Langkau ke kandungan utama

BERKAT DIDIKAN ABUYA.




( Anak-anak murid Abuya ketika ikuti kursus kefahaman Islam).

Teguran Abuya kepada guru-guru di sekolah yang Abuya asaskan.Kes 1.  Pada tahun 70-an di Sek. Al Arqam Sg. Penchala, berlaku beberapa pelajar menengah mencuri di asrama. Ada juga yg mencuri di rumah orang kampung hingga orang kampung tangkap dan serah kpd sekolah. Dua kumpulan pula bergaduh. Satu kumpulan dari utara dan satu lagi dari Kelantan. Mereka semua belajar disekolah Arqam.
Waktu itu guru-guru menyalahkan muraqib (pengawas pelajar di luar kelas). Ada juga guru-guru yang menyalahkan ibubapa dan mencadangkan anak-anak nakal itu dibuang sekolah.

( Usrah ditepi pantai ).

PERMUAFAKATAN 
antara ibu bapa dan guru-guru bagaikan adik beradik.
Dalam menangani pelajar-pelajar. Begitu rapat sehingga mudah untuk saling berkerjasama dalam mendidik. Ini merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan mendidik para pelajar.
Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing adalah landasan yang kukuh untuk  anak-anak meletakkan diri mereka sebelum melakar kejayaan.

(Sekolah di sungai Ular Pahang).

Apabila hubungan ibu bapa dengan guru-guru dan ibubapa bagaikan adik beradik memudahkan tugas
guru-guru menyambung mendidik pelajar-pelajar disekolah. Ertinya disiplin dirumah dengan di sekolah sama. Ini sangat mengepung
jiwa pelajar dan membantu mereka menerima apa yang disisipkan di sekolah.



Perkembangan anak-anak di sekolah dikongsikan oleh guru-guru dengan ibu bapa. Perkara yang sama ibu-bapa berkongsi perkembangan anak-anak di rumah dengan guru-guru. Supaya berlaku kesinambungan mendidik anak-anak antara ibubapa dengan guru berlaku. Suatu hari saya bertanya pada Abuya, kenapa 
Abuya sering ziarah rumah tersebut selain rumah adik Abuya? Ketika Abuya pergi berkunjung 
hari raya ke kampung Pilin. Abuya menjawab katanya, oo ini rumah guru Abuya yang mengenalkan ABC.... kepada Abuya di sekolah. 


Saya sendiri pernah ditegur oleh Abuya ketika menjadi tenaga pengajar sekolah Abuya di kampung Sungai Penchala. Kata Abuya, "Fakhrur kalau sekadar mengajar itu mudah, yang susahnya guru ini ialah mendidik manusia.  Tugas mulia ini dilakukan oleh para Rasul dan para Nabi. Sebab itu tugas ini sangat mulia.


Berkat didikan Abuya, kita boleh rasakan hingga kehari ini. Sesiapapun yang pernah
menerima didikan dan pimpinan Abuya, masing-masing ada pengalaman terasa ada kekuatan membuat perubahan hidup.
Dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan Islam. Apa yang berlaku dizaman ini adalah besar. 
Kerana ia mengulangi kebangkitan pertama.Sejarah kebangkitan Islam pertama akan berulang pada kebangkitan kali kedua.
Kali ini giliran Timur menerajui Islam. Timur menjadi tapak kebangkitan ini. Oleh kerana kita berada di era kali kedua kebangkitan Islam, kita akan menyaksikan bagaimana Allah akan  mengangkat agamanya
mengatasi yang lain. Sepanjang sejarah perjuangan kebenaran, 
di tangan para rasul, Tuhan
angkat martabat kebenaran
itu mengatasi yang lain.
Tuhan yang mengilhamkan
kepada para rasul
bagaimana kebenaran itu
mesti diperjuangkan. 


Di zaman tiada lagi rasul,
Tuhan tetap agungkan
agamaNya di tangan para
pemimpin berwatak rasul.
Itulah dia para mujaddid
yang diutus oleh Tuhan
setiap 100 tahun dan dilahirkan di awal kurun. Kepada para 
mujaddid inilah Tuhan ilhamkan
kaedah tajdid hingga Islam
 itu kembali gemilang.Kalau bukan di tangan mereka, Islam hanyalah 
ibarat bara saja.Tidak padam tetapi
tidak menyala.

Para mujaddid atau para
pemimpin berwatak rasul
inilah yang paling faham
tentang jihad dan paling
 tepat tafsiran dan kaedah
perjuangan. Dan di tangan
merekalah dijanjikan keme-nangan.Memperjuangkan
kebenaran yang pertama dan 
utama ialah memperjuangkan 
Tuhan hingga Tuhan dikenali,
diagungkan,dibesarkan, ditakuti, 
dicintai dan dirasai segala-galanya
dalam hidup manusia.


Apabila manusia mendapat
Tuhan barulah syariat Tuhan serta yang lain-lain itu ada nilai di sisi Tuhan.Andainya
Tuhan tidak diperjuangkan
maka syariat Tuhan sama
saja seperti ideologi.Ini
kerana agama mesti ada
hubungkait dengan Tuhan. Selain itu sekiranya Tuhan
tidak  ditakuti dan dicintai,
syariat Tuhan amat mudah
terabai dan terbarai. 
Apabila Tuhan tidak diutamakan,tidak dibesarkan, tidak
diagungkan, tidak memiliki
rasa bertuhan, maka syariat Tuhan juga turut dipandang
remeh.Syariat sering
diamalkan mengikut selera
atau mengambil aspek-aspek yang menjadi kecenderungan sahaja.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N