Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

MANUSIA SANGAT JIJIK.

MANUSIA LEBIH HINA DARI
HAIWAN.
Apa yang kita perkatakan dalam artikel sebelum ini iaitu perkara perkara yang jijik yang  semula jadi yang tidak dapat  dielakkan oleh manusia.Ia merupakan tabiat semula  jadi badan.

Belum lagi kita memperkata
kan perkara perkara yang
menjijikkan dan dibenci
yang sangat menghinakan
manusia serta menyusah kan manusia, iaitu penyakit-penyakit yang mendatang
kemudian yang menimpa
tubuh manusia seperti kudis, kencing manis, kayap, tokak, bisul, barah yang mengeluarkan nanah yang begitu busuk,  kotor dan menjijikkan serta  menyakitkan.

Ia juga melemahkan  tubuh manusia.Dengan itu  lebih lebih lagikah manusia  itu tidak ada harga dan  nilai dirinya. Adakalanya  orang yang kita sayangi  seperti anak dan
isteri boleh tiba-tiba saja benci dan lari dari kita.

Kalaulah manusia itu  tidak ada kebaikan dan
keistimewaannya di sudut-sudut yang lain, yang ada
hanya seperti apa yang telah disebutkan sebelum ini,di manalah istimewanya?

Apa erti hidup manusia?
Tidak ada …

THORIQ TAWAN KOTA NIMES.

THORIQ TAWAN SELATAN PERANCIS.


Nîmes sebuah kota yang  terdapat di selatan Perancis.
Panglima Thoriq bin Ziyad menawan Sepanyol hinggalah Selatan Perancis.

Seluruh Sepanyol, Portugal dan selatan Perancis di bawah tawanan Thoriq. Beliau memimpin 12000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera musuh seramai 100 ribu orang.

Apakah keajaiban yang Allah
anugerahkan kepada panglima Thoriq hingga mampu berdepan dengan tentera musuh seramai 10 kali ganda lebih dari tenteranya yang hanya ada 12 ribu orang tentera sahaja.

Kekuatan roh Thoriq dan tenteranya sebagai kekuatan
yang Tuhan anugerahkan akhirnya berjaya menawan tiga buah negara iaitu Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis.

Kita boleh sinaraikan kelebihan yang dimiliki oleh Tentera  Thoriq antaranya:
Memiliki roh jihad, ini dapat kita lihat apa yang telah dirakamkan oleh sejarah. Ketika Thoriq dan tenteranya sampai ke puncak bukit yang kini dikenali dengan namanya "Gibraltar".

Roh Islam yang ada pada Thoriq sungguh hebat, …

PUSAT PELBAGAI TAREKAT.

MAGHRIBI PUSAT TAREQAT.


Islam sudah menjadi agama bagi penduduk Maghribi sejak abad ke 7M (abad pertama lahirnya Islam) lagi iaitu ketika Sahabat Uqbah bin Nafi’ menyebar Islam sampai ke hujung Barat Afrika merentasi Tunisia dan Aljazair.Sedangkan akidah Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah persepsi al-Asy’ariyyah sudah masuk di Maghribi sejak dinasti Almoravid (المرابطين) pada kurun ke 10M. Masjid dan Zawiyah di Maghribi meriah dengan majlis ilmu dan zikir. Terutamanya kita boleh merasainya di Marrakech.


Bandar Marrakech ada tarikan tersendiri. Program zikir mudah diikuti kerana merata tempat buat. Terutamanya  mempunyai pelbagai tariqah sufi. Ahli sufi di sini bebas memilih tariqah yang sesuai dengan adat dan suasana kehidupan mereka serta dapat memenuhi tuntutan kehidupan mereka secara jasmani dan rohani. Oleh itu, kita dapat melihat ramai orang di sini yang berbai’ah atau mengikuti satu tariqah atau lebih, atau mengikuti tokoh-tokoh yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ses…

PEJUANG ADALAH PENYELAMAT.

(Pejuang ibarat pesawat penumpang yang banyak berkhidmat membawa manusia).

