Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

KHUSYUK TERKESAN DALAM SOLAT DAN KEHIDUPAN.

KHUSYUK TERKESAN DALAM SOLAT DAN KEHIDUPAN.



Orang mukmin mengusahakan khusyuk ketika solat dan di luar solat iaitu dalam kehidupan. Ramai orang Islam mengusahakan hanya di dalam solat atau sembahyang. Bila sahaja disebut khusyuk terlintaslah di fikiran atau tentang penumpuan dan kehadiran hati dalam solat. Justeru itu, ramai orang hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan solat khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba dan berusaha untuk menumpukan perhatian dan menghadirkan hati di dalam solat dengan mengikuti dan memahami apa yang kita baca dan mengelak dari memikirkan tentang perkara-perkara lain yang tidak bersabit dan tidak bersangkut-paut dengan solat itu.


Kefahaman khusuk yang telah tersimpang dari erti dan maksud sebenar, ramai orang tidak berjaya mencapai khusuk sebenar di dalam sembahyang atau solat walaupun telah solat selama berpuluh-puluh tahun. Mereka sangka telah khusuk dalam solat, tetapi kesan solat terhadap diri, akhlak dan peribadi mereka san…

ABUYA SATUKAN DUA NEGARA MELALUI PERKAHWINAN.

ABUYA SATUKAN DUA NEGARA MELALUI PERKAHWINAN.


Kebangkitan Islam sudah semakin ketara di Timur khususnya Asia Tenggara. Kemahuan Islam sudah semakin kuat di hati umat Islam terutamanya Malaysia dan Indonesia. Inilah suara umat Islam sekarang sama ada diluahkan atau hanya disimpan di lubuk hati. Cuma kehendak itu belum sistematik. Fikiran dan hati mereka masih bersipang siur dengan pelbagai masalah. Mereka mahukan Islam tapi belum nampak jalan. Hati umat umpama tanah subur yang sudah digembur, cuma menanti ditanam dengan biji benih untuk tumbuhnya pohon Islam yang rendang.


Abuya satukan dua buah negara melalui perkahwinan dengan cita-cita membangun keluarga Islam demi wujudnya masyarakat Islam, daulah dan seterusnya empayar Islam. Allah memberi Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalka…

KEHEBATAN SAKARATUL MAUT.

KEHEBATAN SAKARATUL MAUT.



Sesuatu yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan, ialah mati. Iaitu berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan lain-lain pergerakan, hingga manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia itu seorang yang bekuasa seperti raja atau presiden. Kalau dibiarkan jasad mayat akan busuk dan reput. Ia terpaksa ditimbus jauh kedalam bumi. Semua orang dulu pasti sudah merasai mati. Mereka sudah tidak ada di muka bumi ini. Yang tinggal hanya nama dan sejarah hidup mereka saja. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang daripada kita.



Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail seumpama sakit ditetak 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika maut itu tiba tersangatlah azabnya hinggakan kalau pun satu lautan air diminum tidak akan juga puas-puas. Tersedar kembali sewaktu berhadapan dengan Munkar dan Nakir. Yakin disuatu alam yang luas dan lain daripada alam dunia ini…

MENDIDIK NAFSU SATU JIHAD.

MENDIDIK NAFSU SATU JIHAD.

Manusia yang terdiri dari fizikal, akal dan roh.  Membangunkan hati, roh atau jiwa adalah rumit. Ia dilakukan dengan menanamkan iman dihati. Kita kena mengenal diri sendiri melalui rasa hati. Kita kena berusaha mendidik nafsu Ammarah dengan mensucikan fitrah kita. Kita kena buat berbagai-bagai latihan hati atau bermujahadah dengan tujuan untuk membuang segala sifat-sifat mazmumah dan keji dari hati kita seperti riyak, cinta dunia, bakhil, pemarah dan sebagainya. Kita mengisikannya dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji seperti tawakal, pemurah, rendah diri, pemaaf dan lain-lain.


Membangunkan atau mendidik nafsu pula lagi-lagilah payah. Ia ialah dengan membuat latihan atau riadhah nafsu.  Nafsu terbahagi kepada tujuh peringkat. Kita kenalah berusaha meningkatkannya. Nafsu peringkat Ammarah dan Lawwamah masih dianggap jahat dan belum selamat dari api Neraka. 1. Ammarah. 2.Lawwamah 3. Mulhamah 4. Mutmainnah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamilah.


Latihan atau ria…

HATI YANG TAKUTKAN TUHAN.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya dan mengikut apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya. Abuya seorang pemimpin juga seorang pendidik sering bercerita tentang sejarah orang-orang hebat. Abuya corak dan didik keluarga dan masyarakat yang mengikuti kuliahnya dengan sejarah tokoh-tokoh Islam. Antaranya bagaimana kehebatan dan kemulian peribadi dan kepimpinan Saidina Umar.


Sejarah menceritakan bagaimana seorang pemimpin hatinya yang sangat takutkan Tuhannya. Iaitu seperti Saidina Umar sangat perihatin terhadap penderitaan rakyatnya. Saidina Umar, berjalan di malam hari untuk mengetahui derita rakyatnya. Pada suatu malam,  ketika …

ABUYA DAN KELUARGANYA DALAM TAHANAN ISA.

ABUYA DAN KELUARGANYA DALAM TAHANAN ISA.








Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa inggerisnya. (Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Namun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.



ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD adalah seorang
pemimpin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil lagi.
Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya …

SIAPAKAH MANUSIA PALING CERDIK.

SIAPAKAH MANUSIA PALING CERDIK.

