Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

RAHSIA PERJUANGAN ABUYA.

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih. Rahsia perjuangan yang disebutkan diatas inilah yang diulangi oleh Abuya didalam perjuangannya. Iaitu Abuya didalam mengisi perjuangannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Abuya membenteras sifat-sifat terkeji (mazmumah). Sebab itu setiap minggu Abuya buat kuliah di perkampungan Islam Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dalam pengajian tersebut Abuya berikan panduan sifat-sifat mahmudah yang wajib menjadi pakaian kepada para pejuang Islam. Sifat-sifat mazmumah dik
ABUYA ADALAH ASET. (Abuya  dengan ulama2 luar negara). Abuya melakukan dakwah dalam pelbagai bentuk. Ada yang rasmi dan ada yang bersahaja. Ada yang disusun dan ada yang secara bersantai sahaja. Abuya buat XPDC jalan darat keseluruh Eropah. Disana pusat musuh Islam tetapi Abuya meneruskan azam buat dakwah dan XPDC dakwah. Dapat sambutan luar biasa dikalangan para pelajar terutamanya. Boleh berdakwah dan berXPDC ke luar negara bukanlah perkara biasa. Ramai dikalangan kakitangan terutamanya bos-bos yang ada diatas ramai yang pernah kena dengan sentuhan dakwah Abuya. Abuya memberi panduan kepada kita tentang dunia pada hari ini hanya dikuasai oleh dua kelompok sahaja. Kelompok pertama yang ingin menegakkan kebenaran, mereka mendapat motivasi dari Imam Mahdi. Kelompok kedua mereka yang menonjolkan kebatilan, mereka dirangsang oleh budaya yang diperkenalkan oleh Dajjal. Satu budaya yang mempertuhankan hawa nafsu dan syaitan. Abuya adalah aset umat Islam untuk kurun ini. Seba

DUA KUASA BESAR AKAN JATUH.

APA YANG ABUYA KONGSI BANYAK TELAH BERLAKU. Malaysia berlaku peralihan kuasa tetapi secara aman. Perkara ini sudah puluhan tahun kita dengar dari Abuya sekarang menjadi realiti. Era komunis telah berakhir, ini ada di tulis dalam sajak Abuya tahun sembilan puluhan dan telah berlaku sekarang. Rusia terpaksa keluar dari bumi Afghanistan kerana sudah muflis. Tidak mampu untuk meneruskan operasi kerana kos operasi terlalu tinggi. Abuya sudah diberitahu puluhan tahun lebih awal tentang dua kuasa besar dunia akan jatuh. Ketika Soviet masih berkuasa, Abuya telah menulis sajak tentang kejatuhannya. Sejarah telah membuktikan! Begitu juga, 20 tahun yang lepas Abuya menulis buku 'Barat Di ambang Maut'. Pada tahun 2012 , dunia menyaksikan kejatuhan empayar barat yang diterajui Amerika. Ada dikalangan tokoh-tokoh Quraisy, sebelum Umar masuk Islam, Rasulullah pernah berdoa, “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin K

PERPUSTAKAAN ABUYA.

 ABUYA ULAT KITAB. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi segala bahan bacaannya, atau kitabnya tersusun begitu rapi bagaikan sebuah kutub khanah. Abuya membeli kitab-kitab dalam jumlah yang besar terutamanya ketika Kuala Lumpur dilanda banjir besar selepas peristiwa pergaduhan China Melayu dikenali dengan sejarah 13 MEI.Ada premis di Kuala Lumpur yang ditenggelami air bah atau banjir. Iaitu di Wisma Yakin Kuala Lumpur. Banjir Kuala Lumpur 1971  adalah bencana banjir kilat utama di Malaysia yang berlaku pada Januari 1971 .  Banjir ini adalah hasil daripada hujan lebat, yang melanda Klang, Batu, dan sungai-sungai Gombak. 32 orang terbunuh dan 180,000 orang terjejas. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak mengisytiharkan keadaan bencana negara di Barat Malaysia.Banjir paling teruk di negara ini sejak tahun 1926 . Hasil daripada banjir, Program Tebatan Banjir Kuala Lumpur telah ditubuhkan.  (Markaz Abuya di Islamabad Pakistan) Ketika Abuya membuka perkampungan Isl

UNIVERSITI TERTUA TERIMA KUNJUNGAN ABUYA.

