Langkau ke kandungan utama

ROH IBARAT PENYIAR.



Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi sangat menjaga unsur-unsur yang Tuhan ciptakan dalam diri manusia. Seperti biasa ketika sembahyang berjemaah bersama Abuya, banyak panduan dan perkongsian yang berlaku. Contoh saya kongsikan disini, Abuya bertanya kepada saya. Fakhrur! Kamu nampak ke apa yang berlaku dibelakang tabir zing. Iaitu kawasan muslimah di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur. Saya menjawab,tidak nampak. Jadi macam mana kamu nak memantau apa yang berlaku. Mereka juga orang yang perlu kamu perhatikan sama dalam pendidikan dan bimbingan kamu.

Dalam hal ini ibu kamu iaitu Walidah boleh membantu, (salah seorang isteri Abuya) dia Tuhan anugerahkan kasyaf, hal ini sangat boleh membantu tugas kamu sebagai pendidik.
Walidah ialah isteri Abuya yang terlibat kemalangan di Mekah dan meninggal dunia disana dan di kebumikan di Mekah. Dia tidak seperti isteri Abuya yang lain banyak muncul ditengah masyarakat berdakwah
bersama Abuya. Beliau Tuhan anugerahkan pandangan kasyaf, ia banyak membantu masalah dalaman keluarga dan jemaah Abuya.Roh adalah unsur ketiga dalam susunan tubuh manusia. Roh itu ibarat seorang penyiar yang berdiri di hadapan mikrofon, sedangkan jiwa ibarat gelombang yang halus dan bergerak, sementara tubuh ibarat alat yang berbicara (TV atau radio). Namun begitu boleh kita katakan: Sesungguhnya roh itu adalah faktor hidup yang menerangi jiwa sehingga ia dapat merasa, marah, bergerak dan bertanggung jawab. Roh itu tidak ubahnya seperti suiz elektrik yang mengirim kekuatan kepada atom elektrik untuk dapat melaksanakan tugasnya memberi dan mengeluarkan cahaya kepada lampu.
Sekiranya wayar tidak berfungsi
dan lampu-lampunya telah habis kekuatannya, maka pengiriman
arus elektrik dari suis tidak akan menghasilkan cahaya. Roh itulah yang membuat adanya hidup sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ
Maksudnya: "Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu."
(Al Baqarah 2:28).
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi
apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat
untuk mengetahui siapa dikalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu
Tuhannya.
Jangan rasakan ibadah yang dilakukan akan dapat membeli
Syurga. Seolah-olah bila setiap
kali beribadah, hati merasa lebih
baik dan lebih mulia hingga rasa
diri tidak layak bergaul atau berjalan bersama orang yang hina dan berdosa.
Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya
kaya hati ialah kaya yang hakiki.
Tidak ada lagi kejayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai dimana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya harta dan wang ringgit boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya
Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.
Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah tujuannya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa
cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja.
Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada ditangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberikan kepada yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya.
Harta dan dunianya ditangan tetapi tidak dihati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawab
nya ringan.
Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan.
Dunianya tidak dapat melalaikan
nya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.
Orang yang kaya hati tidak merasa 'inferiority complex' atau hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya.
Dia memandang semua manusia semua setaraf sahaja.
Pada dia, martabat manusia diukur dengan iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia.
Orang yang kaya hati kalau mereka kaya harta ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasa kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanja- kannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi dan orang yang berhutang diselesaikan. Dia menjadi bank kepada masyarakat.
Roh bagi orang beriman akan terus mendapat nikmat yang berkekalan. Mereka (yang hidup dalam suatu alam dinamakan barzakh) mengenali antara satu sama lain. Suami mengenali isterinya begitu juga sebaliknya. Bapa mengenali anaknya dan begitulah sebaliknya. Selain itu, sahabat mengenali sahabat yang lain, bahkan mereka saling ziarah menziarahi. Segala kebaikan dan perkara kebajikan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dahulu didatangkan dalam bentuk kebaikan tidak kira sama ada kecil mahupun besar.
Walaupun kebaikan dilakukan itu hanyalah sekadar memberi minum seteguk air kepada orang yang memerlukan tetapi pahalanya amat besar di sisi Allah SWT.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N