Langkau ke kandungan utama

AL HAMBRA DALAM SEJARAH.


WARNA WARNI Al HAMBRA.


Pada tahun 1985 penulis pergi berkunjung ke Kota sejarah Islam Alhambra. Rombongan yang di pimpin oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi sendiri. Alhambra
(Bahasa Arab: الحمراء = yang bermaksud "Istana Merah") adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali kita sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim.

Alhambra itu dalam bahasa Sepanyol, semua bahasa Sepanyol yang ada al atau El diawalnya, itu confirm dari bahasa Arab seperti almenara, alcobendas, Elcasar, algete dll Alhambra dalam bahasa Arab: الحمراء AlHamra yang bermaksud yang berwarna merah iaitu "Istana Merah". Terletak di bandaraya Granada kira-kira 430km selatan Madrid.

Setelah Bani Al Ahmar menduduki Granada, mereka mula mencari lokasi yang sesuai untuk mempertahankan kerajaan mereka, maka mereka menemui tempat yang sesuai di barat laut bandar Granada. Di sinilah mereka membina asas benteng mereka yang baru, "Qasbatul Hamra’". Mereka membina beberapa menara yang kukuh, dinding besar yang sangat kuat memanjang hingga ke lembah. Raja-raja yang memerintah selepas itu manambahkan binaan demi binaan untuk menambah peranan dan keindahan Alhambra.

 Kota Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya seni bina Islam.Secara tradisinya, taman Islam ialah tempat istirehat yang nyaman dan mengingatkan syurga.
Terdapat banyak rujukan tentang taman di dalam al-Quran, dan taman itu digunakan sebagai kiasan duniawi kepada kehidupan di dalam syurga yang dijanjikan kepada orang yang beriman:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. (Qur'an 9.72)

Terdapat taman-taman Islam formal yang masih bertahan di dalam zon yang luas melebar dari Sepanyol dan Magribi di barat hingga India di timur. Taman-taman Islam yang terkenal termasuklah yang ada di Taj Mahal dan Jannatul Arif
Generalife di Alhambra yang terletak di Granada, Sepanyol.

Tema umum taman Islam yang tradisional ialah air dan teduhan. Tidak seperti taman Inggeris, yang sering direka untuk bersiar-siar, taman Islam dimaksudkan untuk istirehat dan tafakur. Atas sebab inilah, taman-taman Islam biasanya mengandungi tempat duduk.Apa yang kita lihat memberi kesan kepada hati. Hati kita ada bermacam-macam perasaan. Sedih, gembira, marah, geram, rindu, sayang dan lain-lain. Setiap rasa mewakili satu warna.

Hati kita penuh dengan warna-warni, macam rainbow (pelangi) bahkan lebih banyak lagi. Setiap masa, warna warni itu ada namun salah satu warna akan menonjol bergantung kepada keadaan hidup kita. Jika marah itu warna merah, maka ketika itwarna merah mendominasi warna hati kita.Jika rindu Allah dan Rasul itu warna biru, jika cinta itu warna pink dan seterusnya. Maka setiap perasaan itu muncul, bertukarlah warna hati kita.

Roh yang hidup dan aktif atau jiwa yang hidup melahirkan rasa-rasa yang positif. Menyebabkan lahirnya rasa kehambaan. Membantu kita untuk mengesan sifat-sifat negatif. Hati yang hidup memotivasikan diri untuk mendapatkan mahmudah. Hati merasa malu kerana tidak pandai bersyukur. Roh yang hidup akan dapat beri kekuatan dan ketenangan.

Namun jika hati yang mati, tiada apa-apa perasaan pada Allah, maka ia hitam saja hati itu. Sebab itu orang Melayu guna istilah "hati hitam"pada orang yang jahat. Sebaliknya jika hati itu bersih penentu akhlak mulia.SESUNGGUHNYA anggota tubuh yang diciptakan paling mulia dalam diri manusia ialah hati (kalbu). Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah AnNahl, ayat 78). 

Allah SWT menyebut tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingannya kepada manusia.Menurut ulama tafsir menegaskan tiga perkataan, iaitu pendengaran, penglihatan dan hati yang Allah sebutkan paling kerap dalam al-Quran kerana ia adalah pintu kepada segala maklumat dan ilmu yang menyentuh kehidupan manusia.
Melalui telinga Mukmin memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan untuk bertindak dengan setiap ilmu yang didapati. Begitu juga dengan mata, Mukmin dapat melakukan perkara yang membawa kebaikan kepadanya dan umat lain di muka bumi ini. Tidak kurang pula dengan hati kerana kalbu memberikan Mukmin ketakwaan dan kecintaan kepada Allah SWT. Dari hati juga, Allah SWT memberikan ilham kepada Mukmin membuat penilaian dan perbezaan antara perkara baik dan buruk yang akan membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan.

Sesungguhnya hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan seseorang Mukmin tetapi jika buruk atau rosak hati itu, maka punah seluruh anggota tubuh dan kehidupan Mukmin. Memelihara hati bukan seperti memelihara anggota badan yang lain, merawat hati perlu kepada ketakwaan dan keampunan dari Allah SWT kerana hati yang selalu subur dengan mengingati Allah akan sentiasa terpelihara oleh rahmat Allah SWT.
Apakah hati kita sihat atau sebaliknya? Hati yang sihat atau sakit dapat dilihat melalui perbuatan dan kata-kata seseorang mukmin.

 Orang yang hatinya subur dengan kebaikan terserlah melalui akhlak yang indah dan disenangi orang sekeliling manakala Allah reda ke atasnya. Orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekeliling.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya diturunkan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik." (Surah Al-Hadid, ayat 16)

Hati orang sufi sahaja yang cerah dan berwarna-warni. Sedangkan hati orang akal tetap malap, kalau bercahaya pun lambat, kerana terpaksa melalui lorong-lorong akal yang panjang.Setelah difikirkan, diingatkan oleh ilmu sufi baru hati merespon. Itupun belum tentu dengan respon yang betul. Sedangkan bagi orang nafsu, mesej itu tidak pernah sampai ke hati. Maka teruslah hatinya gelap tanpa warna. Hati yang hitam. Tiada pelangi, tidak berwarna warni.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N