ABUYA BERGELANGGANG DIPUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI BERTARAF DUNIA. Universiti al-Azhar adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.  Muladibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas  Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi. Tunis ( تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah  sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Di sana ada sebuah universiti yang di kenali dengan universiti Zaitunah. Ulama yang menjadi penggerak institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Timur Tengah menerima baik perjuangan Abuya. Seperti Universiti Qarawiyyin, Universiti Al-Azhar, Universiti Ez Zitouna Tunisia danUniversiti Jordan. Amman Jordan adalah point paling penting dalam sejarah perjuangan Abuya. Di sanalah Abuya memulakan pendaratan nya untuk meneroka bumi. Di sanalah Abuya mendapat sokongan kuat di

KAWAN ABUYA DI MEKAH.

KAWAN ABUYA (WALI ALLAH). Para wali-wali Allah SWT mereka adalah pewaris nabi bukan hanya dari sudut ilmu tetapi kelebi han-kelebihan lai n juga diwar isi oleh mer eka. " Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Yunus 10:62). Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman.  (Madinah Munawwarah). Kawan-kawan Abuya dikalangan tokoh-tokoh ulama di Timur Tengah terus mendokong perjuangan Abuya. Di kalangan kawan-kawan Abuya ramai yang Tuhan anugerahkan kepada mereka kasyaf dan ilmu laduni. Iaitu boleh melihat yang orang awam tidak boleh nampak. Sebelum ini saya ada kongsikan dengan kawan Abuya yang kasyaf dikalangan ulama Melayu. Tapi kali ini saya hendak kongsikan dengan kawan-kawan Abuya yang kasyaf dikal

BALIK KAMPUNG.

BALIK KAMPUNG. Seorang ulama Malaysia yang dikenali di Mesir, terutamanya mereka yang pernah menuntut ilmu di Kaherah Mesir. Beliau seorang ulama bahasa Arab yang terkenal sebagai pengarang kamus Melayu Arab. Cetakan di Mesir dan juga di Malaysia.Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989 ) ialah seorang tokoh dalam bidang persuratan terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmuHadith, tafsir dan fiqah.  Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya ialah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini. Beliau pulang ke Malaysia kerana menerima anugerah daripada kerajaan Malaysia.Beliau yang berasal dari Perak. Dr. Syeikh Mohamad Idris sempat menjadi tetamu Abuya di kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur. Ketika itu penulis sendiri ditugaskan  menjaga tetamu tersebut. Selama menjadi tetamu Abuya beliau begitu teruja dan sangat gembira. Kalau boleh hendak terus tinggal bersama Abuya. Seorang lagi ulama dari Malaysia

RINTIHAN WALI ALLAH.

RINTIHAN WALI ALLAH. Bagi pejuang kebenaran banyak perkara yang 'contradictory' dalam dirinya. Waktu malam dia ibarat rahib yang tersungkur, sujud menyembah Tuhannya. Pada waktu siang, dia ibarat singa lapar yang gigih dan berani. Bagi pejuang kebenaran dirinya tidak penting. Dia sanggup menjadi lilin yang membakar diri asalkan masyarakat dapat cahaya. Dia sanggup menderita, disisih, dibuang, dihalau, dikurung hatta dirinya terkorban asalkan tujuan perjuangannya tercapai. Bagi yang tidak ada gambaran atau pengalaman tentang kehidupan seorang tahanan ISA saya kongsikan sedikit kehidupan orang yang dihukum sekatan terhad tersebut. Disebelah siang orang tahanan ISA baru dibenarkan keluar rumah bermula enam pagi dan mesti berada kembali didalam rumah enam petang. Pengalaman bersama Abuya ketika menghadapi ISA zaman pemerintahan Tun Mahadhir Muhammad. Kesan tarbiah Abuya kepada keluarga dan sebahagian anak-anak muridnya yang kena tahanan  ISA dapat menerima dengan

ABUYA MENGHARGAI KAWAN.

MENGHARGAI KAWAN. Mencari sahabat atau kawan sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui. Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya. (Abuya pernah buka perkampungan Islam di Merbok Kedah Malaysia) Sebelum Abuya buka perkampungan Islam di Sungai Penchala, KL. Abuya dari dulu lagi kawan-kawan baiknya dikalangan masyarakat antarabangsa. Seperti Imam masjid Pakistan di Chaw kit road iaitu Haji Abdul Ghani yang juga membuka kedai alat ibadah di bangunan wisma Yakin Kuala Lumpur. Seorang pendakwah dari Afghanistan Syeikh Amanullah. Beliau suka meraikan tempat-tempat atau markaz Abuya. Beliau seorang hafiz yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. (Masjid Pakistan di Chaw Kit Road Kuala-Lumpur). Abuya suka menghargai kawan-kawannya. Satu hari saya pergi ke KL. Disana saya bertemu dengan kawan lama iaitu anak Imam masjid Pakistan di Cha

SOLAT INSTITUSI PENDIDIKAN ROH.

