Langkau ke kandungan utama

PUSAT GERAKAN DAKWAH.


GERAKAN DAKWAH DI TIMUR.

Gerakan perjuangan Islam di Timur melalui dakwah, berbeza dengan gerakan Islam di Timur Tengah pendekatannya melalui peperangan. Cara agama Islam masuk ke Semenanjung Tanah Melayu dengan dakwah melalui pelabuhan Melaka. 

Sejarah perjuangan dakwah Abuya juga bermula dengan berdakwah ke negeri Melaka. Sebab itu Melaka menjadi pusat gerakan awal perjuangan Abuya. Antara markaz awal ialah di Kampung Alai Melaka.

Kampung Alai (km 7 - 8) merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam Negeri Melaka. Kampung Alai merupakan sebuah perkampungan tradisional. Di antara tokoh awal dari kampung Alai Melaka yang turut bersama dengan dakwah Abuya ustaz Ahmad Yasin dan keluarganya.

Angin dakwah telah mula bertiup di Nusantara ini pada tahun 1970-an. Di peringkat awal ramai orang yang bimbang. Ramai orang yang tidak senang. Macam-macam tuduhan, berbagai cemuhan, tohmahan dilemparkan. Berbagai kata nista di halakan kepada gerakan dakwah dan orang-orang yang terlibat dengan badan dakwah. Tuduhan dakwah songsang, buang dunia dan balik zaman unta dan macam-macam lagi.

Masyarakat ditakutkan dengan dakwah. Di sarankan menjauhi golongan dakwah. Kononnya dakwah itu suatu gejala tidak sihat dan merbahaya. Angin dakwah terus menghembus dan mengalir deras ke sungai Melaka. Ia merupakan ibarat dakwah yang aktif di Melaka,
Malaysia. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan terkawal iaitu perbandaran,  penempatan,perkuburan, perniagaan,
perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Tebing Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.Kebanyakan pencari khazanah ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Ada di antara pencari yang berjaya menemui tujuh hingga 19 keping duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China ketika era Dinasti Chin dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. selain itu, duit syiling lama yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America" juga turut ditemui.Muara Sungai Melaka memang diperakui menjadi laluan utama pedagang silam dan adalah tidak mustahil jika masih terdapat pelbagai barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka.

PERANAN terbesar Melaka dalam sejarahnya, mengatasi semua Kerajaan Islam yang lain di Nusantara ialah menyebarkan Islam. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.
Kedudukan politik yang dimiliki sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan terbesar di rantau ini, telah dimanfaatkan oleh Melaka untuk menukar seluruh kepercayaan asal orang Melayu yang berasaskan Hindu-Buddha, kepada menganut agama tauhid.

Proses penyebaran Islam dilihat begitu mendadak di Nusantara bermula abad ke-14M dan dalam masa 200 tahun, hampir seluruh Nusantara telah berjaya di-Islam. Sejarah tidak dapat menafikan bagaimana besarnya peranan Melaka dalam menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara tanpa melibatkan pertumpahan darah atau dakwah bukan melalui mata pedang.

Ulasan

  1. * KUNJUNGI SITUS KAMI DI *

    WWW.ID303.INFO


    MENANG BERAPAPUN, PASTI KAMI BAYAR !!! *


    * Melayani LiveChat 7 x 24 Jam Nonstop :

    - WA : 08125522303
    - BBM : CSID303



    Daftar Sabung Ayam S128 Terpercaya Di Indonesia


    Agen Sbobet Bola


    www.ayambakar.live

    BalasPadam
  2. Dr. Robert Malone, an early researcher of mRNA technology, has suggested that Covid-19 vaccines may cause cancer, something regulatory agencies say is not the case. Malone also served as a paid expert witness in an antitrust
    전라북도
    여주애인대행
    양구애인대행
    성남애인대행
    오산출장샵

    BalasPadam

Catat Ulasan