Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA HOT.


Fitrah semula jadi manusia itu sukakan keadilan dan bencikan kezaliman. Kalaulah semua manusia mengikut fitrah semula jadinya ini. Maka dunia sudah tentu akan dipenuhi dengan keadilan dan kezaliman akan dapat dibenteras, itu teorinya.Perbuatan menghina pemimpin sebegitu rupa bukanlah budaya rakyat Malaysia. Ia adalah manifestasi kebiadaban yang berpunca daripada provokasi sesetengah pemimpin politik yang mengapi-apikan emosi rakyat.
Politik menanam kebencian adalah punca sebenar yang memulakan demonstrasi jalanan. Sebelum agenda reformasi di pertengahan tahun 1990-an, demonstrasi jalan bukanlah budaya politik negara.

Hasilnya, demonstrasi jalanan ibarat menjadi acara tahunan. Malangnya, seringkali ia berakhir dengan kekecohan dan juga rusuhan. Inilah yang mahu ditolak oleh majoriti rakyat
yang cintakan keamanan. Demonstrasi sebenarnya adalah “pintu kepada rusuhan”.Cuba kita muhasabah, setelah Tuhan beri peluang kepada kita apakah telah berlaku janji yang telah dibuat di hadapan Tuhan. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah SWT dan kerana Allah. Apabila kita sendiri telah melanggar ikrar janji kita dengan Tuhan didalam solat, ertinya kita telah mungkir janji.
Kita sendiri telah melakukan kezaliman dan telah gagal berlaku adil ke atas diri sendiri.

Cuaca Malaysia kini terlalu panas. Di tambah pula Malaysia di landa dengan suasana politik pun panas, panas dengan aksi-aksi penganut demokrasi yang bermacam-macam gaya. Kenapa dikatakan penganut, kerana dah dijadikan demokrasi itu macam agama. Dijadikan cara hidup. Agama itu cara hidup. Itulah keutamaan, dipandang besar, banyak difikirkan, banyak diperkatakan. Politik… Politik…Politik….

Dalam politik, hari ini kawan esok musuh adalah suatu yang biasa dan lumrah. Mulut yang hanya pandai berkata-kata, atau menghamburkan umpat, fitnah, adu domba, maki dan cerca. Yang merupakan najis-najis maknawi dan rohani.Ia adalah perosak hubungan sesama manusia. Andaikata suasana politik terus tegang, ini menjadikan negara tidak setabil.
Rakyat semakin hilang keyakinan kepada parti-parti politik yang ada.

Yang di-PertuanAgong atau Raja Malaysia(Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih. 
Perlembagaan Malaysia
(Tulisan Jawi:
ڤرلمباڬأن مليسيا)
, dikenali juga sebagai
Perlembagaan Persekutuan 1948 mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaantahun 1957.

Negara Malaysia Tuhan siapkan dua jalan untuk keselamatan dan keamanan. Pertama termaktub dalam perlembagaan Negara Malaysia, raja atau Sultan akan turun tangan sekiranya keadaan politik tidak stabil dan tegang. Kedua Malaysia mendapat berkat doa orang Tuhan. Iaitu doa dari orang soleh. Diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat kehidupan masyarakat yang menghuninya. Berkat dakwah dan ajarannya. Ini jelas sekali
dalam ayat:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ.
Maksudnya,
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.(Al A'raaf 7:96).









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...