Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA BERMULA DARI BAWAH.

KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA BERMULA DARI BAWAH.





Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik ke Islamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah.


Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis yang kembali ke pangkal jalan merupakan suatu yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Islam Malaysia.



Apa jua yang terjadi sama ada berkaitan soal ekonomi, budaya, pendidikan Perubahan positif yang dilihat kepada sebilangan artis mutaakhir ini dalam mendekati Islam, jelas menggambarkan kebangkitan Islam yang kembali kepada fitrahnya. Suasana ini adalah ke arah memberi laluan kepada kemaraan Islam. Setiap pergolakan memberi laluan dan akan menguntungkan Islam. Sekaligus memberi laluan ke arah tertegaknya daulah Islamiah di Malaysia. Bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi.



Ketika dunia politik di Malaysia dilanda krisis namun rakyat Malaysia umumnya tenang sahaja. Kekecohan di peringkat pemimpin tidak menggugat perubahan masyarakat. Apakah hikmah di sebalik perubahan songsang ini? Apa yang berlaku pada rakyat Malaysia kini adalah satu pengulangan sejarah. Inilah proses yang terjadi pada rakyat sesebuah negara bila seorang pemimpin yang baik hendak dikurniakan kepada mereka. Menurut Abuya Ashaari At Tamimi, rakyat yang baik  dijanjikan pemimpin yang baik. Maha suci Tuhan memungkiri janji.



Seorang yang berjiwa Islam tak perlu terlalu banyak ilmunya. Walaupun sederhana ilmunya tapi sampai peringkat berjiwa Islam, imannya kuat, teguh, sampai dapat merasakan takut dengan Allah, gentar dengan Allah, cinta dengan Allah. Yang merasakan adalah hati, bukan akal. Jadi orang yang benar-benar berjiwa Islam, tauhidnya benar-benar tertanam di dalam hati. Orang yang imannya begitu teguh, jika diuji dengan berbagai-bagai ujian, baik diuji dengan nikmat maupun diuji dengan siksaan, imannya tidak akan tumbang, Islamnya tidak akan jatuh, akhlaknya tidak akan runtuh.



Walaupun dunia diserahkan kepadanya, diberi pangkat yang tinggi, kenderaan yang mewah, rumah yang besar, tetap imannya tidak akan tumbang. Bahkan semakin bersyukur dan semakin halus akhlaknya. Sebaliknya, jika diuji dengan penderitaan, walaupun miskin harta sekalipun, tetapi makin kuat imannya, amalan Islamnya tidak akan ditinggalkan, budi pekertinya bertambah halus, akhlaknya bertambah kuat. Tetapi jika iman belum tertanam di dalam hati, baru sekedar berfikiran Islam, jika diuji dengan sedikit ujian, Islamnya akan runtuh dan imannya roboh. Sedikit sakit, sudah tidak sembahyang atau kalau pun sembahyang atau solat sudah tidak khusyuk.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...