Langkau ke kandungan utama

DOA DAN ZIKIR YANG BERI KESAN.

AMALAN YANG MEMBERI KESAN KEPADA JIWA.

Ibadah yang memberikan kesan kepada hati atau roh kita, ialah ibadah yang disertakan dengan mujahadah. Apabila ibadah yangtelah memberikan kesan, ia dijadikan amalan yang berterusan buat diri kita yang mengalaminya. Dalam hal ini Imam Ghazali RA berkata betapa kalau kita ada membuat amalan tambahan sama ada sembahyang sunat, berwirid dan berzikir yang bermacam-macam bentuk, cuba perhatikan amalan-amalan itu. Mana satu yang benar-benar memberi kesan kepada roh dan jiwa kita. Amalan itulah yang perlu diperbanyakkan.

Kita ambil contoh doa Nabi Yunus.Selepas ikan yang besar itu menelan Nabi Yunus ia berenang ke dasar laut.Mengikut logik, tiada manusia yang boleh hidup dalam keadaan begitu. Bagaimanapun, satu ibadat yang tidak pernah ditinggalkan Nabi Yunus ketika menghadapi saat-saat sukar serta berada dalam suasana gelap gelita di dalam perut ikan Nun itu adalah zikir.

Nabi Yunus berdoa kepada Allah SWT,
 (لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ).
yang bermaksud: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Al Ambiyaa 87).

Setiap zikir yang diamalkan, bahkan ibadat lain termasuk membaca al-Quran, solat dan doa kita akan diangkat ke langit.
Ada zikir yang naik sehingga langit pertama saja kemudian ia akan hilang. Bagaimanapun, zikir para nabi akan naik dari langit pertama hingga ketujuh, malah dikenali oleh seluruh penduduk di langit.

Sebab itu, ada orang jasadnya berjalan di atas muka bumi tetapi namanya sentiasa disebut dan dikenali seluruh penduduk langit. Nabi Yunus adalah seorang yang cukup terkenal di langit. Ketika Nabi Yunus berterusan berzikir, ia naik ke langit dan suaranya itu sangat dikenali semua malaikat.
Bagaimanapun, zikir yang diungkapkan itu datangnya dari tempat yang pelik iaitu Nabi Yunus adalah seorang yang cukup terkenal di langit. Ketika Nabi Yunus berterusan berzikir, ia naik ke langit dan suaranya itu sangat dikenali semua malaikat.

Sebab itulah penting sekali memanjatkan doa merintih serta merayu kepada Allah SWT supaya menerima segala amal ibadat yang kita lakukan. Allah SWT turut merakamkan keadaan zikir Nabi Yunus itu. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, sekiranya Nabi Yunus tidak memperbanyakkan zikirnya, maka baginda tidak akan diselamatkan oleh-Nya.

Kerana tujuan kita berwirid dan berzikir yang bermacam-macam bentuk dan melakukan amalan tambahan untuk mengingati Allah hingga terasa kepada hati.

Bila hati benar-benar mengingati
Allah, maka hati itu akan mendorong kita melaksanakan segala perintahnya. Umpamanya, kalau membaca Subhanallah boleh memberikesan kepada jiwa kita,maka bacalah ia banyak-banyak.Dengan kita membaca
ia banyak-banyak, maka akan kuatlah
hati kita.

Yang malangnya diakhir zaman ini, ramai juga orang yang berwirid dan berzikir tetapi amat sedikit yang faham akan fungsi Zikir dan wirid itu. Sebab itulah mereka sekadar membacanya
begitu sahaja tetapi amalan itu
tidak memberi kesan kepada jiwa. Zikir tersebut tidak menjadi penawar dalam kehidupan kita.Dalam Islam berzikir boleh memberi ketenangan dan ketenteraman kepada jiwa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N