Langkau ke kandungan utama

HIBURAN ROH.



HIBURAN ROH.

Definisi : se­suatu yang dapat menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu hiburan kepada nenek moyang kita pada zaman dahulu.
 (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Malaysia. Bagi orang yang bertaqwa dengan mengingati Allah SWT hati terhibur. Dengan mengingati Allah hati mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Tanpa iman individu atau masyarakat manusia tidak mungkin akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup yang sebenar dan abadi. Di dunia akan dihimpit oleh kegelisahan dan kekalutan hidup.Manakala di Akhirat akan Allah benamkan ke dalam api Neraka. Oleh itu hendaklah kita sedar bahawa iman itu sangat penting dan perlu dimiliki. Ia perlu dicari sebagaimana kita mencari harta benda.

Iman tidak mungkin datang sendiri tanpa usaha dan ikhtiar dari kita, seperti lah duit tidak pernah datang sebelum kita berusaha mendapatkannya.
Kebanyakan manusia hari ini bertuhankan nafsu. Kehidupan di Akhirat yang sering dimimpikan oleh orang-orang beriman, telah kita lupakan, malah sesetengahnya merasa ragu tentang kedatangannya.

Manusia hari ini dengan hanya berpandukan akal fikiran dan dorongan nafsu syaitan semata-mata. Akibatnya, masyarakat manusia kini sedang hanyut dilambung gelombang kerakusan nafsu dan syaitan. Tidak sedikit yang sudah menjadi mangsa dalam perangkap yang ditempahnya.Sudah menjadi Sunnatullah, sesuatu yang berharga adalah susah untuk dicari dan dimiliki. Umpama mutiara atau intan berlian dan emas permata, sangatlah payah mencari dan mendapatkannya.

 Manusia terpaksa berkorban nyawa, menyelami lautan dan membelah bumi kerananya. Kalau tidak begitu, terpaksa pula mengumpul duit bertahun-tahun lamanya kerana membeli barang berharga itu. Kadang-kadang manusia masa sebelum memperolehi barang yang sangat diingini itu.Begitu susahnya bagi kita mendapatkan sesuatu yang berharga. Tetapi perkara yang tidak berharga, tidaklah susah mendapatkannya.

Misalnya pasir, batu atau tanah. Mudah sahaja kita mendapatkannya.Di mana-mana sahaja kita boleh mendapatkannya, tanpa usaha ikhtiar yang berat dan susah.Kadang-kadang kita tidak berhajat pun untuk mengambil nya tapi ia pula yang mahu mengikut kita, dengan melekat pada baju atau kasut kita.Iman, nilainya melebihi nilai intan atau berlian.
 Justeru itu mendapatkannya adalah jauh lebih sukar dari mendapatkan mutiara dan intan berlian.

Manusia wajib- menggadai semua nikmat- nikmat lain untuk mendapatkan iman yang setinggi-tingginya. Jika tidak; usah mimpi iman itu akan datang dan masuk bertakhta di hati. Mungkin boleh disebut dan diingat selalu tetapi tidak mungkin boleh dirasai dan di miliki.
Iman sebenarnya bukan di mulut. Tidak juga pada akal tetapi tersemat kuat di hati dan di jiwa manusia.

Iman juga bukan bersandarkan pada amalan-amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain walau- pun perkara itu diperintah tetapi iman ada pada amalan- amalan hati. Ini dapat difahami dari sepotong
Hadis yang berbunyi:
Terjemahan: Bukanlah lebihnya Abu Bakar dari kamu sebab banyaknya puasa dan banyaknya sembahyang, tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah iman yang tersemat di dadanya.

Seterusnya baginda bersabda:
Terjemahan: Kalau iman itu ditimbang, maka timbangan iman Abu Bakar adalah melebihi timbangan semua manusia di dunia ini.Kedua-dua Hadis di atas membuktikan bahawa iman adalah wujud tersendiri bebas dari ikatan dan kongkongan luar. Tempatnya di hati manusia dan bertindak sebagai tenaga penggerak yang boleh mengarahkan manusia kepada apa yang dikehendakinya.

Amalan-amalan lahir seperti sembahyang dan lain-lain tidak mestinya sebagai simbol adanya iman di dalam hati manusia. Sembahyang adakalanya dari arahan iman dan ada ketikanya bukan dorongan iman.
Ini difirmankan sendiri oleh Allah SWT: Terjemahan: Orang Arab Badwi itu berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah pada mereka, "Kamu belum beriman." Tapi kamu katakanlah, "Kami telah tunduk (Islam)." Kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, ‘Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pada (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat 49:14)

Jelaslah bahawa iman terpisah daripada amalan lahir. Walaupun hubungan keduanya agak rapat tetapi kedua-dua- nya tetap terpisah. Yang satu ada di luar dan yang lain ada di dalam hati manusia. Dari itu menjadi tugas kita untuk mempastikan bahawa kita wajib memilik kedua-duanya. Bagaimanapun imanlah yang lebih diutamakan. Iman bukan sahaja akan menjamin kekalnya amalan-malan lahir seseorang tapi akan bertindak sebagai sumber kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat.

