Langkau ke kandungan utama

PEJUANG ADALAH PENYELAMAT.


(Pejuang ibarat pesawat penumpang yang banyak berkhidmat membawa manusia).

Era kemajuan teknologi, sepatutnya kita banyak dapat manfaatkan Islam. Majukan diri dan memajukan diri orang lain. Jika sebaliknya berlaku, kita tidak buat apa-apa untuk Islam, kita kaku untuk majukan diri dan orang lain. Ia perlukan muhasabah diri. Ini ada yang tak kena pada diri kita. Bukan meneropong orang lain atau menyalahkan orang lain.


Kalau kita lihat perkerjaan bonzer jahat dan kejam.Umat Islam yang ada pada hari ini hanya pandai jadi kolektor duit orang lain.Pejuang Islam paling kurang dia menjaga amanah dan kemudian diagihkan apa yang ada padanya untuk masyarakat yang perlu dibantu dan memerlukannya.


Guru mursyid telah bekalkan panduan dan bimbingan kepada kita, bagaimana manusia itu menjadi orang yang berguna.
Di samping menjadi hamba-Allah yang mengabdikan diri
kepadaNya, manusia juga
adalah khalifahNya untuk
membangun, memajukan
dan mentadbir dunia ini agar
selamat dan bahagia di dunia


Di Akhirat kelak diberi
ganjaran yang lebih besar
lagi istimewa iaitu Syurga yang tiada tara dan bandingannya
sebagai anugerah Allah kepada manusia. Kerana rahmatNya
kepada manusia yang telah
membuat kebaikan waktu di dunia seperti yang Dia mahu.


Oleh itu, manusia ambillah
peluang berpandukan
petunjuk dari Allah dengan
cara besarkanlah Allah, cintailah
Dia, takutlah kepadaNya,
sucikanlah Dia, merendah dirilah
kepadaNya malulah kepadaNya,
bersyukurlah kepadaNya,
bertawakallah kepadaNya,
berharaplah kepadaNya,
redhalah dengan ketentuanNya,
sabarsabar terujian-ujian
daripada Nya melalui solat, puasa, haji, membaca
Al Quran, zikir, tasbih,tahmid,
mujahadah, dan jihad.


Begitulah caranya manusia
berhubung dengan Khaliqnya
sebagai hamba ciptaanNya.
Seterusnya sebagai  khalifah Nya pula; bangunkanlah
dunia ini. Majukan dan
tadbirlah mengikut sistem
dan peraturan dari Allah
kerana dunia ini Allah yang
punya. Kita jangan
memandai-mandai dan
melakukan sewenang-wenangnya supaya dunia tidak rosak. Dan berkhidmat
lah untuk sesama manusia
demi untuk mencetuskan
kasih sayang, perpaduan,
kerjasama, keharmonian antara, keselamatan,
keamanan dan kebahagiaan
bersama melalui kuasa,
pentadbiran, ilmu, tenaga,
pengaruh, wang ringgit,
harta dan lain-lain.


Sesuaikan dengan panduan
daripada Allah agar Allah
 redha dan Allah rahmati
serta berkati. Kemudian
takutilah Allah di dalam
setiap perkara itu. Dengan itumoga moga apa yang dibuat
oleh manusia tidak ada
berlaku side effectnya yang
negatif yang akan
merosakkan manusia itu sendiri. Siapa di kalangan
manusia yang dapat
melakukan sedemikian rupa,
 inilah manusia yang
bertaqwa di sisi Allah. Dia
dapat kemuliaan daripada
Allah dan keampunanNya.
Di dunia pula orang yang
berjasa dengan manusia
kerana kebaikan yang telah
dicetuskannya, maka orang
itu telah menutup kelemahankelemahan yang ada. Dia
telah mendapat martabat
di sisi Allah Dan di sisi
manusia kerana walaupun
di dalam kelemahan, dia telah menjadi manusia yang


berguna. Di Akhirat kelak
layaklah dia mendapat
keampunan dari Allah serta
dapat masuk keSyurga-Nya.
Dalam pada itu kalau
manusia itu tidak dididik
dengan didikan Islam,
menjadikan manusia tidak
takut dengan Tuhan,lupa
dengan kehidupan hari
Akhirat maka manusia itu
berani pula melakukan
berbagai-bagai bentuk  kejahatan sama ada terang-terangan mahupun secara
sembunyi melalui anggota lahirnya.


Tangannya digunakan untuk
mencuri,merompak,merasuah,
memukul, membunuh.Kakinya
dihalakan ke tempa-tempat
kejahatan dan maksiat, ke kelab
malam,ke disko-disko, tempat-tempat pelacuran, ke tempat-tempat judi, ke tempat-tempat berpeleseran dan
pergaulan bebas. Mulutnya
digunakanuntuk mengumpat,menghina, memfitnah,berbohong,
memaki,mengherdik,bercakap
lucah. Matanya digunakan untuk
melihat perempuan-perempuan
 ajnabi, gambar-gambar lucah,
melihat-lihatkecacatan
 orang untuk
disebarkan. Telinga pula
suka mencuri-curi dengar
 rahsia orang untuk disebar-sebarkan. Dengan akalnya
pula manusia selalu sahaja
berfikir untuk melakukan
berbagai kejahatan,
merancang untuk melakukankerosakan di bumi Tuhan ini.
Setelah kita mengkaji
tentang manusia, fizikalnya
atau badan lahirnya  dan
badan kasarnya tidaklah
istimewa mana. Lantaran
itulah manusia berusaha
untuk menutup kelemahan
semula jadi yang lahir ini.
Terpaksalah badan mereka
dibersihkan selalu,disabun,
disyampu, dibedak, digincu,
disapu minyak wangi.Dihias pula dengan pakaian yang
cantik lagi mahal untuk
menarik perhatian  orang
agar orang boleh dekat dan
bergaul. Kalau tidak, orang
akan lari kerana bau peluh
saja orang tidak tahan.
Bahkan ampun maaf, untuk menunaikan fitrah semula
jadi diantara suami isteri
pun kalau tidak berhias-hias dan disapu badan
dengan minyak wangi dan
bedak, tuntutan fitrah itu
boleh terbantut atau
kemahuan terus mati. Akibatnya boleh timbul krisis
rumahtangga.Begitu jugalah untuk menyihatkan badan
agar ia sentiasa segar dan
cergas, perlu riadhah dan
joging selalu. Dijaga makan
minum, cukup tidur, dijauhi
tempat-tempat yang
mendatangkan penyakit.
Begitulah hakikat diri
manusia semula jadi, tiada
seorang pun boleh melepas
kan diri atau mengelak diri
daripada ditimpa oleh apa
yang telah disebutkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N