Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN KELUARGANYA DALAM TAHANAN ISA.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa inggerisnya. (Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Namun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD adalah seorang
pemimpin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil lagi.
Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. Walhal hari ini kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam lain telah dilupakan dan tidak diambil pusing oleh orang.

Ternyata jika ditinjau di seluruh dunia, Abuyalah yang paling menonjol perjuangan dan kepimpinannya. Beliau memang dipersiapkan oleh Tuhan untuk jadi pejuang sedari kecil lagi. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya.
Namun kepimpinan perjuangan Abuya yang bercorak toifah bermula pada tahun 1969 bersamaan 1389 Hijrah sewaktu umurnya 31 tahun. Setelah mendapatkan pelbagai pengajaran dan pengalaman berjuang dalam pelbagai harakah Islam, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa. Lahirlah jemaah Darul Arqam.

Perjuangan Abuya Ashaari Muhammad pun mula membesar (sekitar tahun 1980-an) dan berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 80-an itu, perjuangan dan kepimpinan Abuya sangat terserlah dengan terbangunnya segala sistem hidup Islam didalam jemaahnya seperti sistem perkampungan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, sistem kebudayaan, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik dan lain-lain. Setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan, Abuya kini muncul lagi dengan lebih gagah melalui wadah Rufaqa Corporation. Perjuangan Abuya di mana graf kepimpinan perjuangan Abuya sentiasa mendaki anak-anak tangga meniti dan menelusuri jadual Allah.

Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan memberi kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penentang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebaskan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhirnya dalam masa 10 tahun, Rufaqa Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.

Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.
Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan, jutawan, ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain, di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya.

Sebagai contoh, Abuya berjaya membangunkan 'bandar' yang lain dari yang lain iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan. Keluarga Abuya yang terlibat sama di ISA kan, ialah dua orang anak lelakinya iaitu Fakhrur Razi dan Muhammad Nizamuddin, dua orang isterinya juga terlibat dengan ISA iaitu Ummi Nor dan Khadijah Amm dan seorang adiknya iaitu Hasyim bin Muhammad. Dua orang menantunya juga terlibat dalam tahanan ISA iaitu Ibrahim Muhammad dan Muhammad Abu Bakar. Saya sendiri pernah bertanya pada Abuya bagaimana tindakan yang berlaku pada diri Abuya sewaktu tahanan, Abuya hanya menjawab pada saya dengan mengatakan sudah tentulah pemimpin nombor satu lebih teruk. Begitulah peribadi Abuya sangat berakhlak dengan Tuhan. Iaitu sangat berbaik sangka dengan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N