Langkau ke kandungan utama

SIAPAKAH MANUSIA PALING CERDIK.

SIAPAKAH MANUSIA PALING CERDIK.

Manusia ada yang berjaya atas dasar usaha lahir (كسبية). Ada satu lagi kejayaan dinamakan usaha rohaniah (وهبية). Iaitu dengan mengusahakan taqwa. Maksud firman Allah: "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nisaya Allah memberikan kepada mereka jalan keluar (atas segala persoalan), dan diberi rezki dari sumber yang tidak terduga.( At-Talaq,65 :4). "Barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusan." (At-Talaq, 65 :5).



Watak atau sikap bangsa Melayu satu ketika dulu yang asalnya terpinggir dan jumud. Bangsa Melayu ini mengulangi sejarah bangsa Arab. Bangsa Arab ramai, di dalamnya ada bermacam-macam etnik,tapi tidak ada keistimewaan. Mereka tidak tahu menulis, tidak tahu membaca dan tidak ada ilmu. Hanya memikirkan hidup bersama kambing-kambing. Rasa kasih sayang sesama bangsa Arab tidak wujud, sedangkan kasih sayang itu adalah suatu yang besar. Yang ada pada mereka hanyalah sifat bengis, maka berlakulah permusuhan dan pergaduhan antara bani-bani atau kabilah-kabilah.



Maksud firman Tuhan: "Dan demikian itulah keadaaannya hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran).(Ali Imran,3:140).

Maksud hadis: "Sebaik-baik generasi adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW pernah bertanya pada sahabat, “Tahukah kamu siapa orang yang paling cerdik?” Kemudian Rasulullah SAW menjawab, “Orang yang paling cerdik ialah yang banyak memikirkan keadaannya selepas mati.” Di dalam kubur nanti, yang bakal menjawab soalan Mungkar dan Nangkir adalah amalan kita, bukannya jasad kita. Walaupun orang itu tak pernah belajar bahasa Arab, roh yang banyak beramal akan dapat menjawab dengan baik. Bangsa Arab yang asalnya bangsa yang terpinggir, bila menerima didikan Rasulullah menjadikan bangsa Arab paling cerdik. Contohnya apa yang telah digambarkan didalam hadist diatas.



Begitu juga kita melihat sejarah berulang kepada bangsa Melayu. Satu bangsa yang terpinggir tetapi setelah Melayu menerima arus kebangkitan dakwah bahkan menjadi pencetus kepada tapak kebangkitan Islam kali kedua. Begitulah anugerah Tuhan kepada kelompok yang hendak menerajui satu kebangkitan. Dalam Islam ukuran bangsa yang Tuhan anugerahkan cerdik berbeza dengan bangsa yang mengusahakan kecerdikan bukan hasil Taqwa. Mengingati mati adalah satu kaedah dalam Islam untuk dapat anugerah dari Tuhan menjadi bangsa yang cerdik bukan saja membuat persiapan di dunia tetapi membuat persiapan kehidupan di Akhirat yang kekal Abadi.



Kematian adalah sesuatu yang pasti bukan saja mati dengan keyakinan bahkan sukar dan bersiap untuknya begitulah sifat orang mukmin. Ingatlah kematian itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit tidak pun sakit boleh mati juga. Oleh itu jangan senang hati. Kematian pastikan berlaku. Tunggulah kematian dari nafas ke nafas. Agar kita tidak angan-angan melalaikan. Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu. Kerana kematian kita tidak tahu. Ingatlah mati di dalam sebarang hal agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan.



Abuya Asaari At Tamimi mengajar dan mendidik kita supaya membesarkan kehidupan Akhirat lebih dari kehidupan di dunia. Peringatan dan perkongsian yang dilakukan secara rasmi di dalam kelas-kelas pengajian dan tidak rasmi ketika berpeluang XPDC bersama Abuya. Panduan yang berterusan dari guru mursyid memandu kita buat persiapan kehidupan selepas mati. Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi hidup di dunia hanya sekali, bila pergi tak akan kembali tersilap di dunia padahnya diterima di sana. Mengapa kita tidak menambah amalan, sedangkan umur makin lama semakin berkurangan apabila sudah sampai ketika nazak akan menyesal. Banyak diantara kita yang terlena dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bahkan tidak kurang yang bekerja banting tulang tanpa memikirkan sedikit pun tentang akhirat.

 “Orang yang paling cerdik ialah yang banyak memikirkan keadaannya selepas mati.”




Hadits diatas tentang cinta dunia dan takut mati yang disebut oleh Rasul sebagai penyakit wahn. Disebuah kesempatan Rasulullah berbicara kepada sahabat bahwa kita umat Islam suatu saat akan seperti hidangan makanan yang akan dilahap oleh musuh musuh Islam dari berbagai penjuru. Dan saat itu, saat dimana Umat Islam sangat cinta akan dunia dan takut kepada kematian, semoga hadits ini memberikan kita keinsafan bahwa kita harus mengejar akhirat. Kita sepatutnya cemas dengan kematian. Apalagi kita yakin bekal kita masih kurang untuk menghadapinya. Namun ada rasa takut akan kematian yang tercela dan ada pula yang tidak tercela. Yang tercela bila rasa takut tersebut atas dasar cinta yang berlebihan pada dunia sehingga melupakan akhirat.



Kematian adalah sesuatu yang pasti bukan saja mati dengan keyakinan bahkan sukar dan bersiap untuknya begitulah sifat orang mukmin. Ingatlah kematian itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit tidak pun sakit boleh mati juga. Oleh itu jangan senang hati. Kematian pastikan berlaku. Tunggulah kematian dari nafas ke nafas. Agar kita tidak angan-angan melalaikan. Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu. Kerana kematian kita tidak tahu. Ingatlah mati di dalam sebarang hal agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan.



Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi hidup di dunia hanya sekali, bila pergi tak akan kembali tersilap di dunia padahnya kekal diterima di sana. Mengapa kita tidak menambah amalan, sedangkan umur makin lama semakin berkurangan apabila sudah sampai ketika nazak akan menyesal. Banyak diantara kita yang terlena dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bahkan tidak kurang yang bekerja banting tulang tanpa memikirkan sedikit pun tentang akhirat.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N