Era kemajuan teknologi, sepatutnya kita banyak dapat manfaatkan Islam. Majukan diri dan memajukan diri orang lain. Jika sebaliknya berlaku, kita tidak buat apa-apa untuk Islam, kita kaku untuk majukan diri dan orang lain. Ia perlukan muhasabah diri. Ini ada yang tak kena pada diri kita. Bukan meneropong orang lain atau menyalahkan orang lain.


Kalau kita lihat perkerjaan bonzer jahat dan kejam.Umat Islam yang ada pada hari ini hanya pandai jadi kolektor duit orang lain.Pejuang Islam paling kurang dia menjaga amanah dan kemudian diagihkan apa yang ada padanya untuk masyarakat yang perlu dibantu dan memerlukannya.

Guru mursyid telah bekalkan panduan dan bimbingan kepada kita, bagaimana manusia itu menjadi orang yang berguna.
Di samping menjadi hamba-Allah yang mengabdikan diri
kepadaNya, manusia juga
adalah khalifahNya untuk
membangun, memajukan
dan mentadbir dunia ini agar
selamat dan bahagia di dunia


Di Akhirat…

PEJUANG IBARAT PAYUNG.

Pejuang Islam ibarat payung, melindungi manusia daripada hujan dan panas. Rasulullah itu manusia yang paling hampir dan paling dikasihi dan disayangi oleh Allah SWT. Kalau nabi Musa digelar Kalamullah (berkata-kata dengan Tuhan). Nabi Ibrahim digelar Khalilullah atau (sahabat Allah SWT).  Rasulullah SAW pula digelar
Habibullah iaitu kekasih Allah
SWT. 

Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri. Lahirlah perpaduan dan ukhwah. Hiduplah mereka dalam berkasih sayang, bertolong bantu antara satu sama lain.

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri" "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain"
"Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat"
Terjalin perasaan ghairah ap…

ULAMA ROHANI.

TABIB ROHANI ATAU ULAMA ROHANI.

Manusia adalah makhluk  ciptaan Tuhan yang fitrahnya
sama saja di zaman mana pun mereka hidup. Di mana sahaja  pun mereka berada, dan apa jua  bangsa dan keturunan mereka. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW untuk mengubat penyakit umat di waktu hayatnya, maka cara dan ubat sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati
penyakit manusia, disepanjang zaman. 

Rasulullah SAW berbuat dua
perkara:Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui rukun iman bukan bererti sudah beriman.Mungkin itu sekadar boleh mensahkan iman. Keimanan  yang berjaya ditanam ke dalam hati para Sahabat adalah seperti yang digambarkan oleh Allah SWT
dalam Al Quran:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.&qu…

MENGAPA BARAT TIDAK TONJOLKAN ULAMA SEBENAR?

Satu perkara yang nyata dalam penonjolan kebenaran Islam serta ulama-mama Islam oleh puak-puak Barat ini ialah, mereka tidak mahu memaparkan perjuangan dan pandangan yang dibawa oleh ulama-ulama seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi, Imam Nawawi dan lain-lainnya.


Malah seorang ulama Islam yang begitu terkenal iaitu Imam Al Ghazali yang juga merupakan seorang ahli fikir, ahli tasawuf dan ahli dalam pelbagai bidang lain, tidak mahu mereka paparkan. Ini kerana pihak Barat takut untuk memaparkan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemikiran ulama-ulama ini adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.


Kalau fikiran ulama-ulama yang membawa pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini diketengahkan, ia akan memberi faedah besar kepada umat Islam, dan akan menambahkan lagi kekuatan aqidah umat Islam. Ini amat mereka khuatiri kerana kekuatan lahir umat Islam dari sudut mana sekalipun adalah bergantung kepada kekuatan aqidah mereka. Inilah yang mereka takuti. Kerana itu, mereka lebi…

GERAKAN RIDDAH.

GERAKAN MENENTANG KERAJAAN KHULAFA Al
RASYIDIN.

Bahrain

Oman Yaman
Pusat gerakan Ar-Riddah.
(Bahrain, Oman, Hadramaut,dan Yaman).


Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan golongan yang tidak mahu membayar zakat.Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW setika Abu Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.


Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.
Golongan-golongan Ar-Riddah :

1. Golongan Nabi-nabi Palsu :

Tulaihah al-Khuwailid  ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )


Ajarannya :
Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan bukanlah untk dihina sebanyak lima kali.       menghapuskan amalan zakat. Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar  menuntut supaya mengakui kenabiannya, tetapi gagal…

PEPERANGAN DI ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR.

Ketika berlaku peperangan
di zaman pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, pasukan Islam merasa tertekan dan dirasakan hampir kalah. Panglima  yang mengepalai peperangan itu  telah meminta bantuan tambahan
tentera. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a membalasnya dengan sepucuk surat.

Kandungan surat Saidina Abu Bakar lebih kurang seperti berikut: "Surat memohon bantuan dan pertolongan tambahan telah aku terima. Sekarang aku tunjukkan siapa yang paling hebat pertolongannya, yang paling berkuasa menghadirkan tentera iaitu Allah SWT. Oleh itu mohonlah
kepadaNya. Rasulullah SAW
juga pernah ditolong dipeperangan Badar, pada hal jumlah tentera Rasulullah jauh lebih sedikit  berbanding dengan pasukan engkau."

Ketika Khalid dan Mutsanna memutuskan untuk meminta pasukan tambahan, karena jumlah pasukan mereka tidak mencukupi keperluan perang yang ada, Abu Bakar kemudian membalas surat keduanya dengan berkata, “Ambillah pasukan Islam yang sebelumnya ikut Perang Riddah dan o…

NEGARA-NEGARA SUNNI.

Ahli Sunah Wajama'ah
atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة‎) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau ahli  al-Sunnah (Bahasa Arab:  atau Sunni. Ahl Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 10% pula menganut aliran Syiah.
Ketika penulis mengikuti XPDC Abuya ke Tunisia, kami
berpeluang menziarahi makam sahabat Nabi SAW bernama Abu Zam’ah (600-676 H) di Kairawan.
Ia ikut menjadi rombongan jamaah umrah bersama Rasul SAW pada th 6 H/628 H yang gagal masuk Mekah karena tidak mendapat izin dari penguasa Mekah yang dipimpin Abu Sufyan. Proses umrah yang gagal inilah yang berlakunya perjanjian Hudaibiyah.

Sebelum perjanjian tercapai, ada peristiwa penting, populer dengan perjanjian sumpah setia yang diridai Allah (bay’ah al-ridwan). Nah…… Abu Zam’ah adalah salah s…

MANUSIA LEBIH HINA DARI HAIWAN.

MANUSIA ADALAH HINA.

Maksud firman Allah: Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadian nya (sebagai manusia)?
( Al qiamah, 75: 37-38 ).

Manusia yang Tuhan ciptakan dari air mani. Sekiranya air mani tersebut jatuh ke tanah itik pun tak sanggup nak menyudu. Haiwan pun tak sanggup nak hirup. Diri manusia penuh dengan taik. Saluran buang air kecil
dan besar sudah tentu
tempat pembuangan najis. 

Dibahagian kepala ada kutu. Di mata ada taik mata. Ada taik telinga. Ada taik hidung dan hingus. Taik kuku jari tangan dan taik kuku kaki. Di seluruh badan ada daki.
Maksud firman Allah SWT :
“Dan bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan yang kotor (dosa). (Al Mudatsir : 4-5)
Mungkin ada yang menyangka bahwa yang paling mulia adalah yang kaya harta, dari golongan konglomerat, yang cantik rupawan, yang berjawatan tinggi, berasal dari keturunan Arab atau bangs…

BERKAT DIDIKAN ABUYA.

