Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN YANG AJAIB.


TIMUR YANG AJAIB.


APABILA disebut Eropah, majoriti dalam fikiran menggambarkan ia merupakan satu negara yang penghuninya cuma terdiri daripada warga Barat.Mungkin tidak terlintas langsung untuk menjengah secara lebih mendalam berhubung asal usulnya.
Tetapi ketahuilah, di sana ada fakta sejarah iaitu di Eropah pernah terbinanya negara Islam yang paling kuat di dunia.
(Foto bangunan Sultan Abdul Samad).

Salah satu daripada negara di Eropah yang memiliki khazanah Islam yang terkaya iaitu Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis yang dikenali ketika itu adalah Andalusia. Islam berdaulat selama 800 tahun di Eropah.
Negara Barat banyak merujuk tamadun Islam Andalusia. Kini Barat di ambang maut. Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi ada menulis tentang hal ini. Iaitu sebuah buku bertajuk " Barat di ambang maut." Yaqazah adalah ajaran Islam yang banyak dibahas dalam ilmu tasawuf.

Intipati ilmu tasawuf berkaitan dengan yaqazah banyak memberi motivasi kepada umat Islam. Ia adalah gambaran kekayaan rohani yang ada dalam ajaran Islam.Kekayaan rohani mengatasi kekayaan material. Ketika kemuncak umat Islam memiliki kekayaan rohani banyak negara-negara yang berada ditangan umat Islam. Sebaliknya ketika umat Islam ketandusan tamadun rohaniah, mereka di jajah oleh Barat. Abuya memberikan kekayaan rohani kepada kita.Orang yang memiliki kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa.
(Zikir Perdana di masjid Putrajaya).

Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai dimana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan kaya harta boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.
Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan harta, sama sahaja padanya.Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula merasa berkecil hati atau cacat hatinya.

(Foto masjid Jamek Kuala Lumpur).

Orang yang kaya hati, imannya kuat. Sikapnya mendahulukan dan membesarkan Tuhan. Suka berbakti dan berkhidmat dengan Tuhan. Sikapnya tidak berkira dengan Tuhan. Ini semua bukti rasa hamba kita kepada Tuhan.
Disitulah jatuhnya kasih sayang Tuhan kepadanya.Masuknya dakwah Islam ke Malaysia, melalui Melaka secara khawarikuladah atau di luar lojik akal manusia. Seperti yang berlaku kepada Tariq bin Ziyad iaitu bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi.Iaitu
kedatangan Islam ke Melaka pula adalah bermula daripada Raja Kecil Besar yang telah di Islamkan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui mimpi. Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat. Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah.

(Foto Melaka bersejarah).

Contoh petikan teks yang menggambarkan pengislaman Raja Kecil Besar ialah :“Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar, “Ucap olehmu : Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.” Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah SAW itu diturutnya.” (Sulalatus Salatin, 2010 : 72) Raja Kecil Besar sangat yakin telah bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa  keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jedah dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Semasa waktu asar, memang benar terdapat sebuah kapal dari Jedah tiba seperti yang dikatakan oleh Rasulullah. Orang-orang Melaka kehairanan melihat perilaku Syed Abdul Aziz iaitu orang yang terdapat dalam kapal itu bersembahyang. Lalu orang-orang kampung tidak kira laki atau perempuan semuanya masuk Islam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N