Iman ialah segala-galanya; ketenangan, kekuatan, hiburan, kekayaan, kelapangan dan semuanya yang diidam-idamkan manusia.Malah iman ialah kehidupan kita. Matinya zaman kegemilangan Islam adalah berpunca dari lenyapnya iman dari hati umat Islam. Hina dan lemahnya kita hari ini pun adalah kerana tipisnya iman yang kita warisi.

Oleh itu, demi kebangkitan Islam yang kita harapkan kini, berjuanglah untuk mencari dan menambahkan iman.
Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk diperalatkan dalam perjuangan merebut iman. Dan supaya semua itu mudah dilakukan yakinlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan bila-bila masa sahaja Dia boleh memanggil kita untuk dipersoalkan tentang semua yang kita lakukan semasa menjalani hidup yang diamanahkan-Nya. Di hari itu, tiada apa yang akan melindungi kita melainkan iman.

 Allah berfirman:
Terjemahan: Di Hari Qiamat harta dan anak-pinak tidak berguna lagi. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman.(Asy Syuara: 88 - 89).

IMAN ialah asas penting, yang menjadi tapak tempat ber- dirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sepohon pokok, maka iman ialah akar tunjang bagi pokok itu. Kalau pula manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman ialah tapak di mana terdirinya rumah itu.Demikianlah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna lagi diredhai Allah SWT.
Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pokok yang tidak berakar tunjang atau rumah yang ketiadaan “founda- tion”.

Maknanya, seseorang yang tiada iman tidak akan ada kekuatan untuk berdepan dengan hidup. Dia pasti gagal. Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tiada iman berdepan dengan persoalan-persoalan hidup. Lagi banyak ibadah, lagi cepat gagalnya, sepertilah lagi besar pokok yang tidak berakar tunjang, lagi cepatlah tumbangnya atau lagi besar , rumah yang didirikan di atas lumpur, lagi cepatlah robohnya.

Datang ujian kecil pun orang yang tiada iman sudah goyang. Apalagi ketika berdepan ‘dengan ujian-ujian yang besar, hanyut dan karamlah dia.
Sejarah telah membuktikan ini dalam berbagai-bagai bentuk. Seorang wali Allah dengan “karamah-karamah” yang luar biasa, pengikut-pengikut ber- puluh ribu dan ibadah pun seperti ibadah nabi-nabi, tetapi di akhir hayatnya telah kafir, kerana telah berjaya ditipu oleh syaitan hanya dengan seteguk arak dan seorang perempuan.

Di zaman kita ini pun banyak berlaku orang-orang yang mulanya gigih, serius dan banyak ibadah serta lantang pula suaranya memperkatakan Islam, tetapi hanya Allah uji dengan isteri atau gaji atau pangkat atau pengikut atau alam sekitar jahiliah, sudah pun lemah, takut, malas dan akhirnya ibadah dan perjuangan hilang bersama hilangnya suara dan pegangan. Dan sering pula berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini, orang-orang yang kita namakan ulama, kerana banyak- nya ilmu dan ibadah mereka seperti sembahyang, puasa, haji, z i kir , hafal Quran, tetapi sering kecundang bila berdepan dengan ujian-ujian hidup.

Apabila diuji, mereka jadi pemarah, keluh-kesah, hasad dengki, bakhil, gila dunia, som- bong, gila puji, pendendam dan lain-lain sifat yang sangat ditegah dan dibenci oleh Allah SWT. Sebab yang paling penting kenapa itu semua boleh berlaku ialah kerana lemah- nya iman.
Faktor-faktor lainnya turut bertindak hanya kerana faktor penting itu yang mendahului. Iman yang benar dan kuat umpama mutiara yang tersimpan di dasar laut, walau sekencang mana pun ribut dan ombak menghempas, ia tetap tahan, kukuh dan tidak berganjak.

Jadi orang yang kuat iman walau sehebat mana pun ujian ia tetap yakin, tenang, sabar dan redha, tidak terlintas sedikit pun dihatinya untuk melanggar syariat dan mening- galkan perjuangan dan jemaah Islamiah Islam dapat tegak dan kekal dalam peribadi atau masyarakat-masyarakat manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata.

Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik. Islam ialah amalan lahir. Iman ialah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Ini mesti diperhatikan betul- betul. Jangan kita jadi orang yang kuat beramal sahaja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat 'beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan keuntungan itu hanya tertentu bagi orang-orang yang beriman dan beramal.
Firman Allah SWT: Terjemahan: Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang- orang yang beriman dan beramal soleh. (Al 'Asr: 1-3)

Allah menyebutkan iman itu dahulu, sebagai syarat ba- hawa amalan yang didahului atau didorong oleh iman sahaja yang akan di nilai.
Rasulullah turut mengingatkan ini dengan sabda baginda:
Terjemahannya: Allah tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi Dia melihat hati kamu dan amalan kamu. (Riwayat: Muslim)

Sebanyak mana pun amalan lahir, seperti sembahyang, puasa, menutup aurat, zikir, doa, sedekah berjuang dan beijihad tidaklah ada erti apa-apa di sisi Allah. Dalam mengertikan Hadis ini ada orang berkata: “Buat jahat pun tidak mengapa asalkan hati baik, sebab Allah bukan memandang amalan lahir tapi melihat amalan hati.” Kalau dihuraikan maksud perkataan mereka itu, boleh- lah kita katakan tinggal sembahyang pun tak apa, dedah aurat pun tidak mengapa, maksiat pun tidak mengapa. Yang penting hati baik.

Untuk mengetahui betul atau tidak kenyataan itu cuba jawab soalan ini: “Baikkah hati orang yang tidak sembahyang dan menderhaka pada Tuhan?” Menderhaka kepada ibu bapa pun ‘kita anggap jahat, apalagi kalau menderhaka kepada Allah. Orang yang sem- bahyang pun Allah tidak jamin baik, apalagi orang yang langsung tidak sembahyang. Tutup aurat pun Allah tidak terima kalau niat tidak kerana Allah, apalagi kalau langsung tidak menutup aurat. Pernah berlaku di zaman Rasulullah, seorang Sahabat turut serta berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Sahabat ini berhijrah bukan kerana menunaikan perintah Allah, tetapi beliau ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang tinggal di Madinah. Kebetulan masa pemergiannya sama dengan hijrah. Bila perkara ini diberitahu kepada Rasulul- lah, baginda bersabda:Terjemahannya: Sesungguhnya sah amalan itu dengan niat. Sesungguhnya bagi setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah dinilai kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrah kerana keduniaan yang diidamkan, atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrah- nya dinilai kerana itulah. (Riwayat: Al Bukhari dan Muslim)

Hati yang baik ialah hati yang beriman dan ikhlas beramal kerana Allah. Adakah orang yang tinggal sembahyang, mencuri atau dedah aurat itu diniatkan kerana Allah? Musta- hil. Bawalah alasan apa sahaja, yang jelas dia cuba “loyar buruk” dengan Allah. Orang-orang begitu, kalau tidak ber- taubat, di Akhirat nanti tahulah dia siapakah dia yang sebe- nar dan di mana tempatnya.
Allah menyatakan ini dengan firman yangTerjemahan: Maka datanglah sesudah mereka pengganti-pengganti yang jahat yang meninggalkan sembahyang dan memperturutkan hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.
(Maryam: 59)

Saya tegaskan sekali lagi bahawa, orang-orang yang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang ber- amal belum tentu benar-benar beriman. Dan orang lain yang langsung tidak beramal, lagi lemahlah imannya atau lang- sung tiada iman. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang akan diterima-Nya hanyalah amalan dari orang-orang yang beriman.

Di antara firman-firman Allah yang menunjukkan demikian ialah:
Terjemahan: Maka siapa yang mengerjakan amal soleh, sedang dia beriman, maka usahanya itu tidak diabaikan dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya. (Al Anbia: 94).

Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman dan beramal soieh, mereka itu penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al Bagarah: 82)

Terjemahan: Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan tidak dianiaya sedikit pun. (Maryam: 60)

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ber- iman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi Syurga yang penuh kenikmatan. (Luqman: 8)

Berpandukan ayat-ayat itu, faham dan sedarlah hendak- nya kita tentang pentingnya iman itu mendahului amalan amalan yang baik. Orang yang mengaku beriman tetapi tidak mahu beramal adalah penipu. Orang yang beramal tetapi tidak beriman adalah tertipu. Sebab itu Rasulullah SAW memberi amaran keras pada orang yang tidak beriman di samping menyanjung tinggi orang yang beriman.Sabda baginda yang bermaksud: Dua rakaat sembahyang orang beriman adalah lebih baik dari 2000 rakaat sembahyang orang yang tidak beriman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N