(Universiti Qarawiyyin:القرويين). Solat merupakan jambatan yang menghubungkan hamba dengan Tuhan. Melalui solat yang khusyuk dapat membina jati diri.Modul "Motivasi solat membina peribadi agung." Solat begini benar-benar berperanan sebagai institusi pendidikan roh. Institusi roh yang cetuskan pembinaan lahir satu peribadi agung.  Teks kuliah tersebut disediakan oleh Abuya sendiri. Di era kebangkitan Islam pertama banyak melahirkan peribadi-peribadi tersebut.  Ia pernah berlaku di zaman salafussoleh. Penghayatan solat adalah penting dan perlu dibudayakan supaya dapat berperanan sebagai pemangkin jatidiri dalam kehidupan seharian umat Islam. Pengenalan Ibadat solat merupakan rukun Islam dan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Para sahabat dan salafussoleh menganggap ibadat solat adalah jambatan dan perantara antara hamba dengan Tuhan. Ia meletakkan manusia dalam situasi yang istimewa di hadapan Pencipta tanpa dibatasi sebarang tabir. Maka ti

ANTARA TAWAN DAN LAWAN.

ANTARA TAWAN DAN LAWAN. Apakah lebih menguntungkan lawan atau tawan.Rasulullah tawan para sahabat. Rasulullah SAW menawan hati Saidina Umar al-Khattab. Beliau didoakan oleh Rasulullah SAW agar masuk Islam. Suatu ketika Umar ke rumah adiknya.Umar bin Khattab berkata, “Berikan kitab yang ada pada kalian kepadaku, aku ingin membacanya.” Maka adik perempuannya berkata, “Kamu itu kotor. Tidak boleh menyentuh kitab itu kecuali orang yang bersuci. Mandilah terlebih dahulu!” Lantas Umar bin Khattab mandi dan mengambil kitab yang ada pada adik perempuannya. Ketika dia membaca surat Thaha, dia memuji dan muliakan isinya, kemudian minta ditunjukkan keberadaan Rasulullah. Ketika Khabab mendengar perkataan Umar bin Khattab, dia muncul dari persembunyiannya dan berkata, “Aku akan beri khabar gembira kepadamu, wahai Umar! Aku berharap engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah pada malam Kamis, “Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar bin Khatthab atau Abu Jahl (Amru) bin Hisyam.” Waktu it

KUFAH KOTA SYIAH.

KUFAH PUSAT PENTADBIRAN SAIDINA ALI. Umat Islam baiah dengan Saidina Ali selaku khalifah ke empat dan beliau mula mentadbir. Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kufah merupakan sebuah bandar di Iraq. Ia terletak 10 km di timur laut Najaf dan 170 km di selatan Baghdad. Dianggarkan bandar ini mempunyai seramai 110,000 penduduk pada 2003. Bersama-sama dengan Karbala dan Najaf, Kufah merupakan salah satu daripada tiga bandar terpenting di Iraq untuk golongan Syiah. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman.  Saya berkesempatan bersama ustaz Ramadhan Raflis berkunjung ke Kufah. Menyaksikan kesan peninggalan sejarah membantu kita menjiwai apa-apa yan

BELAJAR DENGAN LEBAH.

KEMARAAN ISLAM  TIDAK BOLEH DI BENDUNG. Alhamdulilah kita sedang berada  di era kebangkitan Islam sekali lagi.  Kita sedang menyaksikan suatu perubahan dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam. Golongan yang sedar dan insaf sudah menyeluruh. Penerimaan dakwah bermula dari golongan bawahan, atasan dan terakhir golongan selebriti. Apa persiapan kita untuk menyongsong dan mengendali kan kemara an kebang kitan Islam ter sebut. Dulu orang berbangga dengan gaya hidup yang datang dari Barat. Gaya hidup Sunnah tiada siapa yang peduli. Kini era kebangkitan Islam produk makanan sunnah ada nilai komersil. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh University tempatan dan luar negara berkaitan produk Sunnah.  Manis madu melebihi 1 ½ paras ketinggian rasa manis daripada gula putih. Walau bagaimanapun, rasa manis madu tidak mendatangkan kesan buruk jika dibandingkan pengambilan gula putih. Kerana kandungan madu yang terdiri daripada karbohidrat (79.8%) dan air (17%