Langkau ke kandungan utama

KEAJAIBAN DI MALAYSIA.



Peralihan kuasa berlaku secara aman berlaku di Malaysia. Ia detik yang mungkin tidak pernah terjangkau oleh imaginasi kita yang selama ini percaya perubahan hanya boleh berlaku melalui revolusi ala Iran atau Arab Spring. Inilah ‘aqidah’ pengamatan kita selama ini – hanya melalui anarkisme, kerajaan boleh diruntuhkan. Kepercayaan itu akhirnya terbukti karut.

Tuhan yang Maha berkuasa telah memproses hati manusia, inilah yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang bukan jenis balas dendam. Sikap cool rakyat Malaysia menanggapi politik terlihat jelas selepas pengalaman berharga pascademonstrasi Reformasi 1998. Demonstran kita nampaknya lebih senang lepak bercendol atau mengeteh selepas tamat ‘waktu rasmi’ himpunan. Dengan kata lain, rakyat Malaysia tidak disambar kesan domino Arab Spring yang tercetus pada 2010.

Maka kita telah mula sedar dan insaf bagaimana Tuhan memilih Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam sekali lagi. Iaitu dilakukan satu kejadian maka umat Islam tersintak kerana dilanda kesedaran apa yang berlaku dihadapan matanya. Suatu ketika dulu negara kita dikenali dengan nama Semenanjung Tanah Melayu, sekarang dikenali dengan nama Malaysia. Nama 'Tanah Melayu' kini tinggal dalam lipatan sejarah, kalaupun ada nama tersebut digunakan iaitu pada keretapi Tanah Melayu. 

Golongan yang cintakan agama, negara bangsa terserlah dan golongan yang anti agama Islam juga terserlah. Kini tidak ada siapa yang boleh berlakun lagi. Sikap masing-masing sudah terserlah.
Kita sangat yakin apabila Tuhan
telah takdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur tidak ada suatu kuasa yang dapat menghalang dan menggagalkannya. Walaupun musuh telah melakukan pelbagai perancangan dan strategi, namun kesedaran masyarakat semakin terserlah.
Dengan adanya peranan Yang di Pertuan Agong yang menerajui pimpinan negara, kita yakin agama Islam terus berdaulat di Malaysia dan agama lain bebas menjadi anutan. Rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama terus menikmati keamanan dan kemakmuran. Dengan adanya peranan Yang di-Pertuan Agong dan Tun Dr.Mahadhir Malaysia terus menikmati keamanan. Selain itu ada peranan yang tersirat iaitu adanya golongan yang disebab mereka kita dibantu oleh Tuhan. “Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...