Manusia ada yang berjaya atas dasar usaha lahir (كسبية). Ada satu lagi kejayaan dinamakan usaha rohaniah (وهبية). Iaitu dengan mengusahakan taqwa. Maksud firman Allah: "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nisaya Allah memberikan kepada mereka jalan keluar (atas segala persoalan), dan diberi rezki dari sumber yang tidak terduga.( At-Talaq,65 :4). "Barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusan." (At-Talaq, 65 :5).



Watak atau sikap bangsa Melayu satu ketika dulu yang asalnya terpinggir dan jumud. Bangsa Melayu ini mengulangi sejarah bangsa Arab. Bangsa Arab ramai, di dalamnya ada bermacam-macam etnik,tapi tidak ada keistimewaan. Mereka tidak tahu menulis, tidak tahu membaca dan tidak ada ilmu. Hanya memikirkan hidup bersama kambing-kambing. Rasa kasih sayang sesama bangsa Arab tidak wujud, sedangkan kasih sayang itu adalah suatu yang besar. Yang ada pada mereka hanyalah sifat bengis, …

PERKAHWINAN YANG MEMADAMKAN API NERAKA.

PERKAHWINAN YANG MEMADAMKAN API NERAKA.


Perkahwinan mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.  Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.  Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan  seterusnya kepada masyarakat Islam. “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Bahawa sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
 (An-Nisaa, 4:1).


"Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperinta…

LIKU-LIKU KEHIDUPAN MANUNIA DI AKHIRAT.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN MANUNIA DI AKHIRAT.





Abuya sering mengingatkan kita didalam kelas pengajian yang di buatnya bertempat di Kampung Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur. Era yang kita sedang berada sekarang ialah kehidupan selepas era di alam roh, selepas alam rahim dan sekarang kehidupan dunia fana yang kita sedang lalui. Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya hidup di dunia. Iaitu masa depan kehidupan di dunia ini dia berusaha mendapatkan rasa tawakal kepada Allah iaitu rasa menyandarkan diri pada Allah di samping berusaha gigih mengharungi kehidupan. Berusaha dapatkan rasa hati yang cemas tentang nasib kehidupan di Akhirat yang kekal abadi dengan mendalami ilmu agama.



ISLAM yang telah Allah redhakan dan disampaikan melalui utusan-Nya Nabi Muhammad SAW merupakan satu ajaran yang merangkupi persoalan hidup dan mati. Ajaran Islam merangkumi persoalan dunia dan Akhirat. Ajaran yang merangkumi kehidupan di Alam Barzakh. Ajaran y…

KEMERIAHAN ISLAM ERA KEBANGKITAN DAKWAH.

KEMERIAHAN ISLAM ERA KEBANGKITAN DAKWAH.





Sebelum era dakwah ibu bapa berbangga menghantar anak ke sekolah sekular. Ketika era kesedaran dakwah sekarang sekolah-sekolah agama menjadi rebutan. Mana sekolah agama baik di bawah kerajaan atau sekolah agama swasta menjadi rebutan. Saya berkesempatan meninjau perkembangan sekolah agama menengah tinggi Kuala Kubu Bharu Selangor. Bangsa Melayu Baru atas nama Islam sedang Tuhan persiapkan. Bangsa Melayu yang dapat cetus- kan dan menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek hidupnya, sehingga kebenaran itu dapat diserlahkan lahir dan batinnya, dapat dirasakan keindahannya, dapat dilihat dan dinikmati kemakmuran dan keselarasannya.



Abuya terus menanamkan keyakinan kepada keluarganya bahkan menyatakan dengan tegas kepada keluarganya kamu boleh ambil pen dan senaraikan apa-apa yang telah di kongsikan kepada kamu tentang janji Tuhan yang berlaku moga dengan itu menambahkan lagi keyakinan kamu tentang janji Allah bahawa  sekarang adalah giliran Islam da…

SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN.

SEMBAHYANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN.


Sembahyang adalah ibadah terulung untuk Nabi teragung yang di anugerahkan langsung dari Allah yang Maha Agong ketika Isra' Mikraj. Sembahyang atau solat adalah latihan disiplin paling asas dalam Islam. Sebab itu sembahyang adalah tiang agama. Bagi Abuya dia mendisiplinkan keluarganya dengan solat atau sembahyang. Bila anak-anak berjaya jaga disiplin solat atau sembahyang perkara lain sudah mudah untuk didisiplinkan. Manusia kalau dengan Tuhan pun tidak serius maka dengan perkara lain lebih longgar lagi. Sebab itu bagi orang Islam apabila sudah tertanam rasa cinta dan takutkan Tuhan mudah untuk mereka didisiplinkan. Sembahyang masa hamba bermanja dengan. Tuhan memanggil kita, marilah menuju kejayaan dan kemenangan. (حي على الفلاح).



Begitulah rutin hidup yang telah Abuya aturkan hidup keluarganya. Ketika Abuya sembahyang berjemaah bersama keluarga, setiap kali lepas sembahyang Abuya akan bertanya khabar dan mendengar perkembangan dari kel…

KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA BERMULA DARI BAWAH.

KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA BERMULA DARI BAWAH.




Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik ke Islamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah.


Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan I…

ISLAM AGAMA KASIH SAYANG.

ABUYA ASHAARI AT TAMIMI PERJUANGKAN KASIH SAYANG.


Menziarah anak iaitu Ahnaf bin Fakhrur razi di hospital Tropikana. Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bertujuan mencari reda Allah. Ia merupakan anugerah atau pemberian daripada Allah swt. Tuhan memasukan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63).


Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mer…