( Anak-anak murid Abuya ketika ikuti kursus kefahaman Islam).
Teguran Abuya kepada guru-guru di sekolah yang Abuya asaskan.Kes 1.  Pada tahun 70-an di Sek. Al Arqam Sg. Penchala, berlaku beberapa pelajar menengah mencuri di asrama. Ada juga yg mencuri di rumah orang kampung hingga orang kampung tangkap dan serah kpd sekolah. Dua kumpulan pula bergaduh. Satu kumpulan dari utara dan satu lagi dari Kelantan. Mereka semua belajar disekolah Arqam. Waktu itu guru-guru menyalahkan muraqib (pengawas pelajar di luar kelas). Ada juga guru-guru yang menyalahkan ibubapa dan mencadangkan anak-anak nakal itu dibuang sekolah.
( Usrah ditepi pantai ).
PERMUAFAKATAN 
antara ibu bapa dan guru-guru bagaikan adik beradik.
Dalam menangani pelajar-pelajar. Begitu rapat sehingga mudah untuk saling berkerjasama dalam mendidik. Ini merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan mendidik para pelajar. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing adalah landasan yang kukuh untuk  anak-anak meletakkan diri mer…

MALAYSIA DAN MAGHRIBI.

MOROCCO DAN MALAYSIA
BANYAK PERSAMAAN.


Malaysia dan Maghribi atau Morocco banyak kesamaan.
Malaysia dan Maghribi adalah negara yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Mazhab feqah di Malaysia adalah mazhab Syafie. Di Morocco adalah mazhab Hanafi. Sistem pemerintahan juga sama iaitu beraja.


Ketika rombongan Abuya ke Morocco, bertemu dengan ulama-ulama disana. Mereka
menyatakan kepada Abuya, Islam bangkit dari negara kamu. Giliran kami telah berlalu. Antara tokoh yang menyatakan tersebut ialah
Profesor Doktor Abdul Salam
Harraz. Kemudian membuat kunjungan balas ke Malaysia bertemu Abuya.


Hubungan batin atau rohani atau yang lebih tepat iaituh ubungan dengan Allah ituitu berperingkat-
peringkat. Peringkat-peringkat ini boleh dijelaskan seperti berikut:
Pertama: setakat percayakan
Tuhan. Percayakan Tuhan dan segala sifat-sifat kesempurnaan Nya.Ini adalah tahap
kepercayaan paling asas.


Kedua: Percaya kan Tuhan dengan ilmu seperti belajar sifat 20 dengan dalil-dalil dan hujah ini lebi…

UJIAN JAWATAN.

Maksud firman Allah: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
( Al Anbiya 21:105 ).

Maksud firman Allah: "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
( Al A'raf, 7:128 ).

Bumi ini hak Allah maka bebas dan mudah saja bagi Allah untuk mengalihkan dari tangan ke tangan siapa saja yang dikehendaki-Nya. Maka kalau pun salafussoleh tidak memintanya tapi Allah mentakdirkan juga kuasa dunia itu jatuh ke tangan mereka. Lalu mengalirlah kekayaan ke dalam tangan mereka, pangkat dan jawatan ke bahu mereka.

Segala isi dunia ini jadi milik mereka. Semua di bawah pengawasan dan pentadbiran mereka. Mereka
pun tidak menolaknya. Tapi bagaimana mereka mengendalikan? Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, ketika jawatan khalifah diberikan kepadanya ( walaupun beliau tidak berhajat padanya), telah tampil ke muka umum dan dengan penuh ra…

XPDC AJAIB.

IBNU BATTUTAH PENJELAJAH LUAR BIASA.
(Abuya menjejak tradisi orang Soleh).

Ibnu Battutah seorang yang berjiwa besar. Keimanannya
yang kental mendorongnya ingin menunaikan haji. Tepat
dengan ajaran yang ALLAH menyebutkan iman terlebih dahulu, sebagai syarat bahwa amalan yang diawali atau didorong dengan iman sajalah yang akan dinilai.Ibnu Battutah nama penuh beliau ialah Abu Abdillah
Muhammad Ibn Abdillah IbnMuhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji 


Tokoh Muslim Sunni. Beliau
dilahirkan di Tangier, pada
24 Februari 1304 bersamaan
Rejab 704 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi. Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah menjadi sebagai Qadi. Ibn Battutah
terkenal sebagai penjelajah
dan pengembara serta  menulis mengenai pengembaraanya selama hampir tiga puluh tahun.

( Suasana dalam Mall ).
Beliau adalah perintis
pengembaraan dunia yang
berjaya merentasi benua
Afrika dan Asia serta
menghasilkan karya penting dunia Islam yang meliputi
d…