutup pintu sempadannya kepada pendatang terutamanya Amerika Latin yang bersempadan dengan negara kuasa besar itu. Kesatuan Eropah sendiri pun tidak seperti dahulu, British sendiri nak keluar daripada kesatuan yang pernah dia menerajuinya. Kebakaran yang berlaku di Amerika syarikat masih belum dapat dipadamkan. Diiringi pula dengan masalah pendatang yang datang ke negaranya.
(Foto di ibu negara Rusia).

Penduduk dunia sedang menyaksikan dua kuasa besar sedang menurun pengaruhnya.Kalau Soviat Unian yang diterajui  oleh Rusia dihujung tahun sembilan belas telah hilang dalam peta dunia. Kemudian kini pula di ikuti oleh pengaruh Barat sedang merudum. Tidak ada kuasa yang melemahkan tetapi adalah kuasa Allah SWT yang sedang mempamerkannya kepada manusia. Tuhan sendiri yang menggilir-gilirkan kuasa dikalangan manusia.

Firman Allah SWT:
وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia,
(Ali Imran 3:140).

Begitulah ketika sistem Islam diera kebangkitan kedua hendak muncul, Tuhan lakukan penolakan terhadap kuasa besar tersebut. Iaitu mereka yang sebelum ini mendokong sistem tersebut dan ditangan mereka juga hancurnya sistem itu. Mereka berdepan dengan kerajaan yang mereka dokong itu berlaku kejam dan zalim. Negara-negara kecil rasa tertekan dengan keadilan yang sudah tidak berlaku lagi.

Dalam era kebangkitan pertama dan di era kebangkitan era yang kedua saling menyalin dan mengulanginya. Kalau dulu Parsi terlebih dahulu merudum dan baru di ikuti Rom, dan kini perkara yang sama berlaku iaitu dimulakan dengan kuasa besar di timur dan sekarang Barat akan menyusul pula. Kuasa besar yang menolak pegangan agama merudum dahulu dan sekarang barat sedang diambang maut. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi dalam bukunya ada menulis Barat diambang maut.

Kedua kekuatan yang sekarang sedang berhadap-hadapan itu ialah kekuatan Kristian dan kekuatan kuasa besar yang menolak pegangan apa-apa agama atau , kekuatan Barat berhadapan dengan kekuatan Timur. Bersamaan dengan itu kekuasaan-kekuasaan kecil yang berada di bawah pengaruh kedua kekuatan itu, pada kurun ini berada di sekitar dunia timur.

Rusia terpaksa bebaskan negara-negara dibawah jajahannya, kerana Rusia sudah tidak mampu memberi makan lagi. Mejoriti negara-negara tersebut adalah negara umat Islam. Kedua kekuatan kuasa besar itu masing-masing mempunyai pengaruh dan penjajahan. Pemuka-pemuka kedua kuasa besar itu masing-masing berusaha sekuat tenaga akan menyebarkan pengaruh masing-masing ke atas kepercayaan dan pengaruh lain yang sudah dianutnya.

Di era kebangkitan Islam pertama menyaksikan bagaimana Allah runtuhkan kuasa besar Parsi dan laluan kepada Islam. Tuhan mainkan hati-hati manusia ketika itu menolak empayar Parsi yang gagah perkasa ketika itu. Hati manusia yang telah kosong, apabila alternatif telah ada maka Tuhan beri kekuatan kepada menolak pegangan mereka yang lama dan menerima Islam sebagai gantinya. Perkara yang sama Tuhan akan lakukan di era kebangkitan Islam sekali lagi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...