Langkau ke kandungan utama

PERKAHWINAN YANG MEMADAMKAN API NERAKA.


PERKAHWINAN YANG MEMADAMKAN API NERAKA.


Perkahwinan mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.  Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.  Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan  seterusnya kepada masyarakat Islam. “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Bahawa sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
 (An-Nisaa, 4:1).


"Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(QS. At Tahrim,66:6). Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya. Satu daripadanya ialah Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.



Setiap manusia yang membangunkan rumah tangga berkeinginan mewujudkan sebuah rumah tangga yang damai, berkasih sayang dan mendapat keredhaan Allah. Rumah tangga yang seperti ini tidak mungkin berhasil diwujudkan tanpa pendorong yang kuat iaitu mencintai Allah lebih dari mencintai suami, anak-anak, manusia, harta, dan dunia. Bila cinta Allah wujid dalam diri setiap anggota rumah tangga, maka cinta dan kepentingan peribadi akan terhakis. Kalau tidak, maka akan banyak masalah yang timbul dalam keluarga sebagaimana rumah tangga yang diladedahkan di dalam media arus pedana: suami-isteri tidak henti-hentinya bertengkar, anak-anak terlibat dengan dadah, stress, gelisah, resah, bahkan sampai ada yang bunuh diri dan sebagainya.



Hari ini umumnya manusia tidak kenal dan tidak cinta Allah, sekadar percaya sahaja bahawa Allah itu ada. Rasa bertuhan, rasa diawasi Allah tidak wujud dalam hati manusia. Bahkan orang yang mengerjakan solat atau sembahyang, haji, puasa, wirid juga sudah tidak ada rasa bertuhan. Mereka sudah tidak merasa diperhatikan Allah dan kalau ada pun sudah terlalu nipis. Kerana sudah tidak ada rasa bertuhan ini, bukan sahaja rumah tangga tidak dapat diwujudkan dengan damai, indah dan harmoni. Bahkan kebaikan-kebaikan lain pun tidak dapat dibuat. Masing p-masing pentingkan diri akhirnya menyebabkan penderitaan jiwa, "yang penting aku senang, orang lain peduli apa". Bahkan antara ibu dan anak-anak, suami dan isteri pun masing-masing mementingkan diri.



Apabila manusia sudah tidak mencintai Tuhan, bukan sahaja rumah tangga yang aman damai dan harmoni tidak dapat direalisasikan, tapi masih banyak lagi kebaikan-kebaikan tidak dapat dibuat. Kalau manusia sudah tidak cinta Allah dan kehilangan Allah dari hati mereka, padahal Allah mesti dicintai, maka automatik manusia tidak cinta sesama manusia. Mengapa? Sebab bila manusia tidak cinta dengan Allah, maka atas alasan apa manusia dapat mencintai orang lain yang mungkin kurang atau tidak berjasa kepada dirinya, sedangkan kepada Allah yang sangat berjasa pada dirinya, tidak dia cintai?



Orang yang kehilangan Allah dihatinya bukan saja dikalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang sembahyang pun sudah kehilangan Allah. Walaupun mereka banyak dimasjid tetapi sebenarnya tidak mencintai Allah. Sebab itu tidak lahir kasih sayang, tidak lahir pemurah, kerja sama dan bermaaf-maafan dari orang mengerjakan solat. Akibatnya di dalam masjid pun berlaku perebutan jawatan, projek, pertelingkahan dan pergaduhan. Begitu juga dalam sebuah rumah tangga bila sudah kehilangan Allah maka akan huru haralah rumah tangga itu sekalipun mereka kaya, berharta, tampan, cantik, berjawatan tinggi dan terkenal. Kalau kita ingin menghidupkan semula dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup Islam yang indah didalam masyarakat, mesti diutamakan dengan menanam benih cinta Allah dalam masyarakat, sehingga mereka fanatik dan cinta dengan Allah RasulNya.



Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”



Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Keluarga yang mengamalkan rumah tangga atas dasar cintakan Allah akan menujukkan suasana kasih sayang yang luar biasa di antara suami isteri dan anak-anak, isteri dengan isteri bila didalam keluarga itu ada beberapa orang isteri, anak-anak dengan anak-anak walaupun dari ibu yang lain. Setiap orang akan mencintai, mengasihi dan mengutamakan yang lain kerana mereka tahu bahawa Allah yang sangat mereka cintai itu menyukai amaln-amalan tersebut.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N