Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN MELAUI DAKWAH.



GERAKAN DAKWAH DI TIMUR


Bumi disebelah timur meriah dengan kebangkitan Islam.Syiar Islam mudah di lihat dimana-mana di bumi timur. Terutamanya di Malaysia, kesedaran masyarakat tentang Islam terserlah. Amalan Islam meriah. Begitulah bila Tuhan taqdirkan berlakunya tapak kebangkitan dakwah Islam
di Malaysia.

Tahun tujuh puluhan Malaysia telah digerakkan oleh badan-badan dakwah. Melalui dakwah masyarakat mendapat kesedaran dakwah dan kefahaman tentang Islam. Ertinya kesedaran Islam bermula dari bawah dan kini sudah melibatkan semua golongan dan terakhirnya golongan selebriti.

Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur, Allah SWT gerakkan umat Islam di Malaysia dengan mengambil pendekatan dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat. Dengan kesedaran ilmu dan dakwah di Malaysia telah mengambil resolusi kongres tersebut dengan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekitar awal 80-an, iaitu berdasarkan perakuan tentang konsep ilmu dan pendidikan Islam yang dirumuskan.

Hal ini satu keistimewaan negara kita dalam mengisi erti kebangkitan Islam, sekurang-kurangnya sebagai satu model kebangkitan Islam yang moden dan sesuai dengan era globalisasi yang mulai mencelarukan pemikiran umat Islam pada ketika itu, kerana dalam agenda kebangkitan Islam dan semangat kembali kepada Islam ini, keghairahan untuk kembali kepada Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap telah menimbulkan beberapa pentafsiran yang samar-samar dan tidak berdasarkan kerangka ilmu pengetahuan Islam yang sebenarnya.

Konsep jihad umpamanya telah disalahtafsirkan oleh kalangan yang tertentu di dalam dunia Islam, sebagai peperangan bersenjata untuk menghapuskan elemen-elemen kekufuran yang menentang Islam dan umatnya. Malah institusi fatwa telah disalahgunakan apabila pengeluaran fatwa diambil alih oleh beberapa kumpulan radikal dan institusi pendidikan seperti madrasah yang wujud di negara Islam tertentu, atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu, seperti Jamaah Islamiah yang beraliran radikal, sehinggakan perjuangan umat Islam seolah-olah dilakukan dengan cara kekerasan dan paksaan, bukan hanya terhadap kerajaan dan umat bukan Islam, malah kerajaan Islam sendiri yang dilabelkan sebagai kerajaan kafir, taghut dan sebagainya.

Dengan itu lahirlah institusi-institusi tertentu di beberapa buah negara Islam, yang berperanan melatih anak-anak Islam tentang perjuangan Islam yang berdasarkan jihad dalam pengertian sempit dan keras, perkhemahan yang melatih tentera Islam atau golong­an jihad, NGO yang mempunyai agenda kekerasan dalam perjuangan menentang musuh Islam, malah institusi yang menjadi khemah bagi melatih para pengebom berani mati dengan kepakaran membuat bom sendiri.

Hal inilah yang telah berlaku dan membuka peluang kepada dunia Barat, khususnya Amerika Syarikat, yang telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia, dan mengambil peranan sebagai polis dunia untuk bertindak menduduki dan menyerang semangat kebangkitan Islam yang dianggapnya sebagai musuh sejagat, menjatuhkan kerajaan pimpinan orang Islam secara yang amat tidak bertamadun, dan mulailah timbul gagasan perjuangan Al-Qaeda Terrorist Islam Mujahidin dalam bentuk pengganas dan sebagainya, dan atas teori memerangi keganasan inilah pihak penjajahan Barat dalam bentuk baharu itu dapat menguasai dunia Islam, khususnya di Asia Barat yang kaya dengan hasil minyak.

Tetapi di Malaysia, kebangkitan Islam tidak melahirkan pengganas, atau pertubuhan Islam radikal, jauh sekali mengeluarkan tentera yang berjuang untuk ­melaksanakan agenda jihad Al-Qaeda, Boko Haram dan sebagainya. Pertubuhan bukan kerajaan yang lahir adalah institusi yang bergerak secara aman dan damai yang diwujudkan dalam kalangan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi, pertubuhan belia, dan lain-lain yang bergerak untuk mendidik umat Islam memahami agama suci itu dan merealisasikannya di dalam negara yang moden ini.

Malah perkembangan terakhir yang dibawa oleh gerakan Daesh berteraskan ajaran Syiah yang berdasarkan kekerasan dan keganasan nampaknya belum dapat menembusi kekebalan kefahaman Islam di sini, dan tidak dapat mencabar kekuatan intelektual, kebijaksanaan dan hikmat keislaman kita.

Model terbaik umat Islam di Malaysia terus kekal sebagai umat yang memperjuangkan agenda dinamik, bertamadun dan harmoni dalam menghayati Islam, sebagai agama yang murni dan berakhlak. Badan-badan Islam lebih mengambil pendekatan dakwah dan mendidik masyarakat. Falsafah pendidikan yang diambil
oleh umat Islam ialah mengenalkan
 manusia kepada Allah Maha pencipta. Menyuburkan hati manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Natijah pendidikan yang mengenalkan dengan rasa cinta dan takut Tuhan, melahirkan manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N