Langkau ke kandungan utama

ROH KEPIMPINAN ISLAM.


Di samping taqwa, pemimpin yang baik juga perlu perlu ada empat kekuatan, iaitu kekuatan jiwa, kekuatan mental atau akal (ada minda), kekuatan perasaan dan kekuatan fizikal, dengan syarat ke empat-empat kekuatan itu ditunjangi oleh iman dan taqwa.

1.Kuat jiwa.

Seseorang pemimpin memerlukan  kekuatan jiwa kerana pemimpin perlu ada sifat-sifat tabah, redha, berani, tahan diuji,yakin dengan diri, tegas, optimis, bersungguh-sungguh, lapang dada, berkasih sayang dan serius dalam tugasnya. Tanpa sifat-sifat ini, seseorang pemimpin tidak akan mampu menghadapi dan menyelesaikan masalah dan persoalan yang timbul sama ada dalam hal urusan di kalangan manusia ataupun dalam hal urusan pembangunan material.

Kalau negara menghadapi ujian,
tekanan atau cabaran sama
ada dari dalam atau dari luar, pemimpin yang tidak kuat jiwa akan mudah melatah, panik dan ketakutan dan akan bertindak melulu. Semangat untuk meneruskan perjuangan mungkin patah. Rakyat yang melihat hal ini akan turut rasa cemas dan sekaligus semangat juang mereka akan luntur dan lemah.
Pemimpin yang tidak kuat jiwa tidak tahan diancam atau dicabar. Dia akan spontan menjawab dan bertindak. Dia boleh cabar orang lain tetapi dia sendiri tidak tahan dicabar. Kadang-kadang musuh sengaja mencabar untuk melihat kelemahannya apabila dia meracau-racau, menempelak, mempermain-mainkan dan menjatuhkan lawannya.

Pemimpin yang tidak kuat jiwa biasanya akan membiarkan rakyatnya bersikap lembab, malas dan bermain-main terhadap aktiviti pembangunan.
Pada mereka, yang penting sokongan rakyat. Rakyat lembab ke, malas ke tak apa. Kesungguhan untuk menggiat kan rakyat agar lebih aktif, lebih berkemajuan dan berdisiplin tidak ada. Akhirnya negara tidak membangun, rakyat mundur dan tidak berakhlak dan banyak masalah negara tidak selesai.

2. Kuat mental.

Kekuatan mental atau kuat akal atau kuat fikiran sangat penting bagi seorang pemimpin. Ia umpama lampu penyuluh perjalanan hidup rakyat. Tanpa pemimpin yang kuat mental, rakyat seolah-olah berada dalam kegelapan. Bila pemimpin lemah fikiran, dia kekurangan idea yang baik dan tepat untuk bertindak, merancang dan menyelesaikan masalah. Dia tidak kreatif dan tidak strategik. Dia tidak ada minda sendiri, hanya meminjam minda dan idea orang lain. Dia mudah buntu bila berdepan dengan masalah.Bila dicabar atau diancam, dia tidak tahu bagaimana hendak melepaskan diri dan bertindak balas. Kadang-kadang kerana tidak cerdik, perkara yang tidak baik dikatakannya baik dan begitulah sebaliknya. Keadaan yang berbahaya, dia tidak nampak dan tidak sedar maka dibiarkannya. Dia mudah termakan tipuan dan umpanan musuh.

Pemimpin yang mempunyai akal yang tajam dan mental yang kuat, dia dapat membaca sebab-sebab timbulnya sesuatu masalah dengan tepat dan pandai pula mencari jalan penyelesaian yang konkrit. Dia nampak kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku terhadap sesuatu tindakan yang orang lain tidak nampak. Hal-hal yang tersirat dan tersembunyi dapat dibaca dan difahaminya. Tipuan musuh dapat dikesan dan dia mempunyai daya untuk bertindak balas dengan bijak dan tajam. Rancangannya tepat, strateginya mengena dan mindanya mampu menjayakan program pembangunan insan dan material dalam masyarakat dan negara.

3. Kuat perasaan.

Kekuatan perasaan penting untuk menimbang-menimbang
perasaan, keperluan, kepentingan dan masalah orang lain dan rakyat. Kekuatan perasaan menimbulkan sifat bertimbang rasa, berlemah-lembut dan berkasih sayang sesama manusia. Kekuatan perasaan membolehkan kita untuk menangkap dan memahami perasaan dan hal-hal disebalik hati-hati manusia dan tahu bagaimana untuk menenangkan, menyenangkan dan menghiburkan mereka.Kalau pemimpin tidak ada kekuatan perasaan, dia akan kasar, bengis dan kejam terhadap rakyat. Kalau pun rakyat taat kepadanya, adalah kerana takut dan terpaksa. Lama kelamaan, rakyat akan jemu dan akan meninggalkan nya.

Dia kurang berhalus dan tidak sensitif dengan ragam manusia. Dia tidak pandai untuk memujuk, menjaga hati, mengambil hati dan menghibur
untuk menawan hati manusia.
Kepimpinannya sentiasa tegang, serius dan formal. Tidak wujud tolak ansur, berlapang dada atau memaafkan rakyat yang bersalah atau lemah. Dia banyak melanggar dan merempuh dan memecahkan ukhwah. Akhirnya,
kepimpinannya tidak membawa apa-apa hasil yang baik.

Pemimpin yang ada kekuatan  perasaan akan berhalus dalam membuat pertimbangan dan tindakan terhadap manusia. Dia ditaati dan dikasihi. Dia dipuja kerana pandai melayan dan menghiburkan hati rakyatnya tanpa mengorbankan prinsip dan identiti. Dia tegas tetapi tidak keras. Dia bersungguh-sungguh tetapi tidak merempuh.
Dia lembut, pengasih dan pemaaf tetapi tidak lembab, lemah atau cuai. Dia sabar tetapi tidak membiarkan rakyat.
Dia diterima rakyat kerana akhlaknya, bukan sahaja kerana bijak dan beraninya. Pemimpin seperti ini bukan sahaja berada di mata tetapi juga di hati rakyat.

4.Kuat fizikal

Pemimpin perlu ada kekuatan fizikal. Kalau pemimpin tidak aktif, tidak sihat, tidak lincah dan selalu tidak hadir program, kepimpinannya akan menjadi jumud dan kaku.Pemimpin yang sempurna dengan kekuatan jiwa, mental, perasaan dan fizikal yang ditunjangi pula oleh iman dan taqwa, itulah pemimpin yang akan berjaya dalam kepimpinannya, yakni berjaya dalam mentaati Allah dan Rasul.

Kalau pun seseorang itu mempunyai keempat-empat kekuatan di atas tetapi tidak ditunjangi oleh iman dan taqwa,
maka kekuatan itu tidak akan dapat mencapai kesuburan yang maksimum. Umpama pokok, kalau pun benihnya baik tetapi kurang dapat baja, kesuburan dan hasilnya akan tetap terjejas.
Pemimpin yang tidak beriman dan bertakwa, jiwanya tidak sampai kepada kemerdekaan yang hakiki kerana dia masih berpaut kepada kepentingan dunia, tidak kepada Allah yang Maha tinggi. Perasaannya tidak sampai dapat menyingkap rahsia yang tersirat disebalik hati manusia. Ilmunya pula tumpul dan cetek, cuma disekitar hal-hal yang terjangkau oleh otak sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N