Langkau ke kandungan utama

KONSEP BERKAT.




TABARRUK DALAM ISLAM.
Presiden Chechnya Ramzan Kadyrof, membuat perarakan mangkok Nabi SAW dengan kereta mewah. Pandai dia mengambil berkat sekaligus membangkitkan kecintaan dan kerinduan seluruh rakyatnya kepada Rasulullah SAW. Beliau selaku pemimpin Republik Chechnya di selatan Russia Isnin lalu mengumumkan pertubuhan kebajikan itu akan membayar AS$1,000 (RM3,284) kepada keluarga yang menamakan anak mereka yang lahir pada hari sambutan Maulidur Rasul sempena Nabi Muhammad. 

Maulidur Rasul disambut Isnin lalu, di Chechnya.Presiden Ramzan Kadyrov, berkata pertubuhan akan membayar nilai berkenaan kepada bayi yang lahir pada hari Maulidur Rasul dan dinamakan Muhammad, satu salah seorang isteri Rasulullah, anak atau 10 sahabat yang dijamin syurga.

Pembiayaan peribadi.Idea itu datang daripada ibu Kadyrov, Aimani Kadyrova, yang membiayai badan kebajikan itu secara peribadi.Dan itulah kunci dan sebaik-baik modal umat untuk membangunkan Islam di akhir zaman ini. Kiasan untuk kita bertawassul tanpa barang berkat ini seperti handphone tiada simkad.

Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Khalid bin Walid.
Beliau memenangi perang demi perang bukan kerana kehebatan bermain pedang semata-mata namun kerana berkat athar Nabi SAW berupa rambut yang disimpan dalam lipatan serbannya. Dengan berkat rambut Nabi SAW itu beliau dibantu dan dilindungi oleh para malaikat.

Beliau berkata:
لم أفعلها بسبب القلنسوة بل لما تضمنته من شعره صلى الله عليه وسلم لئلا أسلب بركتها وتقع في أيدي المشركين.
Maksudnya:
"Aku tidak bertindak demikian itu
semata-mata hanya kerana sebab serban, tetapi adalah kerana di dalamnya terdapat rambut mulia Rasulullah SAW dan supaya berkatnya tidak hilang daripadaku dan supaya tidak jatuh ke tangan orang-orang musyrik".

Walaubagaimanapun, tanpa barang berkat boleh saja Allah SWT kabulkan, sebab kaedah Allah bukan seperti kaedah manusia. Cuma sifir ilmu tasawufnya bila ada barang berkat ini peluang lebih besar untuk lebih cepat dikesan oleh Rijalulghaib.

Hati kita ada bermacam-macam perasaan. Sedih, gembira, marah, geram, rindu, sayang dan lain-lain. Jika tiap rasa itu ada warna, maka hati kita penuh dengan warna warni, macam pelangi (rainbow) bahkan lebih banyak lagi. Setiap masa, hati itu berwarna warni, namun salah satu akan lebih tertonjol. Ia bergantung kepada keadaan hidup kita. 

Jika marah itu warna merah, maka
 saat itu warna merah yang lebih mendominasi warna hati kita. Jika rindu Allah dan Rasul itu warna biru, maka ketika itu warna biru lebih tertonjol kepada hati kita. Maka setiap perasaan itu muncul, bertukarlah warna hati kita.
Namun jika hati yang mati, tiada apa-apa perasaan kita kepada Allah SWT. Maka ketika itu hati menjadi hitam. Sebab itu pepatah Melayu sebut "hati hitam" pada orang yang jahat.

Buta mata hanya tidak dapat melihat jalan di dunia, tetapi kalau buta hati tidak akan nampak jalan menuju Allah!
Akal dibekalkan kepada manusia untuk dapat memikirkan kebesaran Allah SWT. Malanglah orang yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk tujuan murni itu.

Rasa kehambaan salah satu warna yang mewarnai hati kita. Rasa kehambaan ini boleh membentuk keperibadian kita selaras dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Rasa malu, jika dapat dibawa kemana-manaakan dapat menjadi perisai diri daripada melakukan dosa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N