Langkau ke kandungan utama

SIAPAKAH PALING CERDIK.



SIAPAKAH MANUSIA PALING CERDIK.





Kehebatan mati. Sesuatu yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan lain-lain pergerakan, hingga manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia itu seorang profesor, raja atau presiden antarabangsa.
Kalau dibiarkan busuk dan reput, maka terpaksalah ditimbus jauh-jauh ke dalam bumi.


Semua orang dulu pasti sudah merasai mati. Mereka sudah tidak ada di muka bumi ini. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang.
Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail seumpama sakit  300 kali ditetak dengan mata pedang. Hancur lumat habis hilang segala-galanya.


“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)"
(HR Imam Al-Turmuzi).



Pada hakikatnya, terdapat banyak perbezaan dalam membuat penilaian siapakah sebenarnya orang yang cerdik atau siapakah sebenarnya orang yang bahagia. Sebenarnya perbezaan nilai ini adalah timbul daripada perbezaan garis panduan penilaian tersebut. Contohnya, bagi mereka yang berfahaman materialistik kebendaan, orang yang cerdik pada penilaiannya ialah mereka yang banyak memiliki harta benda dan banyak wang ringgit. Lantas berpeluang untuk memiliki segala kelazatan dunia dan bebas untuk bersuka ria dengan tidak mengambil kira bagaimana dia akan mengakhiri kehidupannya di dunia ini, tanpa memikirkan apakah nasib yang bakal menimpanya di akhirat kelak.


Namun, bagi mereka yang cerdik, sudah pasti mereka telah membuat perhitungan yang bijaksana dengan beriman kepada Allah SWT dan telah membuat persiapan
 yang secukupnya untuk dipersembahkan segala amalan 
kebaikannya di hadapan Allah SWT kelak. Kita perlu faham, cerdik di sini bukan maksudnya lulus peperiksaan di dunia ini dengan cemerlang.



 Cerdik disini iaitu manusia itu tahu apakah bekalan yang perlu disiapkan sewaktu di dunia ini. Manusia yang cerdik dalam membuat persiapan dan bekalan untuk bertemu Allah SWT. Bagi seseorang yang beriman, dia mempunyai penilaian yang tersendiri berdasarkan keimanannya kepada Allah, beriman kepada RasulNya,
KitabNya, hari pembalasan yang akan dihadapinya, ketentuan Qada dan Qadar.


Justeru, dia menganggap kehidupan di dunia tidak lebih hanya sebagai jambatan yang akan menyampaikannya ke negeri akhirat. Kehidupan di dunia bukan tempat untuknya mencari keseronokan semata-mata, bersuka ria atau tempat yang boleh melalaikannya. Oleh itu, dia sentiasa membuat persiapan yang secukupnya dengan menjadikan dunia yang fana ini ibarat ladang tempat dia bercucuk tanam dan akhirat kelak tempat dia akan memetik hasil buahnya. Dia yakin dan percaya dengan janji Allah SWT kepada orang beriman dengan balasan syurga dan ganjaran sangat besar.


Walau bagaimanapun, oleh sebab dia juga terpaksa meneruskan kehidupan di dunia, maka ini tidak bermakna habuan dunia diabaikan bahkan baginya mencari dunia untuk akhirat bukan mencari dunia lupakan akhirat. Dia terus berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT untuk mencari sara hidupnya seharian dan saraan orang–orang yang berada di bawah tangunggannya. Dia berusaha mendapatkan makanan dan minuman dan berusaha pula untuk memperoleh rumah kediaman seadanya untuk dijadikan tempat berehat, tetapi baginya makan dan minumnya adalah untuk hidup bukan hidup untuk makan dan minum. Semunya adalah untuk membolehkannya meneruskan kerja asasinya sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.


Sebaliknya, bagi orang yang lemah dan tidak cerdik itu ialah orang yang tidak mengambil berat persoalan akhiratnya, lalai daripada mengingati mati, merancang untuk hidup selama-lamanya, takut akan kematian dan cinta akan kehidupan dunia mengatasi segala-galanya. Dia lebih suka mementingkan urusan kehidupan di dunia dengan mengumpul harta kekeyaan sebanyak yang mungkin, banyak bersuka ria, banyak membuang masa kepada perkara-perkara boleh menjauhkan diri daripada beriman kepada Allah SWT. Selain itu, apabila dia melakukan sesuatu perkerjaan dia akan membelakangi hukum-hakam Allah SWT, dia tidak mempedulikan tentang ibadah solahnya, dan tidak mengambil berat dengan ibadat-ibadat yang lain. Malah yang lebih malang daripada itu, dia hanya asyik berangan-angan untuk mendapat pengampunan dan anugerah ganjaran Allah SWT sedangkan dia tidak mahu beramal soleh dan tidak merancang dengan baik untuk masa depan akhiratnya.


Orang seperti ini adalah sangat rugi sama ada di dunia dan apatah lagi di akhirat. Mereka seharusnya diberikan peringatan dan nasihat agar mengubah sikap sebelum terlambat. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran dan kefahaman mengenai Islam sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang hanyut dibuai kesenangan dan kemewahan yang tidak berkesudahan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil tanggungjawab ini dengan cuba mengaplikasikan apa yang telah disarankan oleh Islam, iaitu dengan mengajak manusia supaya kembali mengambil Islam sebagai cara hidup yang sempurna dan menyeluruh yang dapat mengatasi segala permasalahan dalam kehidupan manusia.


Bagi kita semua yang memilih untuk memiliki ciri-ciri orang yang cerdik seperti mana yang telah dijelaskan dalam hadith di atas sudah semestinya kita selalu menghitungkan diri, bermuhasabah, membuat persiapan dan mengambil bekalan yang secukupnya untuk dipersembahkan di hadapan Allah SWT kelak dengan tidak mengabaikan habuan di dunia. Kita hendaklah bijak mengimbangi keperluan hidup di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya orang Islam Mukmin itu cerdik dan bijaksana dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah. Ingatlah kehidupan kita di dunia ibarat seorang musafir yang hanya singgah berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya ke destinasi akhirat yang kekal abadi. Marilah sama-sama kita memilih untuk menjadi orang cerdik di sisi Allah SWT?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N